Followers

Thursday, January 1, 2009

Melayu atau Islam

Aku terfikir tentang
melayu dan kaum aku..

Aku terfikir juga pasal
islam agama aku..

Dua-dua ni penting

tapi apa2 pun agama lagi penting dari
kaum dan kekangan bangsa..

Aku terfikir bila
ada pihak yang mati2 mempertahankan
kepentingan kaum dari agama islam itu sendiri

terima kasih aku ucapkan pada pihak ini,
sebab mereka ni telah berusaha bersungguh2.

tapi kena ingat islam tu
agama sarwajagat dan agama dari Allah

agama yang tak tertumpu pada satu2 kaum

bagi aku tak adil kalo kita
sibuk2 nak mempertahankan sesuatu kaum

sebabnya kalo kita asyik sibuk
pasal melayu kita
mcm mane pula ngan saudara
kita dari kaum lain?

Ada juga india dan cina
yang beragama islam
kalo kita sibuk ngan kaum kita
saudara kita ni last2 terpinggir

sebabnya sangkaan saudara2 kita ni
kalo masuk islam kena jadi melayu.

kalo tak melayu maka tak islam?

kita sebenarnya terikat dengan
pemikiran yang sangat sempit
berbanding pegertian agama islam
yang tersangat luas..

kita patut war-war kan akan kesucian agama kita
yang tak terikat dengan batasan kaum..

kita tak boleh ubah cina or india jadi melayu
sebab tu keturunan mereka..

tapi kita boleh kongsi agama kita
sebab islam itu untuk semua..

apa salahnya kalau kaum lain yang pimpin kita
kalo dia boleh jadikan kita umat islam yang sejati.

*selamat tahun baru saudara-saudaraku..