Followers

Thursday, June 26, 2014

Si Pemaki dan sifat Sayang si cacat


Untuk menjaga seorang oku bukan perkara yang mudah, karenah yang perlu dilayan tak sama dengan orang yang normal.

Kederat dan masa yang dicurahkan berpuluh kali ganda letihnya berbanding yang normal.

Bila berita berkenaan dengan seorang oku yang ditinggal kan kurus kering seperti ingin ditinggalkan mati, itu perkara berbeza.

Seperti kisah- kisah panas biasa,akan bermula dengan maki memaki , penentang, penyokong, ustaz-ustaz ahli kitab dan akhirnya senyap.

Pernah terfikir yang marah itu sebenarnya adalah orang yang normal. Orang yang sebenarnya masih ada hati dan sifat belas ikhsan. Mana mungkin bila dilihat satu perkara yang sifatnya zalim, orang tidak mengamuk? Bila dilihat seorang manusia tidak diberi makan, seperti mayat ,kita hanya senyum dan bersabar? 

Sebagai manusia memang kita kena marah, memang kita kena ambil tahu, memang kita kena kecewa. Kerana kita ni semua manusia. 

Yang dirisaukan nanti bila masyarakat kita langsung taknak ambil tahu, langsung serah pada pihak berkuasa. 
"Ini bukan hal kita, biar orang lain ambil kisah" akhirnya Seperti kisah tandas masjid yang busuk , bila semua mengharap pada pihak berwajib, tandas yang sepatutnya tanggungjawab bersama jadi busuk dan kotor. 

Anak oku yang sepatutnya jadi tanggungjawab bersama, ditinggalkan atas sebab, kononnya sifat marah kerana  sayang itu tidak sealiran dengan ahli ahli kitab

Jangan dimatikan sifat yang berkobar-kobar kerana dengan cara itu semua orang akan sedar akan tugas masing-masing sebagai seorang manusia.

Maki lah maki,
Bukan untuk seorang tapi untuk semua,
Jangan dilayan sepemati Maki,
Layan rasa marah kerana sayang
Yang sayang akan marah, 
Pasti akan marah!!!,

Sicacat dibiar kebulur,
Mana hati ? 
Mana sayang?
Mana ehsan ?

Kalau marah tiada lagi,
Maka hati, sayang dan ehsan 
Pasti makin pudar,
Jangan jadi pudar
Marah demi sayang
Marah demi hati.

...
Nota:
Aku ada anak saudara oku. Dia juga tidak gemar makan.
Tapi untuk meninggalkan dia kebulur tanpa makan adalah terlalu zalim, sangat zalim.










Tuesday, June 17, 2014

Idea hati



Aku pegi meting ngan disiplin lain,engr letrik , engr mekanikal , engr struktur ngan bos aku. 

Meting tu discuss pasal ruang servis, tinggi siling dan lain2. 

Tapi setiap kali kalau aku buat design lain sikit semua disiplin lain ni, mcm susah nak terima. Keluarlah ayat mcm "architect dream is engineer nightmare" la. Bagi aku tu semua kekangan yang boleh merosakkan kreativiti seseorang. (BTW aku seorang arkitek) . Mana taknya buat pelik sikit mesti ada je bantahan. 
Bila aku dengar orang cakap pasal dream dream ni, terus secara spontan aku tercakap "kalau kreativiti saya kena tarik sekarang, dalam masa 10thn abis semua kreativiti saya.dah umur 40 tahun duduk kat ofis nganga je".

Pastu semua diam.

Dan secara tak semena semua orang dah cuba utk ikut rentak aku.alhamdulilah.

Kadang-kadang aku tak faham kenapa orang suka menjatuhkan kreativiti seseorang, mimpi seseorang. Pelik. Alangkah baik sekiranya semua orang menyokong apa saja idea bodoh, gila atau tak masuk akal.

Kadang -kadang kita cuma perlu ada hati.  
Hati yang selalu hormatkan idea

Friday, May 9, 2014

Airacia

Kadang-kadang bila berita pasal Air Asia. Takda langsung yang baik. Semuanya buruk. Seat kecik la, service tak bagus la, siap belagak lagi takkan naik air asia. 

Tapi sebabkan airasia la aku bleh pegi merata bleh g india, australia, laos, bali, acheh,dll dengan kos yang murah. Kalau naik emirates, seat takda la besar mana pun.

Nasib baikla ada tag line "now everyone can fly". Kalau tak "only the rich are flying". Kalau harapkan flight anak eMas, lambai je la dari bawah.."bye bye..kalau tiket dah jadi Rm1 ajak kami ya.."...pffft

Tuesday, April 22, 2014

Berak Halimunan

Pernah tak khuatir bila korang tengah berak ada orang sebelah dengar?  Pastu kena cover2 takut ter bunyi yang mengaibkan.  Korang mesti terfikir nak berak kat rumah kan,  Sunyi boleh kentut sesuka hati.

Tapi aku dah jumpa penyelesaian untuk masalah tu. Berikut adalah 3 cara yang aku temui sepanjang 30 tahun aku hidup :-

Cara 1 : Meletakkan tisu banyak banyak dalam lubang jamban. Supaya bila "hasil " korang jatuh dia tak bunyi "perlepuk".

Cara 2 : Jadi Konfident. Baca SMS ke, Baca buku ke.  Pastu buat tak tahu apa yang orang lain buat.

Cara 3 : Dengar Lagu sambil berak. Ni cara paling best. Bila korang tak dapat dengar korang punya bunyi. Korang pun tak kisah .  Dengar lagu pakai earphone pasang sampai korang dah tak dengar bunyi kentut sendiri. yakin takda lagi perasaan nak cover2. berak sudah.

Semoga berjaya - Aku

Monday, April 21, 2014

Stesen komuter seremban mcm haram

Tiket

Tiap pagi aku naik komuter dari seremban ke bank negara pegi-balik tambang dia rm12.20. Hari-hari ada orang naik. Tu baru sorang kalau 100 orang berapa? Dah rm1220. Satu hari. 

Sistem down

Ni yang aku tak berapa setuju. Pasal sistem. Tren baru memang selesa. Tapi bab kaunter ngan touch & go memang mcm bodoh. Tiap kali je rosak , kalau tak rosak  time masuk, rosak time keluar, tak pun org keja kaunter yang rosak budi bahasa.

Tempat masuk tiket langsung takbleh pakai. Pagi2 ada la orang tercongok kat depan gate tu kutip tiket. Ni bukan kat stesen ceruk, dekat stesen bank negara tu!! Abis yang banyak-banyak mesin tu buat apa? Dah dekat dua tahun. Apah tak buat apa. Makin lama makin mengarut. 

Penyelengaraan

Train baru ni dah stat bunyi. Dinding yang putih dah start kotor. Cermin pecah retak tah bila nak repair. Apa nak jadi.?

Lastly

Kadang-kadang aku terpikir apa la susah sangat nak pakai duit , nak buat maintainance. Yang ko kutip tambang tu buat apa. Had tukar cermin, kutipan tiket sehari pun bleh cover.  Takbleh pikir ke. Pastu rosak sini rosak sana. Karat sini karat sana -aku