Followers

Tuesday, June 17, 2014

Idea hati



Aku pegi meting ngan disiplin lain,engr letrik , engr mekanikal , engr struktur ngan bos aku. 

Meting tu discuss pasal ruang servis, tinggi siling dan lain2. 

Tapi setiap kali kalau aku buat design lain sikit semua disiplin lain ni, mcm susah nak terima. Keluarlah ayat mcm "architect dream is engineer nightmare" la. Bagi aku tu semua kekangan yang boleh merosakkan kreativiti seseorang. (BTW aku seorang arkitek) . Mana taknya buat pelik sikit mesti ada je bantahan. 
Bila aku dengar orang cakap pasal dream dream ni, terus secara spontan aku tercakap "kalau kreativiti saya kena tarik sekarang, dalam masa 10thn abis semua kreativiti saya.dah umur 40 tahun duduk kat ofis nganga je".

Pastu semua diam.

Dan secara tak semena semua orang dah cuba utk ikut rentak aku.alhamdulilah.

Kadang-kadang aku tak faham kenapa orang suka menjatuhkan kreativiti seseorang, mimpi seseorang. Pelik. Alangkah baik sekiranya semua orang menyokong apa saja idea bodoh, gila atau tak masuk akal.

Kadang -kadang kita cuma perlu ada hati.  
Hati yang selalu hormatkan idea

No comments: