Followers
Tuesday, August 23, 2011
Menteri goyang telur
Apa ke bodoh nya la menteri-menteri pengoyang telur ni,
Aku tgk ada trend, bahawa menteri orang melayu ni, tak suka dengar cakap orang melayu.
Tak suka melayu jadi pandai,tak suka melayu banyak cakap,
tak pernah nak amik port apa melayu cakap.
Tapi bila kaum lain cakap je terus je amik port..
Duduk atas kerusi goyang je telur tu
Manual hidup
Orang melayu tak suka baca manual, bila beli apa2 barang.mcm tv, kamera,kereta dapat manual buang je.
Macam Allah bagi Al-quran , dah la tak faham, baca langsung takmau.aish.
Macam Allah bagi Al-quran , dah la tak faham, baca langsung takmau.aish.
Monolog melayu bodoh
okay sejak kecik aku dah dengar pasal melayu malas,melayu tak boleh kerja,
melayu tak boleh tgk orang senang , melayu ni , melayu tu..semua nya negatif,
sampai satu tahap bila aku masuk universiti pun, masih perkara yang sama berlaku.
bila kita cakap pasal orang cakap melayu ni takda yang baiknya..
Baru-baru ni baru aku perasan,
cerita orang melayu ni, ada persamaan dengan cerita malcom x kat amerika.
Pasal macam mana orang putih ni , brainwash org kulit hitam mereka adalah bangsa yang hina.
Sampai satu tahap, orang kulit hitam ni bila tengok bangsa diorang sendiri ,diorang rasa hina.
Bahasa.
Bila kita cakap bahasa melayu dalam apa2 'occasion' mesti kita rasa macam rendah diri.
lagi-lagi kalau kita cakap dengan kaum lain.
Dan kaum lain pun, kalau kita speaking baru kita rasa ada standard.betul?
Kedai.
Kedai melayu?nak pegi? tak kot...
kalau ada kedai muthu ,ah seng ngan ahmad..yang kedai melayu tu kita dah set pegi paling last.
Kontraktor.
Okay pasal aku selalu deal dengan kontraktor melayu jadi aku bahagikan dua jenis :
a) kontraktor melayu kaya tapi tak rajin ( kontraktor sial)
Kontraktor yang mcam ni banyak kat malaysia ni, bila dapat projek buat main-main.last2 sub kat cina.untung atas angin, lepas tu lobi ketua menteri nak dapatkan projek.
Bila dah dapat, contoh projek 180ribu (bukan banyak pun) amik 30ribu lepas tu sub kat orang lain.
orang lain pun buat dengan kos yang tak cukup, lepas tu tipu material, buat keja macam sial.Buat lembab.
Bila dah masa nak serah, mintak tangguh "Ala kita sama2 melayu takkan tak boleh lebih kurang".pundek sama lu.
Dan kontraktor macam ni la yang merosakkan nama melayu tu sendiri.
b) Kontraktor melayu rajin lalu kaya
Kontraktor jenis ni, nak jumpa sangat la susahnya.Mereka ni sangat rajin dan ada visi.
Kontraktor jenis ni selalu je dapat projek, sebab buat kerja laju,disiplin dan bagus.
Tapi, masalah yang besar ialah bila mereka ni nak tender atau nak dapat projek lain/baru,
susah sebab terpaksa mengubah mindset orang melayu yang pernah ada pengalaman dengan kontraktor sial melayu yang kaya tapi tak rajin
Ini adalah sebab sikap kontrakor" melayu kaya tapi tak rajin"ni.orang dah pandang negatif dengan semua kontraktor lain.
Sejarah.
Tau sejarah melayu sebelum Melaka?
Tak?melayu tu bangsa yang turun dari langit.
:
Bahasa Melayu ..tak cakap bahasa kelas bawahan
kedai melayu .. tak kuasa nak pegi,sombong. Kecuali Pasar mini Ilsya kat bangi,tu bagus.
Kontraktor melayu..Tak bleh harap.
:
Kesimpulan,
sampai satu tahap kita melayu ni benci tgk melayu sendiri.
lagi-lagi kaum lain bila, melayu benci melayu. diorang just ikut je la.
Ps:
Kontraktor melayu tu cakap,"ala orang melayu pun taknak tolong orang melayu" padahal dia buat keja macam haram.
"Bodoh punya melayu"..aku bermonolog sendiri..
jangkitan perasaan anti-melayu makin menular,diharap orang melayu cepat sedar..insyallah
Friday, August 19, 2011
Perihal Bisnes telur ayam kampung : Moga Mereka Faham
Bila aku nak behenti keja nak jual telur ayam kampung
Semua orang disekeliling aku tak setuju.
Semua orang minta aku fikir masak2.sebab tahun depan aku nak kawin.kalau tak keja masakan boleh dapat duit.
Niat
Bila aku terfikir pasal idea ni bukan sebab aku malas keja or saja nak duduk kampung goyang kaki.
Niat awal aku sebenarnya ialah aku nak ajar budak2 kampung yang tak mampu pegi tuisyen/sekolah.dengan ilmu yang aku ada,aku rasa adalah paling baik ilmu tu dikongsi.Malu bila tgk bangsa tak reti menulis /tak reti membaca.sebabnya takda duit. Part ni aku tak bagitau semua orang sebab buat apa nak hebah kat semua org kita nak buat baik ye tak?.
Ayam?
Sebab kita hanya perlu bagi makan &masukkan dalam reban& tunggu ayam tu bertelur.
Sementara tu boleh la aku,ajar budak2 ni membaca ke melukis ke.bukan susah had matematik&english darjah satu apalah yang bebannya?.
Kampung?
Kat kampung la banyak keciciran bila blaja.bahasa inggeris&math.dan situ la letaknya core org melayu.kontrak tanah ada ke tulis bahasa melayu?semua BI.
Lgpun masa aku kecik2.aku blaja kat kampung.aku noreh getah,main biji getah,tangkap ikan dalam lumpur.aku rindu bau getah skerap& bunyi hujan bila kena zink.jadi pada kampung aku datang kampung juga la aku nak berbakti.
Rezeki.
Masakan kita tak percaya rezeki Allah?kita kerja untuk Allah ,dengan izinya pasti kita akan dibalas kembali.maaf bukan aku tak setuju kerja tetap itu bagus.cuma aku yakin apa2 kerja itu sama.
Pendam
Aku sebenarnya taknak cerita pasal benda2 ni.tapi aku rasa biarlah org faham kenapa aku buat keputusan ni.mungkin sedikit sebanyak mereka yang tak stuju, tahu sebab apa aku nak jual telur ayam kampung.mungkin niat tu takda gunanya pendam2.tapi aku harap org faham apa yang aku nak buat bukan sebab diri aku.semasa aku menulis ni,heboh dengan agenda kristian mengajar anak melayu.perkara yang aku jangkakan akhirnya jadi kenyataan. Jadi apa niat yang aku pendam aku kena bgtau.
Harapan
Aku harap ini bukan sebagai niat semata-mata.semoga yang diniatkan jadi kenyataan.bukan mahu pujian tapi mahu sokongan.maaf kerana semua berlaku secara tiba2.mungkin hati sudah terdetik.insyallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)