Followers

Monday, December 22, 2008

Antara Radhi dan Aurat

Hari ini aku terbaca satu artikel..
kat Kosmo pasal radhi bukak baju
sambil pakai songkok..kat RTW8
dan Radhi ni nak kena panggil dengan persatuan
artis mcm tu la..

Dengan alasan mencemarkan nilai2 murni..
sebab songkok tu orang pakai
untuk event2 rasmi..jadi kena sopan

Tapi yang paper time tu tak tulis
Radhi pakai baju Melayu
baju melayu johor
dia bukan tggl baju
baju dia terkoyak
(atau dia sengaja nak koyak baju
melayu dia tu aku taktau la..ada ke orang nak koyak baju melayu?)

Tapi lepas tu dia trus dipakaikan
balik baju dia oleh securiy

ada dua perbezaan yang ada antara
radhi dan faizal tahir

Radhi rock

faizal tahir tak nyanyi lagu rock
tapi dia belagak rocker

Faizal tahir dari kumpulan nasyid

Radhi dari band OAG

Faizal tahir ada "S" kat dada dia
maksudnya setan

Radhi Takda

Jadi aku takkan samakan Setan ngan radhi dalam kes ni.



aku terfikir,
Kalo la betul diorang ni strict sgt
pasal tak berbaju ni,

Try la bagi penyataan yang ilmiah skit

Contoh penyataan ilmiah..

Dari sudut agama:

Aurat lelaki dari pusat sampai lutut.
Aurat perempuan ialah seluruh tubuh badan,bentuk badan
dan kecuali tapak tangan dan muka.

maka Radhi OAG tidak mendedahkan aurat
Manakala fasha sandha,dayang nurfaizah dan
artis wanita lain dinegara kita
telah mendedahkan aurat mereka secara terang-terangan..


Dari sudut pengetahuan:

Kita perlu memberi pengetahuan kepada generasi muda.

Maka radhi dan OAG menyanyikan lagu Merdeka
ciptaan mereka dan lirik lagu itu terdapat tarikh
kita merdeka.
Manakala Artis2 lain selain ROy dan band nasyid
tak pernah kot buat lagu yang ada hajat nak bagi
ilmu..


Dari sudut etika pemakaian:

Songkok digunakan dalam upacara rasmi dan kita perlu sopan
ketika memakainya..
Tudung pula perlu dipakai dengan sopan dan menutup aurat.

Maka Radhi oag memakai songkok dan baju melayu
semasa konsert bermula..
Manakala siti nurhaliza tidak memakai tudung
dengan betul dari awal hingga akhirnya konsertnya..
(sebenarnya siti pakai Skaf je)

sekian terima kasih...

Laporan dari RTW8

Aku baru balik dari rock the world 8,
ada beberapa peningkatan yang aku perasaan
dalam konsert kali ni..

Peningkatan Positif Seperti:

1.Ada Polis
(wah hebat,mcam perhimpunan haram)

2.Terdapat banyak sponsor seperti era,tm,maju junction,ibanez,mac beth dan lain2.

3.Ada kotak ajaib bleh dapat duit dan dapat adiah

4.Ada ramai awek cun

5.Ada jual nasi ayam,dan pelbagai jenis makanan

6.Ada wanita-wanita yang pkai kasut tumit tinggi(hu hu)


Peningkatan Negatif Seperti :

1.Takda Tong Sampah.Disebabkan itu
sampah merata2..mcam sial..

2.kat luar ada jual arak

3.Bertambahnya Budak pompuan pakai lebih ketat,padat dan singkat
(time aku pegi Rtw yang lepas2 susah skit
la nak nampak,tapi kali ni mata aku dapat dicuci dengan
jelas dan nyata.hurm orang kita ni makin teruk la..huh)

4.Tempat re-enter mcam sial..security tak cekap.
Ditambah pula satu lorong je dibukak utk re-enter
+ dan security yang menjerit2 dan maki2 mintak org beratur..
(huh sendiri tak cekap marah2 orang lain..)

5.Jumlah perokok wanita yang bertambah.
(perokok wanita ini menghisap rokok yang busuk)

6.Kawasan konsert yang berlumpur dan buat aku meyampah..

sekian laporan saya..

Monday, December 15, 2008

Makmal sekolah

Dulu time aku sekolah..
sampai.. la sekarang kalo g kat sekolah

Makmal sekolah mesti ada
binatang yang kena awet
ada mata lembu,anak tikus
dan pelbagai benda lain yang kena awet
Tu je benda yang sains kat makmal sains

Tapi bila pegi kat petrosains kat klcc
banyak lagi benda2 yang kita bleh explore..

Kalaulah kalo benda2 yang bagus macam tu
terdapat kat semua makmal

kalaulah setiap bandar ada satu makmal sains sumpama
petrosains mesti time aku skolah lagi seronok..

Aku ada terbaca tentang interaktif exhibition
dimana orang ramai lebih mudah
nak absorb ilmu kalo lagi banyak interaksi
dengan menda2 sekelilingnya..
lagi banyak bendak yang kita nampak,rasa, dan bau

kalo aku ni takpenah pegi kat petrosains,
mesti aku taktau banyak lagi,
menda-menda sains yang bleh aku bleh explore..

sebab time skolah adalah time yang paling best
belajar dan nak try semua
bagi aku budak2 skolah ni,kena tgk mythbusters ke..

Kalo ada fasiliti dan program yang lagi banyak main lagi bagus
sebab sains tu luas dan takda sempadan

bukan sekadar hafal jadual dan
main dengan penunu bunsen jek....

Thursday, December 11, 2008

Mamera

Exploitasi Sumber

Hari tu aku bercuti kat singapore,
aku sempat la g jalan2 kat,
tempat mcam bugis street,esplanade,boat quay,
dan beberapa tempat lagi..

secara peribadi aku ni kurang skit
suka ngan negara ni(singapura)

sebab banyak sangat dah aku dengar pasal
negara ni yang banyak mempergunakan
negara kita atas dasar pembangunan...
(pastu ditambah dgn toilet takda air)

Tapi aku still respek mcam mane
diorang ni uruskan negara diorang,

dua contoh yang aku perasan
time aku g kat area boat quay tu
aku terpegun mcm mane
diorang treat kawasan
kat area boat quay

diorang buat restoran dan still preserverd
kedai-kedai lama kat area tu.
mcam mane diorang mixedkan language
senibina lama ngan
senibina yang baru..

selain tu mcm mane diorang provide
facilities,area untuk band2 nak perform

lagi satu contoh,

bila aku pegi kat arab street
kat situ ada masjid
yang aku dah lupa namanya
area kat situ direkabentuk untuk
memberikan vista kepada masjid tersebut..
dengan cara tu masjid tu bagaikan
diberikan penghormatan
dan juga tarikan..

berbanding dengan apa yang terjadi
kat melaka
afamosa dah dilindungi oleh bangunan yang gah
dan afamosa terlindung,

berbeza sgt,sebab dulu time aku kecik
aku still ingat ada satu padang sebelum
sampai kat afamosa tu
tapi sekarang afamosa tu mcam dah tak nampak
aku rasa sedih sgt..
aku rasa mcam design baru
ni bodoh sgt..maap la

aku tau aku tak patut kutuk negara sendiri
tapi kita patut belajar
dari negara seberang
mcam mane nak expoloitasi sumber
yang kita ada
mcm contoh:
budaya,kaum,alam semulajadi kita..

bukan asyik politik,politik,politik je...

Arak dan kita

Satu pihak mahu arak
satu pihak tak mahu arak
Banyak pihak minum arak
Banyak pihak jual arak

Arak itu haram
Arak itu dosa besar
Arak itu merosakkan

Manusia itu sama
kecuali iman dan pahala

Bila manusia berkecimpung
dengan arak
manusia itu kurang iman
dan kurang pahala

Bila manusia berkecimpung
dengan arak
manusia kurang waras
dan kurang betul

Manusia itu sama
kecuali iman dan pahala

kalo manusia itu sama
dari segi fizikal dan rupa

maka arak itu tak sesuai untuk manusia
tak kira lain agama atau bangsa

sesiapa yang mempertahankan
arak maka
dia tidak waras
dan tidak betul

"Perempuan itu" suka arak
maka dia kita benteras...
Insyallah..

Budak bukan tikus

Aku ada terbaca pasal
janji janji pembangkang
nak tukar Matematik
nak jadi bahasa melayu.

aku rasa orang-orang yang
memerintah dan mahu memerintah
kat negara kita ni
mcam semua trencat
maksud aku pendek akal..

sebab apa aku cakap mcam tu
sebab bila satu parti
dah menang dulu
semua nak jadi bahasa melayu
pastu semua nak jadi bahasa inggeris

pastu nak tukar balik..

"WOI KORANG NI BODOH KE?"

korang ingat student tu apa
anak tikus?

yang bleh experimen tiap2 tahun?

Please la kalo nak buat apa2
tu tolong fikir + buat kajian banyak2..
jangan la neglect budak2 yang masih blajar ni..
diorang yang kena belajar+ diajar untuk membesar..

kalo tiap-tiap musim nak bertukar bahasa..
akak nak ajar adik pun susah
adik nak tanya abang pun susah..

Dalam apa2 pun yang dibuat kat dunia ni
satu je
kita kena buat
iaitu: KONSISTEN

kita kena konsisten dalam belajar
kita kena konsisten dalam solat
kita kena konsisten dalam meniaga

baru bleh berjaya..

tolonglah...
jangan jadikan
adik-adik dan keturunan aku
ni tikus-tikus putih

tolonglah...
jangan jadikan
mereka ini mangsa
orang-orang gila kuasa dan
orang-orang perosak bangsa...

Wednesday, December 3, 2008

Diorang Sentiasa cucuk kita sampai buta

Lately banyak je
benda yang kita dulu, setuju
kini dah stat tak stuju

Dulu ok je tulis bahasa kita
sekarang nak tulis bahasa depa

dulu kawan sekarang jadi kuli

setiap benda kita kena petikai,

diorang cucuk kita sana
diorang acah kita sini

kita yang kuat melatah
mula melatah

diorang tengok kita melatah
diorang gembira

sampai kita penat
sampai kita tak larat

diorang cucuk mata kita
sampai kita buta

bila kita buta
kita start mintak tolong

bila kita start mintak tolong
kita mintak tolong kat diorang

time tu baru kita tau siapa kita...

Negara konsumer episod 3

Seperti dua artikel sebelum nie
Negara konsumer ngan negara konsumer 2

Aku terbaca satu artikel tentang
pak arab yang mula menjual aiskrim
bila dah tukar profession
dari jual karpet sekarang dah stat jual aiskrim

sekarang nie
sampai benda2 simple pun dah ada
orang asing yang jual..

pastu orang2 kampung ni dah cuak
sebab yang jual aiskrim ni
kita taktau bersih ke tak
taktau diorang ni jual aiskrim mcam mane,

bagi aku kita dah sampai satu tahap
kita jadi pupus secara kecik-kecik

kita yang hanya bangga dengan nama
tapi kita akan ilang isi

kita bangga dengan benda yang kita takda
kita senyum dengan pandai orang lain

kita ilang orang girang.....adeh.