Custom Search

Monday, November 9, 2009

beli barangan malaysia??

Boleh

tapi kena tambah skit ayat kat belakang tu..

Belilah Barangan Buatan Malaysia ,yang berkualiti sahaja..

Thursday, October 22, 2009

Pelembagaan seks dan dunia..

Aku ada terbaca pasal LPF lembaga penapisan filem, yang strict tentang cerita2 buatan malaysia..
banyak menda yang kena tapis lalu org yang buat filem ni tension..apasal cerita orang luar tu lepas je tak kena potong tapi cerita buatan malaysia ni banyak kena potong.susahlah diorang ni nak bersaing dengan cerita luar negara ni..

lalu aku pun terfikir,

kalau la betul diorang ni taknak cerita tu kena potong jadi
awal2 lagi jangan la buat cerita mcm tu ye tak..

mcm contoh la ko nak buat filem
pastu ko letak nama filem tu
contoh la filem bohsia..
pastu ko harap yang cite tu takda menda seksi2 org ada adengan seks
yang membolehkan ia dipotong...

maka ko memang sengal la kan..

contoh ko letak nama cite anu dalam botol
ko expect yang cite tu takda langsung unsur seks yang geli...

lain la ko buat nama cite
papadom

ada ke ko rasa cite tu pasal anu or pasal bohsia..
mesti tak kan..

tapi tak semua juga yang kena tapis pun..bila tgk cite rempit tu
bleh juga tengok peha artis2 yang putih itu..
heran juga...nape tak potong je satu cerita terus..

lagi satu pasal jalan cerita..kalo ko taknak kena tapis
jangan la buat jalan cerita yang menghala kat situ(unsur seks)..
mcm contoh:jalan2.... lala la la......waktu hujan lelaki dan perempuan dalam satu bilik dan seksi..maka
secara tak langsung cerita itu akan menjurus akan perbuatan seterusnya..
pastu lembaga penapisan pun potong part yang dinantikan..
kalo time puasa pun dah terbatal dah puasa...
patutnya potong je, part jalan cerita yang menuju ke unsur tu dari sampai abis..
biar cerita tu tinggal setengah jam je..sapa suruh buat cerita mcm tu..

lagi satu hujan pembikin filem ni pasal nak lawan dengan negara luar..
kena ke buat menda yang seksi2 ni?
perlu ke?

sebab kalau filem malaysia berjaya melawan pun bukan secara berbogel di depan kamera..
sebaliknya cerita yang betul2 best..
kalo stakat nak seksi2 skit je apa la sangat..
mcm zila bakarin ngn rabeca nur islam..tu belambak kot kat hollywood..
takyah la kita nak gembira sangat follow filem luar,
dengan cara nak buat cite ada unsur seks,seksi,dengus sana,dengus sini...
Playboy satu ketika dulu antara majalah yang paling popular pun
dah tak bleh cari makan..


itu semua gembira dunia je....

Monday, September 28, 2009

Pelancongan 'kahwin dengan' masjid

sebab apa aku selalu cakap pasal masjid,
walaupun aku tak berapa bertaqwa...
sebabnya aku suka..
.................

bila kita pegi masjid,
apa yang kita dapat?
tanpa buat ibadat?

ada tak ilmu tambahan yang boleh kita baca
sementara melawat2 masjid tu?
ada tak cara mcm mane nak amik wuduk kat tempat wuduk?
ada tak kisah nabi kat dinding masjid tu?
ada tak ilmu2 yang ditampal kat merata masjid,
selain lampu2 yang mewah dan besi-besi yang berkilat?

kalo ada bagus
kalo takda,
sila cadangkan pada ajk2 masjid yang
"bertemakan pelacongan" ni, supaya berilah bibit2 Islam
pada pelancong yang datang..
kerana memandang keindahan ilmu,
lebih membantu kita menjadi muslim yang lebih baik
dari hanya memandang kecantik kan materialistik semata-mata...

Ratu squash..dan kuli pejabat

aku kuli pejabat..

orang kata kita ada ratu squash..
kita ada juara dunia...yahhh

aku terfikir
kenapa sepanjang aku idup tanpa saluran astro ni
aku tak penah jumpa ratu squash live kat tv1,2,3,7,8,9?

mcm mane la kita nak kekalkan
ratu tu lagi seratus tahun lagi
kalo sama umur dengan ratu pun taktau apa amenda squash tu
apa jenis raket,apa jenis bola,apa peraturannya...

sampai ratu squash tu tua pun...
aku tetap kuli pejabat...

*taksemua orang da astro ngan internet..

Raja si raja

Lately kita banyak dengar pasal cerita raja kan...
kita dengar pasal orang begaduh menentang raja..

artis bercerai ngan anak raja
rupa-rupanya dia belanja x-wife dia berapa juta..
wah wah wah..duit sapa ye?

anak raja bergaduh ngan anak raja...kat "kelab"..
(maybe diorang ni tgh minum teh time tu kot haritu)
pastu saman2 antara satu sama lain...
wah dia pakai duit sapa yek...

aku terfikir,
benda ni terjadi,sebab tuhan nak tunjuk
banyak nya korupsi yang terjadi dikalangan anak2 raja ni..
diorang ni satu hari nanti nak jadi ketua agama islam
tapi islam diorang ni pada tahap yang mana?huh..

bagi aku tuhan nak tunjuk..
kat semua orang perangai raja-raja muda ni..
(bukan semua..tapi segelintir raja-raja penghabis duit rakyat ni...)
bahawa sekiranya diorang ni tetap beperangai mcm ni
doa-doa solat jumaat tu maybe tak mampu lagi,
membendung bala yang sampai kat diorang...


*aku penyokong kuat ayahda Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin

Thursday, June 18, 2009

Selamat datang ke Iskandarpura

Kepada PM,

bawak bawak la datang+mandi kat danga bay,
try tengok skit air dia kaler apa,
robohkan lah tambak johor tu..
bagi air, bot semua bleh lalu..
bagi air tu semua bleh guna..
jadi jernih jadi cantik

tanya orang johor mcm mane rupa
pantai kat danga tu satu masa dulu sebelum
adanya tambak johor..
pilih ya..nak orang singapura ke orang malaysia..
ke ada masalah memilih juga??????

singapura ni hebat tau,,
baru baru ni dia dah dapat daerah batu putih
pastu skit lagi diorang dapat daerah baru
daerah apa ke, diorang panggil...
haa haritu aku mcm penah pegi
diorang datang sambut aku mcm ni,

... selamat datang ke Iskandarpura...

Buah paklah dan anwar

okay cerita pasal politik skejap..

bila jadi ketua kita kena tau apa yang patut di layan atau tak.
kita patut tau apa yang perlu di ikut atau tak
kita patut tau apa yang baik untuk semua atau tak..
kita takbleh ikut kehendak hati semua orang..

kita kena pandai memilih yang terbaik untuk semua..

aku terfikir pasal pak lah & anwar ibrahim
pasal najib ni aku taktau lagi la

bagi aku diorang tu tak bleh jadi ketua..
sebab mereka tidak mampu memilih dengan betul..

sebagai contoh ya..
paklah bila adanya hindraf..
paklah dia rilek je
sebab kita negara demokrasi
oleh itu semua orang bleh tunjuk perasaan..
jadi dia memilih untuk membiarkan..
oleh kerana itu tiba2 hindraf naik kepala dan mula melampau..
sekiranya paklah ini bijak..
maka dia akan memilih untuk menghentikan perkara-perkara
ketika masih baru disemai lagi
bukan bila pokok dah besar dan mula berbuah dan sempat meyebarkan benihnya
bila ditebang maka hasilnya semua pemakan buah akan marah dan melampau..

bagi anwar ibrahim pula
bila dia ni dah jadi ketua dia ni mcm santa claus pula
dia ikut cakap semua orang..
dia nak tunaikan semua pemintaan parti kat bawah dia..
owhh dia bagai jin hijau yang menunaikan segala wish..

maka bila hindraf mahu ini dan itu dia kata : ya
bila ada mahu chinpeng mahu pulang dia kata : ya
bila ada mahu kuasa raja dimansuhkan dia kata : ya
bila ada tak mahu tengok melayu bersatu dia kata : ya
bila ada takmahu negara islam dia kata : ya
bila ada mahu negara islam dia kata :ya

wah jin ini yang terbaik..
sekali digosok semua boleh dituruti..

tapi kita kena paham ya..

"anak-anak" di malaysia ini banyak ya..
maka bila semua yang diminta
senang je dituruti,
maka mereka akan jadi manja..
bila jadi manja maka sekiranya dicubit skit
melalak ngalahkan anjing..

kita kena tahu apa yang salah dan apa yang betul
kita kena tahu pilih apa yang terbaik untuk keluarga kita
jangan diikut semua benda
ada benda yang tak perlu atau jangan diikut sangat
supaya anak lain tak terasa..
supaya keluarga kita selamat dan tak berpecah belah..