Followers

Thursday, June 26, 2014

Si Pemaki dan sifat Sayang si cacat


Untuk menjaga seorang oku bukan perkara yang mudah, karenah yang perlu dilayan tak sama dengan orang yang normal.

Kederat dan masa yang dicurahkan berpuluh kali ganda letihnya berbanding yang normal.

Bila berita berkenaan dengan seorang oku yang ditinggal kan kurus kering seperti ingin ditinggalkan mati, itu perkara berbeza.

Seperti kisah- kisah panas biasa,akan bermula dengan maki memaki , penentang, penyokong, ustaz-ustaz ahli kitab dan akhirnya senyap.

Pernah terfikir yang marah itu sebenarnya adalah orang yang normal. Orang yang sebenarnya masih ada hati dan sifat belas ikhsan. Mana mungkin bila dilihat satu perkara yang sifatnya zalim, orang tidak mengamuk? Bila dilihat seorang manusia tidak diberi makan, seperti mayat ,kita hanya senyum dan bersabar? 

Sebagai manusia memang kita kena marah, memang kita kena ambil tahu, memang kita kena kecewa. Kerana kita ni semua manusia. 

Yang dirisaukan nanti bila masyarakat kita langsung taknak ambil tahu, langsung serah pada pihak berkuasa. 
"Ini bukan hal kita, biar orang lain ambil kisah" akhirnya Seperti kisah tandas masjid yang busuk , bila semua mengharap pada pihak berwajib, tandas yang sepatutnya tanggungjawab bersama jadi busuk dan kotor. 

Anak oku yang sepatutnya jadi tanggungjawab bersama, ditinggalkan atas sebab, kononnya sifat marah kerana  sayang itu tidak sealiran dengan ahli ahli kitab

Jangan dimatikan sifat yang berkobar-kobar kerana dengan cara itu semua orang akan sedar akan tugas masing-masing sebagai seorang manusia.

Maki lah maki,
Bukan untuk seorang tapi untuk semua,
Jangan dilayan sepemati Maki,
Layan rasa marah kerana sayang
Yang sayang akan marah, 
Pasti akan marah!!!,

Sicacat dibiar kebulur,
Mana hati ? 
Mana sayang?
Mana ehsan ?

Kalau marah tiada lagi,
Maka hati, sayang dan ehsan 
Pasti makin pudar,
Jangan jadi pudar
Marah demi sayang
Marah demi hati.

...
Nota:
Aku ada anak saudara oku. Dia juga tidak gemar makan.
Tapi untuk meninggalkan dia kebulur tanpa makan adalah terlalu zalim, sangat zalim.










No comments: