Followers

Saturday, February 28, 2009

Berbincangkan Lebih Baik

Aku ada masalah ngan orang melayu,
Sebab ada satu masalah ni yang bagi aku
sangat merungsingkan..

Selalu orang kita yang sopan ni
selalu tak reti nak cakap terus terang
asyik-asyik nak berkias-kias..

yang paling teruk kalo cakap belakang
teruk la sgt.

Kalo kita ada isu yang tak puas hati

kita bawak berdiskusi
duduk semeja dan selesaikan masalah bersama-sama,
dan bukannya cakap belakang dan membuat kecoh..

lagi2 kalo ada masalah yang perlu diselesaikan
adalah melibatkan perkara-perkara kawan-kawan yang tak puas hati..

bergaduh biar biar bergaduh dalam keadaan diskusi
bila kat luar takyah sibuk2 dendam...

ni bila tak puas hati cakap blakang...
sebab cakap blakang ni macam luka
luka jadi kudis
kudis jadi nanah
nanah jadi AIDs....

jadi tanamkan kat hati
kita kita perlu selalu berdiskusi..
untuk menyelesaikan apa-apa masalah.

Aku mahu Karaoke di Masjid

Bila terfikir tentang masjid apa yang kita semua pikir?
aku pasti pikir orang mengaji dan sembahyang takpun budak blaja agama,

Tapi aku bila aku pikir-pikir balik
alangkah seronoknya kalo masjid tu
ada cyber cafe, ke ,ada tempat main kereta control ke,
ada tempat repair moto,ada mesin jahit bleh menjahit ke?
takpun bleh main pingpong ke,dekat-dekat area masjid mesti bestkan..

Dulu zaman nabi banyak benda kita bleh buat kat masjid
Sebab masjid tu mcm satu kompleks,
semua kita bleh dapat kat masjid.
tapi zaman tu mana ada Play station ke guitar heroes ke..

Tapi sekarang lain berlambak aktiviti yang bleh dibuat
tapi masjid hanya jadi tempat just utk sembahyang ngan ngaji
aku yang tak alim ni,g masjid pun kalo ada sembahyang raya ngan jumaat
yang lain tu aku tak tetarik langsung..(huh)

Aku nak salahkan diri sendiri pun takleh juga..
sebab kat masjid takda benda yang kita bleh buat selain ngaji dan sembahyang

Cuba try kita buat bising kat masjid or main kejar2,mesti kita balik kena kejar..
aku bukannya nak salahkan masjid tu pula,
tapi pada zaman sekarang ni masjid kena diangkat sebagai satu kompleks
yang adanya fasiliti untuk aktiviti lain..

macam contoh masjid boleh dilengkapi komputer dan access internet
jadi boleh la kita surf site kat masjid.
ada locker nak simpan laptop
ada study table untuk blaja


Kalaulah ada gelangang gusti kat area masjid
budak2 bleh main gusti2 sesama sendiri kat masjid
nak tukar baju ada bilik air,bilik nak salin baju,ada locker,


aku tau ada limitation dalam saiz masjid dari segi kos
tapi daripada buat lampu yang melampau-lampau besarnya
ditambah pula kubah yang sebesar-besar alam..

baik buat bilik karaoke ke,
Bilik ada wireless ke?
Ada tempat jamming ke
Boleh melepak di masjid 24jam mcm 7eleven gitu,

selain tu juga

Kita ada teknologi akustik yang membenarkan bunyi dapat ditapis
jadi tak salahnya kalo ada bilik karaoke asalkan ia tak melalaikan.


Point aku kat sini,kita kena ubah pemikiran kita tentang masjid
kita takboleh kecik kan skop masjid tu sebagai satu bangunan agama
tetapi kepada bangunan yang aktiviti yang dihalalkan oleh agama

Jadi Masjid sebagai bangunan yang boleh dikaya kan aktivitinya
mesti seronok pegi masjid..

Sebab kalau kita tak boleh bawa aktiviti masjid kepada orang ramai
amacam kalo kita bawa aktiviti orang ramai ke masjid...

Friday, February 6, 2009

Padang bola vs Padang golf

Haritu cakap ko nak bina satu padang golf
ko nak buat padang golf kebajikan
ko nak beli semua padang bola
nak dijadikan padang golf..
sebab ko dah ada beberapa geng tokey padang golf..

pastu
ko heboh kat semua orang...padang bola semua akan jadi padang golf
ko kata semua tokey-tokey padang bola akan stuju..
sebab tokey-tokey bola ni nak pembaharuan...
ko canang semua tokey ni tunggu masa nak jual padang bola diorang..
ko kata bola dah tak relevan..

Tapi bila sampai masa
padang golf ko masih tak dapat lagi..
padang bola masih lagi padang bola
padang golf still tak berubah..

satu hari tu ada sorang tokey padang bola
mahu jual dia punya padang bola
wah wah wah ko sangat suka
ko punya geng suka sgt..
panggil orang kampung
bagitau satu padang bola
dah nak jadi ko punya...
ko bagi dia set golf..

yang ko tak tahu
tokey padang bola
cuma nak pinjam kan saja padang tu
bagi ko seronok
bagi ko happy
bagi ko training..golf

tak sampai satu minggu
tokey padang bola kata
nak balik padang sebab
pemainan bola ni still orang suka
tokey ni dia akan cakap apa saja
buat apa saja asalkan
dia dapat gunakan padang dia
buat duit..

tiba-tiba ada tokey-tokey
yang kononnya stuju dengan ko
nak sama-sama buat padang golf
jual padang dia jadi padang bola..

sebab ko ingat
geng tokey padang golf ko tu
jujur sangat...

sekarang ko bising depan
padang golf ko
yang dah jadi padang bola
dengan harapan orang semua main golf jgn main
bola..


tapi aku nak bagitau satu benda
walaupun ko main bola apa pun
memang best..

tapi ko kena ingat
dalam main apa pun
ko tak semestinya menang
sebab bola itu bulat
jangan konfiden sgt
sebab tokey-tokey ni
mmg terer main bola golf ko
atau
main bola sepak diorang....

tapi penonton yang meyokong
golf dan bola
tetap besorak...
tapi last-last..orang luar yang menang...
sibuk dengan padang
pemain semua hancur...