Followers
Tuesday, July 29, 2008
Murah Susah
Giant tempat yang murah..
aku pergi kat pasaraya giant aku bawak laptop..
pastu aku kena tahan kat pak guard,sebabnya
aku tak boleh bawak sebarang beg masuk kat dalam giant..
aku tak tau maybe sistem pasaraya nie lemah kot..
Jusco tempat yang tak murah sangat..
bila aku pegi kat jusco,aku bawak beg laptop
pastu aku naik esklator,aku nampak pakguard
tapi dia tak tahan aku..
aku tak tau maybe sistem jusco ni cemerlang kot...
aku terfikir kalo la aku nak shopping mane satu yang aku pegi yang kena tahan tapi murah ke or yang tak kena tahan tapi harga boleh tahan urmm...
Situasi kedua:
Aku pegi kat Giant pastu ada 2 pintu satu pintu masuk
satu lagi pintu keluar..kalo aku masuk silap pintu aku kena marah..
Aku pegi kat jusco ada 2 esklator aku masuk mane2
pun pak guard tak kisah..
aku terfikir aku nak pergi kedai yang murah susah ke or tak murah tapi senang.urm...
Cinta dan trolley
kira dalam 50an la
si suami pimpin isteri dia,
turun esklator tu sambil tggl kan troley kat atas
aku dalam hati,ala romantiknya pasangan nie.
mula-mula kau tak perasan rupa2 nya si isteri nie macam kurang upaya skit.
dia tinggalkan troley kat tingkat atas untuk pimpin isteri dia
suci nya cinta mereka..
aku terfikir alangkah baiknya semua org bercinta,
sesuci percintaan mereka..
terima kasih kepada cinta sejati...
Carut Majmuk
kalo boleh kita nak semua orang guna bahasa melayu
kalo boleh kita takmau dengar org bahasa lain
kalo boleh kita nak bersatu-padu,
tapi semua tu mcam susah skit
tapi jgn risau kita sebenarnya dah bersatu padu
dari segi mencarut....
walaupun mencarut tu tak baik,
tapi kita dah berjaya mencarut dan bersatu-padu
dan mencipta carutan "hibrid"
contoh carutan hibrid/majmuk:
that car is crazy la sial
=majmuk diantara bahasa inggeris dan melayu
ko ni mcam lancau
=bahasa melayu campur bahasa cina
lu la mcam pentet
=bahasa melayu campur slanga cina
shit btul la..
=bahasa inggeris dan bahasa melayu
dan pelbagai lagi.
sekian terima kasih.
Negara Konsumer
aku pegi gig aku jumpa security guard bangla
aku pegi apartment aku jumpa security guard bangla lagi
aku pegi restaurant mamak aku jumpa india dari india
aku pegi aked(tempat makan kat U aku) aku jumpa bangla lagi
aku pegi kilang aku jumpa myanmar,bangla,indon
aku lalu kat taman aku jumpa pengutip sampah+penyiram bunga bangla
aku terfikir,
satu hari semua keja yang kat "bawah" nie semua orang asing buat,
agaknya time tu:
kita jadi malas,
kita malu nak buat keja2 bawah nie,
kita jadi blagak+sombong
kita jadi megah..
kita jadi sebuah negara konsumer,
pakai je reti buat tak pandai..
entah la.....
Friday, July 18, 2008
rm77 dan seratus lebih
aku pegi kedai pc aku tanya pasal ram laptop 1Gig
aku g kedai "apek" nie dia cakap rm77 bleh tolong pasang sekali dia caj rm5
sambil tersenyum...
aku g pula kedai "org kita" nie aku tanya berapa ram 1 Gig
dia jawab "tggu jap akak check..
pastu dia cakap "kalo nak tukar ram seratus lebih la dik"
sambil ngerut-ngerut kening...
aku terfikir kalo la aku nak beli ram tu aku nak beli kedai mane?
yang rm77 ke? or yang seratus lebih sambil kening kerut2?.urmmm....
Kes 2
aku g kedai apek nie aku tanya motherboard 754 utk amd ada tak?
dia cakap mane ada org pakai dah sekarang semua dah ada built-in
graphic yang better..dia kata dalam rm 600 bleh bli ram,processor ngan motherboard.
sambil kata beli la ...takde la mahal..
pastu aku g kedai "org kita"nie aku tanya motherboard 754 utk amd ada tak?
dia cakap "jap yea dik akak check -sambil tanya kat technician kedai tu..
"man ada tak motherbard 754 amd?"technician dia jawab takde socket775
ada la..sambil mengaru kepala, pastu masuk balik dalam ofis dia.
pastu akak tu cakap "takde la dik ".tanpa mengsyor apa2
aku terfikir kalo la aku nak beli motherboard tu aku nak beli kedai mane?
kedai yang suruh aku beli ke? or kedai yang takde mengsyorkan ape2?.urmmm..
Wednesday, July 16, 2008
Jilat Jilat
bila orang nyanyi..
kita ikut sekali,
bila org menari
kita ikut menari,
bila org suruh jilat,
kita bukak silat....
aku: gelak gelak kena sepak..
Debat Serabut
Debat pasal minyak..
pastu orang kita tepuk2
org tanya lain, kita jawab lain
pastu orang kita tepuk2
org kata subsidi,dia kata insentif..
pastu orang kita tepuk2
org kita gaduh sama2
pastu org lain tepuk kan kita....
Bahasa ku bahasa online
aku terfikir bahawa bila bahasa melayu,
hanya di jadikan bahasa suka-suka dan bukan intelek..
bila kita baca bahasa melayu, tidak mempunyai istilah2
baru.kalo ada pun cuma cedokan bahasa english...
lebih teruk lagi bila kita taip perkataan "melayu" kat
web browser..berapa sgt site yang menampilkan tentang melayu
tapi yang pasti banyak keluar bila search ialah seks melayu,gadis melayu,
lucah melayu dan lain2...yang tak baik.
kalo la aku nie student dari luar negara nak belaja pasal "Melayu"
mesti aku dah serong...
Aku sekarang buat research pasal harimau..kalo la aku tulis harimau
mesti kuar cakar harimau la amenda entah la..
tapi kalo aku letak tiger..banyak maklumat yang aku bleh dapat..
jadi kesimpulannya...mantapkan bahasa melayu pastu tulis bahasa melayu banyak2 kat internet...
Wednesday, July 2, 2008
A reply from Allah
Lecturer aku ada cakap,
lecturer kepada dia cakap,
Bila kita berdoa minta tolong pada Allah,
Mcam mane Allah akan reply doa kita?
Allah akan reply dalam berbagai bentuk,
Bila kita tgh bersembang,
bila kita tgh tgk tv,
bila kita tgh pancing ikan,
bila org tanya jalan
dan pelbagai lagi..
tapi syaratnya kita kena alert akan jawapan tu...
kenapa mcam tu?
sebabnya siapa la kita nak terima reply yang direct dari Allah
kita bukan nabi kita bukan rasul,
kalo la tiba-tiba ayat dari langit datang ...
aku rasa ada juga yang berbuih-buih mulut...
yang penting kita alert...
Allah tak bagi apa yang kita mahu,
Allah bagi apa yang kita perlu....
(part last nie quote dari satu cerita bukan cerita lecturer aku...)
Aku yang Sederhana
aku tak tinggi aku tak rendah
aku tak kaya aku tak miskin
aku tak pandai aku tak bodoh
aku tak hensem aku tak hodoh
aku tak rajin aku tak malas
aku tak malaikat aku tak setan
aku tak putih aku tak itam
aku yang sederhana
alhamdulilah....
Spain dan German
spain jadi juara
aku yang jadi salah seorang penyokong german kecewa
walaupun aku tau yang german akan kalah
sebab sepanjang game.. spain memang, main cantik
tapi aku tetap sokong german..
sebabnya kadang2 sokong yang kalah tu best..
sebab nya kalau kita jadi minority ni kita jadi lebih kretif..
tak kira sama ada bola,kawan ,hidup dan lain2...
sekian terima kasih
Indie yang pemalu
org kata aku tak hormat geng underground
sebab kalo ko tak geng underground takleh nyanyi lagu-lagu tu
betul ke.?
Sekarang kalo ko tak nyanyi lagu underground/indie nie
ko pula jadi tak cool..
ko tak best...
bagi aku pendapat/perangai org berubah
sebab org2 yang suka menasihatkan org nie taktau amenda yang diorang nasihatkan
yang penting buat je apa korang suka..
sebab sapa salah/sapa betul tuhan je yang tahu...
Ulat kena karan
Dewasa ini ,bila aku baca paper yang telah diboikot..
mesti ada je org dari parti lain2 yang kuar..
dengan bagai2 alasan..
bila aku terfikir akan org2 nie yang dulunya beria-ria
sokong antara satu sama lain,
skrg dah ada tuduhan yang mcam macam
jatuhkan satu sama lain
diorang nii mcam ulat..yang duduk dalam kaki org
pastu bila kita karan kan kaki kita.
ulat-ulat nie kuar sebab taknak sakit
selepas ulat niedah abis makan daging kaki kita...
pastu baru kita perasan kaki kita ada ulat
bagus pun menyusahkan org je....
Tuesday, July 1, 2008
Kekasih gelap,skandal dan cinta sejati
kekasih yang ada kaitan dengan suami orang,tunang org dan seangkatannya.
boleh di sama erti dgn cinta terlarang(tetapi bukan cinta sejenis)
Skandal=
Kekasih yang tak dicintai,sekadar suka2.
Kekasih Sejati=
Kekasih yang akan saling berkasih sehingga meninggal dunia.
sekian terima kasih