Followers

Monday, January 26, 2009

Made in Malaysia-kenapa kita kena sokong

Aku terfikir,
kalaulah negara kita ditakdirkan diserang..
semua negara lain takdapat nak
salur bantuan kat negara kita..

Apa yang boleh kita buat
kita mengharapkan diri kita sendiri
kita kena pakai resourse yang datang dari negara kita


Situasi 1

Kita tak support
barangan buatan malaysia
semua produk kita import
kita takda kilang yang terletak kat sini
semua kilang-kilang buatan kita
dah tutup sebab takda orang nak beli
Kedai-kedai hypermarket..giant,tesco,carefour
semua tutup sebab kena serang..
kita terpaksa merintih sebab takda bekalan
datang dari luar takda kedai yang buka...


Situasi 2

Kita selalu support barangan buatan malaysia
jadi pelbagai barangan kita semakin berkembang
kualiti semakin meningkat
semua barangan kita export bukan import
kita ada semua barang buatan negara kita sendiri

pastu

kita dapat makan makanan negara kita
kita dapat pakai baju buatan malaysia
kita dapat pakai keta buatan kita
kita pakai senapang buatan kita
untuk kita hidup dan mempertahankan diri.
walaupun kita diserang tapi kita ada barangan buatan
kita sendiri..

..................

sebab tu la kita kena support barangan/kedai/orang malaysia..

Jihad-Kita yang tak mampu

Bila kita dapat beberapa list yang ada
terletak nama-nama produk yang meyokong yahudi
apa yang kita buat?

Aku baca list tu
pastu brand yang paling dekat
dengan aku ialah McD..

time tu aku nak p makan prosperity burger
bila aku dengar yang kita kena boikot,
aku rasa serba salah..
aku rasa mcam nak juga makan

last last aku makan juga burger tu..

betapa lemahnya aku
betapa hinanya aku

Aku sebenarnya tak mampu
untuk berjihad walaupun untuk seketika..

Tak mampu nak selamatkan
anak-anak sedara kita yang mati kena bom

aku rasa aku ni hina.
sebabnya banyak lagi makanan yang bleh kita makan
tapi kenapa kita still lagi bergantung pada
produk yang sokong yahudi?

sebabnya kita membesar dengan berpaksi kan Amerika dan yahudi

kita membesar dengan ubat gigi yahudi
kita makan makanan ringan yang amerika tuannya
kita minum dengan air yang amerika buat..
kita tengok cerita yang amerika dan israel canang..

kita menagih produk2 mereka
kita tak boleh hidup tanpa produk israel
kita mcam penagih yang akhirnya
tak mampu lagi melawan ketagihan..
kita dah lemah..


aku rasa aku nak belajar nak ilangkan ketagihan ini
aku malu ngan Tuhan aku
sebab aku tak mampu melawan nafsu aku.
Aku malu sebab seronok makan daging sedara kita
yang mati kat Palestine sana...

"ya Allah kuatkanlah semangat dan selamatkanlah sedara sedara
aku yang dalam kesusahan...kerana aku ini lemah...Amin"

Monday, January 19, 2009

Thursday, January 1, 2009

Melayu atau Islam

Aku terfikir tentang
melayu dan kaum aku..

Aku terfikir juga pasal
islam agama aku..

Dua-dua ni penting

tapi apa2 pun agama lagi penting dari
kaum dan kekangan bangsa..

Aku terfikir bila
ada pihak yang mati2 mempertahankan
kepentingan kaum dari agama islam itu sendiri

terima kasih aku ucapkan pada pihak ini,
sebab mereka ni telah berusaha bersungguh2.

tapi kena ingat islam tu
agama sarwajagat dan agama dari Allah

agama yang tak tertumpu pada satu2 kaum

bagi aku tak adil kalo kita
sibuk2 nak mempertahankan sesuatu kaum

sebabnya kalo kita asyik sibuk
pasal melayu kita
mcm mane pula ngan saudara
kita dari kaum lain?

Ada juga india dan cina
yang beragama islam
kalo kita sibuk ngan kaum kita
saudara kita ni last2 terpinggir

sebabnya sangkaan saudara2 kita ni
kalo masuk islam kena jadi melayu.

kalo tak melayu maka tak islam?

kita sebenarnya terikat dengan
pemikiran yang sangat sempit
berbanding pegertian agama islam
yang tersangat luas..

kita patut war-war kan akan kesucian agama kita
yang tak terikat dengan batasan kaum..

kita tak boleh ubah cina or india jadi melayu
sebab tu keturunan mereka..

tapi kita boleh kongsi agama kita
sebab islam itu untuk semua..

apa salahnya kalau kaum lain yang pimpin kita
kalo dia boleh jadikan kita umat islam yang sejati.

*selamat tahun baru saudara-saudaraku..