Followers

Wednesday, April 8, 2009

Bila semua benda ada sebab:

Bila semua benda ada sebab:

aku suka dia sebab:

aku menangis sebab:

Aku tension sebab:

Aku benci ko sebab:

Aku Nak makan sebab:
...........................


ada beribu lagi persoalan yang kita tak tahu akan sebabnya..

setiap kali org menangis

ko boleh tahu sebab apa dengan dua cara:

1.ko buat suka hati sebab apa..
2.ko tanya org menangis tu sebab apa dia menangis..

bila ko dah tau sebab apa dia menangis
ko boleh buat tiga benda :

no.1.Ko tolong dia settlekan sebab dia
no.2.ko pecaya sebab tu.ko cerita sebab tu kat org lain
no.3.ko tak pecaya sebab tu,Ko cerita sebab lain kat org lain


kalo ko si penerima sebab no.2,
ko sgt bernasib baik

tapi kalo ko si penerima sebab no.3
ko sgt malang,begitu juga si pemberi sebab.

jadi apa-apa kalo nak selamat
tolong tanya orang yang menangis tu sebab apa.

sebab kita tak tau niat org tgh ni..
sebab perangai orang ni macam macam..

kisah kawan dan keropok

kalo kawan kita suka keropok,
kita tak suka keropok,
jgan cakap kawan kita tah apa2

kalo kita suka sejuk
kawan kita tak suka sejuk
jgn cakap kawan kita tah apa2

kalo kita suka menari
kawan kita suka menyanyi
jgn cakap kawan kita tah apa2

kita tukar........

kalo kawan kita tak suka keropok
kita suka keropok
kita suka ke? kawan kita kata kita tah apa2?

kalo kawan kita tak suka sejuk
kita suka sejuk
kita suka ke? kawan kita kata kita tah apa2?

Kalo kawan kita tak suka menyanyi
kita suka menyanyi
kita suka ke? kawan kita kata kita tah apa2?

kita sama jek..kita tak suka..kita suka kita sama je..

Kenapa setiap orang ada perangai..

Aku terfikir pasal perangai orang..
sangat macam macam..

ada orang takbleh tgk orang lain buat perangai
tapi dalam masa yang sama kita pun sama buat perangai..

tapi satu benda yang aku tau..
setiap perangai orang ni ada uniknya

ada yang dia sombong tapi dia pandai
ada yang baik tapi tak pandai
ada yang depan baik tapi cakap belakang
ada yang kutuk depan-depan tapi hati baik
ada yang baik depan tapi suka perli orang
ada yang manja tapi hati baik
ada yang ngada-ngada tapi hati baik
ada yang tak kisah tapi tak tau apa kat hati

dan lain-lain lagi..

tapi kita kena ingat kita bukannya best sangat..
jadi sebelum kita nak kutuk perangai orang..
tolong kutuk perangai kita dulu..
lagi-lagi yang ko kutuk tu kawan ko sendiri..

Thursday, April 2, 2009

Sinis'ism' dan musim 'ism' dan yahudi 'ism'

MAKLUMAN KEPADA SEMUA!!!!!

Tarikh memboikot yahudi dan amerika itu sudah tamat..


anda boleh kembali menggunakan produk-produk

ciptaan amerika dan israel kembali,

sila cabut poster dan sticker anti yahudi

tapi lekatkan kembali sticker VIP merah di cermin kereta

Ayuh..

kerana tahi ayam sudah sejuk...

Seks, duit dan iklan

aku nak bermula pasal adsense,
aku terfikir bila teman wanita aku bebicara pasal iklan internet ni,

adsense ni satu iklan yang kita boleh letak kat blog dan kita boleh buat duit,
adsense akan detact IP kita dan cari iklan yang ada kat negara kita,
so mcm kita tgh tgk iklan kat tv umah kita la ni..

tapi ada dua je yang aku perasaan iklan yang popular
kat tanah melayu+cina+india+portugis+bengali+orang asli ni:

1.tentang bagaimana nak buat seks....(bla bla pancut pancut)
2.tentang cari duit cara orang malas

Nampaknya ada sekumpulan yang mahir akan adsense

yang mahir dengan dunia maya ini,

suka menjadikan orang lain kaya dan suka menjual skill..

sampaikan dalam web dr.maza pun,
rating bacaan yang paling tinggi ialah harta dan tentang seks..

kita ni memang bangsa yang suka akan seks dan jadi kaya yek?

ke tak?
mcm ye je jawapannya...

Bila yang sedia ada semakin nipis

Dalam semenjak dua menjak ni ada beberapa benda yang aku perasaan..

aku suka tgk wanita berbikini,

aku rasa mereka cool dan menarik,

aku rasa org putih itu best,

tapi aku suka lagi kalo

orang kita yang berbikini,

maksudnya aku suka orang kita berani...

bila aku suka benda yang sepatutnya ditegah,

itu satu petanda yang tidak baik,

iman aku makin nipis,

aku makin lemah,

bila aku makin lemah aku makin teruk,

bila aku makin teruk,

hati aku makin rosak.

bila hati aku rosak aku suka semua jenis dosa...

sebelum semua ni makin teruk..
aku kena g amik air semayang..
aku kena doa banyak-banyak...

sekurang-kurangnya aku ada pahala kalo aku mati esok..