Followers

Friday, August 19, 2011

Perihal Bisnes telur ayam kampung : Moga Mereka Faham


Bila aku nak behenti keja nak jual  telur ayam kampung
Semua orang disekeliling aku tak setuju.
Semua orang minta aku fikir masak2.sebab tahun depan aku nak kawin.kalau tak keja masakan boleh dapat duit.

Niat
Bila aku terfikir pasal idea ni bukan sebab aku malas keja or saja nak duduk kampung goyang kaki.
Niat awal aku sebenarnya ialah aku nak ajar budak2 kampung yang tak mampu pegi tuisyen/sekolah.dengan ilmu yang aku ada,aku rasa adalah paling baik ilmu tu dikongsi.Malu bila tgk bangsa tak reti menulis /tak reti membaca.sebabnya takda duit. Part ni aku tak bagitau semua orang sebab buat apa nak hebah kat semua org kita nak buat baik ye tak?.

Ayam?
Sebab kita hanya perlu bagi makan &masukkan dalam reban& tunggu ayam tu bertelur.
Sementara tu boleh la aku,ajar budak2 ni membaca ke melukis ke.bukan susah had matematik&english darjah satu apalah yang bebannya?.

Kampung?
Kat kampung la banyak keciciran bila blaja.bahasa inggeris&math.dan situ la letaknya core org melayu.kontrak tanah ada ke tulis bahasa melayu?semua BI.
Lgpun masa aku kecik2.aku blaja kat kampung.aku noreh getah,main biji getah,tangkap ikan dalam lumpur.aku rindu bau getah skerap& bunyi hujan bila kena zink.jadi pada kampung aku datang kampung juga la aku nak berbakti.

Rezeki.
Masakan kita tak percaya rezeki Allah?kita kerja untuk Allah ,dengan izinya pasti kita akan dibalas kembali.maaf bukan aku tak setuju kerja tetap itu bagus.cuma aku yakin apa2 kerja itu sama.

Pendam
Aku sebenarnya taknak cerita pasal benda2 ni.tapi aku rasa biarlah org faham kenapa aku buat keputusan ni.mungkin sedikit sebanyak mereka yang tak stuju, tahu sebab apa aku nak jual telur ayam kampung.mungkin niat tu takda gunanya pendam2.tapi aku harap org faham apa yang aku nak buat bukan sebab diri aku.semasa aku menulis ni,heboh dengan agenda kristian mengajar anak melayu.perkara yang aku jangkakan akhirnya jadi kenyataan. Jadi apa niat yang aku pendam aku kena bgtau.

Harapan
Aku harap ini bukan sebagai niat semata-mata.semoga yang diniatkan jadi kenyataan.bukan mahu pujian tapi mahu sokongan.maaf kerana semua berlaku secara tiba2.mungkin hati sudah terdetik.insyallah.

No comments: