Followers

Tuesday, August 23, 2011

Menteri goyang telur


Apa ke bodoh nya la menteri-menteri pengoyang telur ni,

Aku tgk ada trend, bahawa menteri orang melayu ni, tak suka dengar cakap orang  melayu.
Tak suka melayu jadi pandai,tak suka melayu banyak cakap,
tak pernah nak amik port apa melayu cakap.
Tapi bila kaum lain cakap je terus je amik port..
Duduk atas kerusi goyang je telur tu

Manual hidup

Orang melayu tak suka baca manual, bila beli apa2 barang.mcm tv, kamera,kereta dapat manual buang je.
Macam Allah bagi Al-quran , dah la tak faham, baca langsung takmau.aish.

Monolog melayu bodoh



okay sejak kecik aku dah dengar pasal melayu malas,melayu tak boleh kerja,
melayu tak boleh tgk orang senang , melayu ni , melayu tu..semua nya negatif,
sampai satu tahap bila aku masuk universiti pun, masih perkara yang sama berlaku.
bila kita cakap pasal orang cakap melayu ni takda yang baiknya..

Baru-baru ni baru aku perasan,
cerita orang melayu ni, ada persamaan dengan cerita malcom x kat amerika.
Pasal macam mana orang putih ni , brainwash org kulit hitam mereka adalah bangsa yang hina.
Sampai satu tahap, orang kulit hitam ni bila tengok bangsa diorang sendiri ,diorang rasa hina.

Bahasa.
Bila kita cakap bahasa melayu dalam apa2 'occasion' mesti kita rasa macam rendah diri.
lagi-lagi kalau kita cakap dengan kaum lain.
Dan kaum lain pun, kalau kita speaking baru kita rasa ada standard.betul?

Kedai.
Kedai melayu?nak pegi? tak kot...
kalau ada kedai muthu ,ah seng ngan ahmad..yang kedai melayu tu kita dah set pegi paling last.

Kontraktor.
Okay pasal aku selalu deal dengan kontraktor melayu jadi aku bahagikan dua jenis :

   a) kontraktor melayu kaya tapi tak rajin ( kontraktor sial)
    Kontraktor yang mcam ni banyak kat malaysia ni, bila dapat projek buat main-main.last2 sub kat cina.untung atas angin, lepas tu lobi ketua menteri nak dapatkan projek.
    Bila dah dapat, contoh projek 180ribu (bukan banyak pun) amik 30ribu lepas tu sub kat orang lain.
    orang lain pun buat dengan kos yang tak cukup, lepas tu tipu material, buat keja macam sial.Buat lembab.
    Bila dah masa nak serah, mintak tangguh "Ala kita sama2 melayu takkan tak boleh lebih kurang".pundek sama lu.
    Dan kontraktor macam ni la yang merosakkan nama melayu tu sendiri.


    b) Kontraktor melayu rajin lalu kaya
    Kontraktor jenis ni, nak jumpa sangat la susahnya.Mereka ni sangat rajin dan ada visi.
    Kontraktor jenis ni selalu je dapat projek, sebab buat kerja laju,disiplin dan bagus.
    Tapi, masalah yang besar ialah bila mereka ni nak tender atau nak dapat projek lain/baru,
    susah sebab terpaksa mengubah mindset orang melayu yang pernah ada pengalaman dengan kontraktor sial melayu yang kaya tapi tak rajin
    Ini adalah sebab sikap kontrakor" melayu kaya tapi tak rajin"ni.orang dah pandang negatif dengan semua kontraktor lain.

Sejarah.
Tau sejarah melayu sebelum Melaka?
Tak?melayu tu bangsa yang turun dari langit.


:
Bahasa Melayu ..tak cakap bahasa kelas bawahan
kedai melayu .. tak kuasa nak pegi,sombong. Kecuali Pasar mini Ilsya kat bangi,tu bagus.
Kontraktor melayu..Tak bleh harap.
:

  
Kesimpulan,
sampai satu tahap kita melayu ni benci tgk melayu sendiri.
lagi-lagi kaum lain bila, melayu benci melayu. diorang just ikut je la.


Ps:
Kontraktor melayu tu cakap,"ala orang melayu pun taknak tolong orang melayu" padahal dia buat keja macam haram.
"Bodoh punya melayu"..aku bermonolog sendiri..


jangkitan perasaan anti-melayu makin menular,diharap orang melayu cepat sedar..insyallah
 

Friday, August 19, 2011

Perihal Bisnes telur ayam kampung : Moga Mereka Faham


Bila aku nak behenti keja nak jual  telur ayam kampung
Semua orang disekeliling aku tak setuju.
Semua orang minta aku fikir masak2.sebab tahun depan aku nak kawin.kalau tak keja masakan boleh dapat duit.

Niat
Bila aku terfikir pasal idea ni bukan sebab aku malas keja or saja nak duduk kampung goyang kaki.
Niat awal aku sebenarnya ialah aku nak ajar budak2 kampung yang tak mampu pegi tuisyen/sekolah.dengan ilmu yang aku ada,aku rasa adalah paling baik ilmu tu dikongsi.Malu bila tgk bangsa tak reti menulis /tak reti membaca.sebabnya takda duit. Part ni aku tak bagitau semua orang sebab buat apa nak hebah kat semua org kita nak buat baik ye tak?.

Ayam?
Sebab kita hanya perlu bagi makan &masukkan dalam reban& tunggu ayam tu bertelur.
Sementara tu boleh la aku,ajar budak2 ni membaca ke melukis ke.bukan susah had matematik&english darjah satu apalah yang bebannya?.

Kampung?
Kat kampung la banyak keciciran bila blaja.bahasa inggeris&math.dan situ la letaknya core org melayu.kontrak tanah ada ke tulis bahasa melayu?semua BI.
Lgpun masa aku kecik2.aku blaja kat kampung.aku noreh getah,main biji getah,tangkap ikan dalam lumpur.aku rindu bau getah skerap& bunyi hujan bila kena zink.jadi pada kampung aku datang kampung juga la aku nak berbakti.

Rezeki.
Masakan kita tak percaya rezeki Allah?kita kerja untuk Allah ,dengan izinya pasti kita akan dibalas kembali.maaf bukan aku tak setuju kerja tetap itu bagus.cuma aku yakin apa2 kerja itu sama.

Pendam
Aku sebenarnya taknak cerita pasal benda2 ni.tapi aku rasa biarlah org faham kenapa aku buat keputusan ni.mungkin sedikit sebanyak mereka yang tak stuju, tahu sebab apa aku nak jual telur ayam kampung.mungkin niat tu takda gunanya pendam2.tapi aku harap org faham apa yang aku nak buat bukan sebab diri aku.semasa aku menulis ni,heboh dengan agenda kristian mengajar anak melayu.perkara yang aku jangkakan akhirnya jadi kenyataan. Jadi apa niat yang aku pendam aku kena bgtau.

Harapan
Aku harap ini bukan sebagai niat semata-mata.semoga yang diniatkan jadi kenyataan.bukan mahu pujian tapi mahu sokongan.maaf kerana semua berlaku secara tiba2.mungkin hati sudah terdetik.insyallah.

Monday, June 27, 2011

Sifat keterancaman oleh keturunan sendiri

Seperti juga singa dengan singa lain di bumi afrika,
haiwan2 ini akan berasa terancam dengan haiwan yang sama spesis,
walaupun dalam masa yang sama ada haiwan lain yang lebih mengancam,
singa akan cuba melawan dengan singa lain untuk berada si tangga dominan.

dan aku bukan nak bercakap pasal haiwan,
tapi aku nak cakap pasal manusia.
perasan atau tak perasan,
kita akan lebih cemburu dengan orang yang setaraf ,sama umur, sama fesyen,sama pangkat dengan kita
berbanding dengan orang lain.
seorang designer akan lebih cemburu akan kerja designer lain,
berbanding dengan kerja seorang doktor.. betul?

seorang yang buka kedai runcit akan lebih cemburu dengan kedai runcit di sebelah kedainya,
walaupun dekat seberang jalan ada jusco yang besar gedabak.
kalau boleh mahu disantau saja kedai sebelah, tapi kedai jusco takpa..
sebab kita akan bertanding dengan yang lebih sama atau lebih kurang setaraf dengan kita.

dan tolonglah jangan bangga sangat dengan pencapaian yang tak seberapa tu..
dan jangan dengki2 dengan orang setaraf,
kerana kita takkan kemana..

dan kalau rasa terancam tu jangan la di simpan dalam hati,
memang dah wujud sifat dalam jiwa kita,
cuma jangan dilayan sangat.

kepada designer, arkitek, photographer,fashionista sekalian
tolonglah jangan bertindak seperti orang kurang akal,
mengkritik kerja2 orang lain, kononnya kita paling hebat.
kita paling betul, kita paling style..

buktikan dulu kita paling berguna
dan selepas itu baru mengajar orang lain..

jangan dengki dengan aku okay..

Wednesday, June 22, 2011

Tunang dan dugaan

Setiap kali pun orang cakap jangan tunang lama2 ada banyak dugaan,
Yup mereka benar,
cuma bila dugaan dalam apa bentuk pun,
jangan putus asa ya..


Pepatah arab mengatakan "setiap masalah ,
macam seutas tali yang tegang,
semakin lama makin tegang bila ditarik,
tapi bila sampai waktunya ianya akan putus."
macam masalah, nanti satu masa pasti akan selesai .

Insyallah..

Adat merenjis dan sibodoh

Pernah pergi rumah orang kawin,
rumah melayu kawin,
yang kita panggil sanak saudara merenjis
tau tak?
tu kira adat resam yang agak cool untuk kita hayati..
lagi -lagi boleh mengeratkan silaturahim dengan mak-mak saudara...
ayah mak makcik makcik2..best kan?

Tapi aku bukan nak tulis pasal adat merenjis untuk majlis kawin ni.

Aku nak tegur pasal majlis merenjis bila lepas basuh tangan kat singki
masa sebelum makan atau lepas makan..
apa ke bodoh nya orang- orang yang lepas basuh tangan ni main renjis je
tangan sampai kena muka orang lain,
masuk dalam air minum orang lain, masuk dalam sup,
ko ingat ko tu ayah pin ke?
Kepada orang Melayu khasnya, sebab yang makan guna tangan ni selalunya Melayu,
tolong la renjis tangan kat longkang ke.kat dalam singki ke.
Tak semestinya muka ko cantik,muka takda jerawat, pakai baju ketat, semua orang sayang.

jadi sobodoh sekalian alam
bila merenjis air tangan tu berfikirlah,
bahawa kamu hanya membawa hina kepada bangsa dan diri kamu..

aku terfikir
22.6.2011

Friday, June 17, 2011

Marah kerana sayang?

betul ke marah kerana sayang?
atau sengaja nak marah kat tersayang.
sebab kalau marah kawan..nanti takda kawan..
atau bila jauh..cabaran untuk marah tu kuat?
apa kata aku?

aku terfikir.
walau apa pun jangan marah masa kita tengah marah,
bila masa dah cool baru marah,
sebabnya pada masa itu,
emosi dah kurang sikit terasa tekanan..
jadi bahasa pun tak la kasar sangat..
...burp..
domino takda cili sos..adey...spoil betul..

Thursday, June 16, 2011

telur dilindungi penjajah

aku terfikir,

pasal orang melayu sibuk2 nak jadi ni la apa la..
dan nak maju la, takmau hati kotor la,
mahu jadi kebajikan la,mahu buang toksik la ,
maju jadi bersih,takmau jadi bersih..
aku mahu cakap sama itu Melayu-Melayu.
selagi kamu tak mampu buat seluar dalam,
untuk balut alat kelamin kamu,
maka sehingga itu lah kamu akan terjajah..
kamu sibuk mahu, pertahan ini pertahan itu,
pelindung telur kamu pun orang lain yang buat..lagi mahu bising..

Monday, January 3, 2011

projek 360..hari 6 :Kreatifkanlah bangsaku : Bayblade dan congkak

 Selamat Tahun Baru 2011

















bila kita tgk katun jepun.macam2pemainan ada.lepas tu kita cakap
kreatif la diorang tu.tapi sebenarnya kalo kita perasan semua mainan
tu dah pernah kita main kecik2..cuma semua tu dah tambah skit
isinya.mcm cth bayblade,bukan kecik2kita dah main ke gasing.tapi bila
dtg jepun abis diorang modenkan.jadi org malaysia ni g la beli mainan
tu.sepatutnya kita belajar utk menaikkan/upgrade/tambah baik apa yg
kita ada dan jual pada dunia.kita ada gasing,guli,wau,congkak.buat
kartun buat battle.mesti naik sikit negara kita..ni tak asyik2 banga
dengan org lain..puih