Bila orang kelantan bising2 pasal duit royalti la, duit ihsan la.
aku rasa ada hikmahnya diorang ni takdapat.
sebabnya bagi aku apa yang Tun buat adalah betul
bagi aku itu adalah test sama ada kerajaan "Islam ala kelantan" ni boleh kaya
atau develop harta sendiri atau berjaya,
tanpa perlu pertolongan kerajaan persekutuan yang kaya dengan cukai arak dan rokok
Sekiranya benar "Islam ala kelantan" itu adalah terbaik.
Maka, akan dapat dilihat "empayar" itu berkembang maju.
negeri islam itu akan menjadi contoh..
Jadi semua orang nak pegi kelantan sebab aman damai,moden,maju
yang paling penting negeri pemerintahan islam.Wah wah wah...
Tapi tak jadi macam tu pula..
Malah terdapat kecacatan yang terdapat pada
kerajaan "Islam ala kelantan" ni.
mereka tidak berjaya membangunkan negeri islam yang maju dan berjaya..
ditambah pula dengan sikap kepuak-kan orang kelantan yang sangat-sangat menebal
hingga,kalau dapat berkumpul beramai-ramai mereka bagaikan hilang akal(cth bolasepak)..
Kalau inilah contoh kerajaan islam yang kita mahukan...(huh-megeluh)
Aku tak memilih sama ada sebelah umno ke, sebelah pas ke
tapi yang pasti aku seorang Islam..
Negara Islam patut maju dan berjaya walaupun negeri itu hanya dikelilingi pasir..
Kerana kejayaan islam bukan pada duit royalti minyak
tapi pada ilmu,penyelidikan,kajian,amalan yang baik dan taqwa kepada Allah S.W.T ..
Akuterfikir.
7 comments:
Patutkah jika saya kata bahawa Islam yang Nabi bawa adalah tak betul kerana Nabi terpaksa meminta umat Islam berhijrah ke Habsyah dan kemudian baginda sendiri lari ke Madinah demi membangunkan Islam? Kalau Islam yang Nabi bawa itu benar dan diredhaiNya, kenapa mesti keluar Makkah ? Kenapa mesti lari ? Kenapa tidak dibangunkan Islam dari Makkah sahaja dan tunjuk contoh kepada kafir quraisy yang Islam Nabi bawak adalah benar?
Sedar tak sedar, seperti itulah pandangan anda dalam isu ini.
Sesungguhnya pendapat anda tentang kerajaan kelantan dan royalti minyak adalah sedangkal contoh yang saya berikan di atas.
Kesimpulannya, anda memang NAIVE dan perlu belajar lebih banyak lagi tentang kehidupan dan sikap 'gentleman'..
Orang menang loteri pun tak akan kaya kalau syarikat loteri tak mahu serah hadiah yg dia menang !
sebenarnya saya tak faham contoh yang tuan _ berikan sama ada berkaitan atau tidak..adakah kerajaan kelantan diburu orang yang ingin memusnahkan islam?
rasanya tidak..
Selama saya membuat kajian di Kawasan pasir putih kelantan
saya dapati ada approach kerajaan setempat untuk mengadakan peluang-peluang perkerjaan seperti bisness sarang burung dan sebagainya.
dan saya juga dapati bahawa pasir putih amat unik kerana setiap kali waktu maghrib pasar malam akan ditutup.
Alangkah indahnya sekiranya kelantan dapat memberikan contoh yang lebih lagi iaitu dari segi teknologi dan perniagaan import export.Dan tidak bergantung kepada kerajaan pusat.
kenapa kita kena tunggu jadi kaya
dengan duit loteri.Baik kita jadi tokey...
patutkah kamu kata kamu bukan islam?? kerana kepercayaan kamu kepada nabi sangat janggal sekali...zaman nabi seorang hamba ALLah tak pecaya yg nabi naek ke langit semasa israk n mikraj...n nabi berkata kamu tnyalah kepada saidina omar adakah benar ckpNYa..biler dia bertanya kepada Saidina Omar Lalu Beliau memancong kepala sahabat tersebut. Disini dapat dilihat bahawa Nabi adalah Rasul ALLH kenapa perlu musykil???. sahabat saya ingn menasihati kamu agar kamu bt semayang taubt semoga Allah mengampunkan dosa kamu Walahualam.
orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. ILmu itu luas pengertiannya. kehidupan ini adalah satu perjuangan yang tidak akan selesai sehinggalah ajal menjemput kite.. agar sesamalah kite memperbaiki kelemahan diri kite dan menjadikan Rasulullah sebagai role model..dan bukannya DR mahathir, bukannya Nik Aziz tetapi Nabi Muhammad SAW. kerana dia merupakan pemimpin dunia yang tiada cacat cela...Wallahualam.
negara islam perlu seimbang.antara aplikasi islam,keperluan dan keinginan rakyat.masalah terbesar kita adalah kita ni berbeza2 kaum & agama.jd aplikasi negara atau negeri islam amat susah.usaha tu mesti kene ada.atak kiralah apa pn,biarlah org kata pmerintahan kerajaan negeri kelantan xstabil,islam hadhari x menjadi,janji kita cuba yg terbaik.pd masa yg sama kepentingan keperluan rakyat xkira apa bangsa agama kene ambik kira.itulah pentingnya kena pilih pemimpin bijak.bijak dunia.bijak akhirat.dan itulah yg susah.uhh
chaon.keseimbangan dari segi apa?? hukum islam?. syariat islam? perjuangan islam? dan apa pula keinginan rakyat? adakah duet? adakah kesahteraan hidup?..jawapan Undang2 Allah sebenarnya dah cukop cantek untuk memberi kesedaran kepada umat manusia..jika kite lihat dari segi semua aspek. Disebabkan kite menolak ketepi undang2 islam that why seluruh dunia kucar kacir..Nabi Muhammad pernah besabda..akhir zaman umat islam meliputi hampir seluruh dunia tetapi ibarat bueh ditepian pantai..
malulah saya tgk awak kat tb..
masuk mhi..
saya ngan nawa tepuk tangan dalam telepon.
awak babai kat sapa?
p/s:duit menang tu boleh beli gelang kalau rasa nak langkah bendul.
-kakak ipar-
Post a Comment