Seperti juga singa dengan singa lain di bumi afrika,
haiwan2 ini akan berasa terancam dengan haiwan yang sama spesis,
walaupun dalam masa yang sama ada haiwan lain yang lebih mengancam,
singa akan cuba melawan dengan singa lain untuk berada si tangga dominan.
dan aku bukan nak bercakap pasal haiwan,
tapi aku nak cakap pasal manusia.
perasan atau tak perasan,
kita akan lebih cemburu dengan orang yang setaraf ,sama umur, sama fesyen,sama pangkat dengan kita
berbanding dengan orang lain.
seorang designer akan lebih cemburu akan kerja designer lain,
berbanding dengan kerja seorang doktor.. betul?
seorang yang buka kedai runcit akan lebih cemburu dengan kedai runcit di sebelah kedainya,
walaupun dekat seberang jalan ada jusco yang besar gedabak.
kalau boleh mahu disantau saja kedai sebelah, tapi kedai jusco takpa..
sebab kita akan bertanding dengan yang lebih sama atau lebih kurang setaraf dengan kita.
dan tolonglah jangan bangga sangat dengan pencapaian yang tak seberapa tu..
dan jangan dengki2 dengan orang setaraf,
kerana kita takkan kemana..
dan kalau rasa terancam tu jangan la di simpan dalam hati,
memang dah wujud sifat dalam jiwa kita,
cuma jangan dilayan sangat.
kepada designer, arkitek, photographer,fashionista sekalian
tolonglah jangan bertindak seperti orang kurang akal,
mengkritik kerja2 orang lain, kononnya kita paling hebat.
kita paling betul, kita paling style..
buktikan dulu kita paling berguna
dan selepas itu baru mengajar orang lain..
jangan dengki dengan aku okay..
No comments:
Post a Comment