Followers

Saturday, February 28, 2009

Aku mahu Karaoke di Masjid

Bila terfikir tentang masjid apa yang kita semua pikir?
aku pasti pikir orang mengaji dan sembahyang takpun budak blaja agama,

Tapi aku bila aku pikir-pikir balik
alangkah seronoknya kalo masjid tu
ada cyber cafe, ke ,ada tempat main kereta control ke,
ada tempat repair moto,ada mesin jahit bleh menjahit ke?
takpun bleh main pingpong ke,dekat-dekat area masjid mesti bestkan..

Dulu zaman nabi banyak benda kita bleh buat kat masjid
Sebab masjid tu mcm satu kompleks,
semua kita bleh dapat kat masjid.
tapi zaman tu mana ada Play station ke guitar heroes ke..

Tapi sekarang lain berlambak aktiviti yang bleh dibuat
tapi masjid hanya jadi tempat just utk sembahyang ngan ngaji
aku yang tak alim ni,g masjid pun kalo ada sembahyang raya ngan jumaat
yang lain tu aku tak tetarik langsung..(huh)

Aku nak salahkan diri sendiri pun takleh juga..
sebab kat masjid takda benda yang kita bleh buat selain ngaji dan sembahyang

Cuba try kita buat bising kat masjid or main kejar2,mesti kita balik kena kejar..
aku bukannya nak salahkan masjid tu pula,
tapi pada zaman sekarang ni masjid kena diangkat sebagai satu kompleks
yang adanya fasiliti untuk aktiviti lain..

macam contoh masjid boleh dilengkapi komputer dan access internet
jadi boleh la kita surf site kat masjid.
ada locker nak simpan laptop
ada study table untuk blaja


Kalaulah ada gelangang gusti kat area masjid
budak2 bleh main gusti2 sesama sendiri kat masjid
nak tukar baju ada bilik air,bilik nak salin baju,ada locker,


aku tau ada limitation dalam saiz masjid dari segi kos
tapi daripada buat lampu yang melampau-lampau besarnya
ditambah pula kubah yang sebesar-besar alam..

baik buat bilik karaoke ke,
Bilik ada wireless ke?
Ada tempat jamming ke
Boleh melepak di masjid 24jam mcm 7eleven gitu,

selain tu juga

Kita ada teknologi akustik yang membenarkan bunyi dapat ditapis
jadi tak salahnya kalo ada bilik karaoke asalkan ia tak melalaikan.


Point aku kat sini,kita kena ubah pemikiran kita tentang masjid
kita takboleh kecik kan skop masjid tu sebagai satu bangunan agama
tetapi kepada bangunan yang aktiviti yang dihalalkan oleh agama

Jadi Masjid sebagai bangunan yang boleh dikaya kan aktivitinya
mesti seronok pegi masjid..

Sebab kalau kita tak boleh bawa aktiviti masjid kepada orang ramai
amacam kalo kita bawa aktiviti orang ramai ke masjid...

3 comments:

lullaby said...

rujuk kelilah..masjid hip hop

he he he

errr..bole kita dating kat mesjid? hu hu

Ili Khalil said...

Dating buat apa, akad nikah terus lah.

lullaby said...

haah eh..betul juga.saya lupa