Followers

Tuesday, September 30, 2008

Kad Digital Raya Utk para Pembaca



Kepada Semua Pembaca
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Lain Rumah Lain taktik
semoga anda memilih taktik yang berbeza
utk rumah yang berbeza,utk dapat duit raya...




Monday, September 29, 2008

Aurat si patung 18sx

Hari ni aku g jalan2 kat jusco,
banyak org maklum le nak raya ramai,
banyak patung-patung yang pakai mcam-mcam,
dipakai kan mcam2 jenis baju yang menarik,

tapi ada satu benda yang menarik pehatian aku..
dan buat aku tak paham
bila aku tgk patung-patung nie
semua seksi-seksi..

patung ni takde la complete sgt..
kepala takde kaki pun takde

tapi bila sampai part boobs patung tu
detail habis...semua cukup..

What the hack?

kalo nak jual baju tu pada org nak pakai bra.
pakai kan la bra kat patung tu..

takpun takyah nak detail up sgt patung tu..

cuma org kedai kena tau la..
nak jual barang tu pakai patung jenis apa..

bukan main tibai je..
sensitif la skit..

FxxK Indie

Aku rasa benda nie dah lama punya isu
tapi aku just nak buat case study,
pasal isu kumpulan Hujan ke f**k
time buat concert kat jb..

ada la segelintir orang
yg tak suka band hujan nie

tgh tgh nyanyi kena maki..
aku dengar sebab hujan nie perangai rockstar sgt..
kononnya semua la benci diorang..

dulu semua org suka band nie
semua org puja diorang...bla bla bla
tapi bila dah fames dah kena jatuhkan balik..

tapi yang aku nak tekankan kat sini..
Lagu yang diorang bawak tu sedap juga,

Dalam indie scene sekarang nie
apa yang korang nak,muzik ke?Perangai ke?mesej ke?

Kalo korang nak dengar muzik...
mampus la perangai diorang macam mane..

kalo korang nak tgk perangai baik...
baik tgk band nasyid ke..

kalo korang nak dengar mesej..
korang dengar la lagu diorang baik2..

kalo korang nak fuck orang
g cari la pondan ke prostitude ke
jgn nak fuck org laki tgh buat konsert
sebab korang nampak bodoh..

sian organizer time tu..
sian band2 yang main lepas tu..

kalo ko nak pakej artis yang baik.berapa sgt la yang ada?

kalau nak ikut perangai..
banyak je yang sesat..
tapi still kena sokong mcam nak rak..

kita sebenarnya kena pilih..
kita kena adil..
kita kena pilih antara semangat indie or perangai diorang..

cuma bila indie dah stat kutuk sesama indie,
indie dah takde beza ngan mainstream scene..

semua dah jadi akademi fantasia..
kutuk kutuk kutuk last skali jadi taik..

Negara konsumer episod 2

Haritu aku g makan malam ngan gadis aku nie..
aku nie pegi la kat kedai kat U aku ni
panggil Relax Bos..

Aku beli la makanan pastu gadis aku ni g la oder air..
time oder2 tu ada benda yang menarik berlaku..
Si gadis aku ni oder la air carrot jus..
dia pun bagi la..

pastu aku cakap kat si gadis.Aku nak air suam

Dia pun oder la..
Mamat yang amik oder nie org dari negara mana pun aku
taktau..
Oder la kat mamat oversea ni Air suam

Tapi yang susahnya dia takpaham air suam tu apa..
Punya la susah nak terang bagi paham..

aku ni jenis yang malas2
aku cakap kat gadis abaikan lah..

Tapi si gadis ni tak puas hati
last2 dapat la air sejuk..
dari air suam yang aku mintak tadi..


Bila aku pikir2

kita ni banyak sgt harap org asing buat keja kita..

semua benda nak orang asing buat..
nak oder air suam pun susah..

Tolonglah amik orang Malaysia keja..

Tak sanggup lagi...

Thursday, September 25, 2008

Kad raya yang pertama

Kad raya yang pertama-diberi oleh kekasih


Thanks Gadis
Ps:sila jgn jeles

Sunday, September 21, 2008

Kisah si Penjaga Sangkar..

Kawan aku yang bijak pernah berkata:

"Kalau ko sayangkan burung tu lepaskan lah dia,
Kalau burung tu sayang kat ko, dia akan datang balik..
Kalau burung tu tak datang balik maknanya dia tak sayangkan ko..."


Kalau la aku seekor burung maka aku pernah dilepaskan,
dan aku tak pernah kembali pada sangkar ku..

Sekarang burung yang aku jaga bagai mahu lepas,
Kerana siburung sudah biasa bebas,
Dia mahu terbang bersama kawannya..

Ingin aku sangkarkan saja dia,
Biar dia tak boleh terbang,
Biar aku puas hati,

Tapi aku siapa?
Aku Hanyalah seorang penjaga..
Si Penjaga sangkar,

Andai aku lepas nanti burung itu,
dan burung itu tak pulang,
Kerana burung itu Seronok bersama kawannya..
Atau dia mulai seronok dengan sangkar barunya..

Andai kata itu terjadi,
Alangkah kecewanya hati si penjaga..

Lepaskanlah wahai penjaga,
Kerana kamu sayang akan dia..

Saturday, September 20, 2008

Tipu dan cinta

Kalau penipuan ada dalam cinta,
kecurangan selalunya akan turut serta..

bila ada kecurangan
perhubungan akan berteraskan penipuan,

bila perhubungan ada kecurangan ngan penipuan..
cinta dan sayang hanyalah retorik,

perhubungan dah tak seindah dulu..

bila perhubungan dah tak seindah dulu
hubungan jadi tak serasi..

bila hubungan dah tak serasi..
salah satu pihak nak bawa haluan sendiri..

bila ada yang nak bawa haluan sendiri..
Tiada lagi perhubungan...

semua bermula dengan sedikit penipuan..

Monday, September 15, 2008

Kisah pendeta muda

Kisah seorang yang mahu menjadi pendeta,
dia seorang yang berpontensi
dia ada ilmu..
dia belajar kat pusat ilmu jauh dari negerinya

Tapi dia lemah kerana:

Dia Suka tangguh kerja
Dia malas bangun pagi
Dia malas tambah ilmu.

bangunlah pendeta muda..jgn hidup begini..

Balasan ilmu

Haritu aku ada class,
aku ajar kawan2 guna adobe photoshop,

aku kongsi semua ilmu yang aku tau,
aku kongsi walaupun aku pun entah apa2..

Kenapa aku ajar diorang?

sebab aku nak balasan..

Apa balasan yang aku nak?

aku harap supaya satu ilmu yang aku kongsi
seribu ilmu aku dapat balik..

insyallah..

Selamat Pupus

Aku sekarang banyak buat research tentang endangered species.
macam mane setiap binatang nie pupus
disebabkan tabiat dan perangai haiwan tu sendiri.
sebagai contoh harimau,
perangai dan harimau yang memakan daging
dan memerlukan kawasan yang luas
telah meyebabkan harimau tu pupus.
bila harimau terpaksa bertanding dengan manusia dalam merebut kawasan dan daging
maka harimau yang hebat tadi tentunya akan kalah
sebab manusia ni lebih kuat makan "daging" dari harimau.


Aku terfikir,

Sekarang ni manusia dah banyak merebut 'kawasan' dan 'daging'.
bila ada perebutan maka ada yang kalah.
dan senjata utk menang yang paling baik ialah duit.

dan pihak yang tak da duit akan kalah,
dan yang tiada berduit tu akan pupus...

Walaupun pihak yang kalah itu bagus,mampu membawa perubahan..
tetapi disebabkan tak cukup senjata maka dia akan pupus..

Kalo harimau pupus ni,
manusia boleh tolong biakkan/rehabilitate balik.

tapi kalo manusia pupus nie,
takde sapa yang boleh tolong..

tapi nasib baik ada satu "buku" guideline turun dari langit..

ajar mcam mane nak hidup,
mcam mane nak kongsi makan,
ajar mcam2 supaya kita tak pupus..

Tapi bila sampainya masa nanti :

kita dah tak reti ikut 'guideline'

kita makan daging saudara kita
kita amik kawasan orang lain...


maka akhirnya kita akan Selamat Pupus..

bye bye kita...

Sunday, September 14, 2008

Tuesday, September 9, 2008

Zombie virtual

Hari nie aku dapat main basikal aku ngan gembira
Bmx Flatland
kat court depan kolej aku

tapak tangan aku berdarah,
badan aku letih,
kaki aku sakit,
punggung aku cramp,

tapi aku seronok

aku enjoy,
aku girang,
aku gembira,

sebab bila aku tgk darah tu

aku tau aku nie masih hidup..

dan aku berjaya keluar dari
kelompok "zombie Virtual"
yang hanya memerlukan pc dan internet utk hidup..

(walaupun baru sehari besukan-aku bangga)

sebabkan gadis seorang trus aku besenam..

Islamic product salesman(IPS)

Aku baru lepas
g bank withdraw duit ribu-ribu(rm 10)

selalu tipikal scene depan bank..
ada org jual kalender,terjemahan al-quran,
selalu nya budak2 kecik
sekarang orang besar pun dah ada...

orang kuar bank je..
mereka pun hulur la barang2 nak dijual

kiranya aku bagi gelaran "islamic product salesman(IPS)"

hari nie lain skit..
bulan puasa
semasa aku tgh tggu nak kuarkan duit..
aku pun tgk la IPS ni dari dalam bank tu

dia tgh hulur2 la kat org yang kuar dari bank..

pastu tiba2 ada makcik nie lalu dia
pun derma la rm2.00 kat IPS ni
IPS ni amik duit tu masukkan kat poket dia..

aku boleh baca la skit2 gerak bibir IPS tu..
dia cakap yang

"calender ni harga rm 11.00
yang rm 2.00 nie buat derma iklas bleh?"

pastu makcik tu nganguk
sambil senyum
Dia pun trus jalan..

makcik nie je yang brenti
yang lain semua past through je

bila time aku pula,
aku pun tak sempat nak g derma..
coz aku tgh kejar masa nak pos barang before
smayang jumaat..

berbalik pada scene tadi
aku rase mcam malu pun ada
suka pun ada,sweet pun ada..

sebabnya yang bagi derma tu

makcik India

Tuesday, September 2, 2008

Ingatan utk aku

aku terfikir,

Bila jiwa aku kosong,
aku dengar lagu,
aku tgk muvie,
aku pegi seronok-seronok,

bila jiwa makin kosong,
aku naik moto laju2,
aku tak mau senyum,
aku jerit sorang2,

patutnya bila jiwa kosong,
aku patut baca quran,
aku patut semayang
aku patut banyak selawat,
aku patut doa banyak2.

pastu mesti jiwa aku,takkan kosong lagi.

Merdeka yang seksi

Merdeka merdeka merdeka,

mari buang sampah,
mari minum arak,
mari bising bising,
mari rempit-rempit,
mari seksi-seksi,
mari enjoy-enjoy

Merdeka merdeka merdeka

Smart my A**

Pagi haritu,

aku naik moto pakai suar pendek beli barang,
Aku nie dah final year jadi kelas pun tak banyak,
Tiba-tiba aku kena tahan kat pondok pakguard,

dia tanya aku mana kad matrik tak pakai,
aku cakap la
"nape nak pakai kad matrik pula saya beli barang je"
pastu dia sound lagi
"nie apasal tak pakai smart-smart"
pastu aku jawab lagi
"nape pula nak pakai smart2 saya takde class pun"
pastu dia cakap
"awak tau tak hari nie smart day kena pakai smart2
pastu ada peraturan baru kena pakai kad matrik kemana aja"

Aku terfikir
amenda la peraturan bodoh2 nie
smart la amenda la
aku tak kisah kalo g class ke kat kawasan akedemik ke
nie depan pintu pagar...

aku tau intention diorang murni
nak nampak kemas la apa la..
tapi sekarang nie semua nak
nampak cantik, nampak kemas
tapi student punya tahap takde juga naik naik,
takde pun ranking naik tiap2 tahun,

muka je cantik,
tapi bodoh buat apa...

kepada peraturan yang digubal pada tahun 2004

smart day = "Smart my Ass"

sekian terima kasih.

Pengalaman sambut merdeka di luar negara

Aku kuar,
kononnya nak g sambut merdeka
bak kata pasangan aku(ikut tema)
padahal aku pun tak tau nak g mane..
sebab nya bila nak kuar tu dah separuh jalan
baru tau malam nie sambut merdeka..

Aku rasa aku pegi danga bay time tu,
tapi sepanjang pejalanan nak jumpa bunga api,
aku rasa perasaan bagaikan berada di luar negara..

mula mula aku jalan aku sampai
kat sumatera barat,
pastu aku jalan2
aku g medan pula,
pastu aku duduk2
aku kat Filipina pula,


wah sambut Merdeka di negara orang...hebat..

Desaru haru

Hari tu aku g desaru
aku g pagi sebab nak tgk sun rise kat tepi laut tu,

aku pun pegi la dengan gembira,

aku penah pegi sekali ngan member aku
aku ingat lagi masa tu aku sesat larat
dan harapan aku dalam masa 5 tahun
bila menteri pelancongan baru nie
berubah la skit rupa bentuk nya,

drive2 aku pun sampai la kat pintu gerbang desaru
yang gah,ada juga sign board desaru
dengan gambar pakcik najib,cik azalina ngan uncle lah,
meyambut kedatangan aku dengan senyuman
"SELAMAT DATANG KE DESARU"

aku pun masuk la desaru tu,
aku drive-drive aku still tak nampak pun pantai nye
sign board ada tulis pantai di sini,
tapi jadah pun tak nampak,
kat kiri kanan semua resort,
amenda tah aku pun taktau,

takde pun tulis public parking ke,
public beach ke,

apa benda tah
aku sampai sesat sesat sampai padang golf,
last last sampai jalan mati..

tah la rasa mcam sengal2 pun ada,
aku sampai rasa nak balik dah,

masalah nye ada sign board tapi mana pantai nye?
ahhhh

aku pusing2 dan aku rasa time tu balik skudai lagi bagus,

dan jalan2 bila dah hampir2 nak abis minyak
baru decide nak g tanjung b.....(aku lupa namaya)

nasib baik jumpa,jadi kat situ la aku melepak sampai sunrise,

monyet betul desaru tu...

Apa kita blaja dari bangsa lain

Hari tu aku naik bus..nak balik jb..dari ipoh..
pastu driver bas tu amik orang kat kampar la bidor la gopeng la...
time bas tu brenti2 semua ok je..
tiba la kat kampar
ada la satu bangsa nie naik bas,
aku nie naik bas malam,
jadi kebanyakan penumpang lain dah tido,

smbung balik, bila satu bangsa nie naik bas
kecoh ngan bising nye kecoh abis satu bas nie terjaga
aku yang tak tido pun naik meyampah,

pastu aku pun terpikir
bangsa-bangsa lain yang kat malaysia nie
tak belajar sopan-santun langsung ke?
dari pada bangsa2 lain?

mana taknya..bila naik je bising,kecoh
kalau bahasa kasarnya mcam kurang ajar pun ada

jadi aku rasa
makin lama yang kurang sopan nie( silap
yang tak sopan langsung) nie akan terus tak sopan..
dan kita yang dah kurang sopan makin lama kita pun
terikut ikut ngan budaya bodoh org lain,

mengantikan budaya kita yang bagus dan sopan nie..

absorb budaya yang baik
bukan terikut benda yang tak baik...buat org meyampah je...

Sampai depan muka

aku penah jadi ketua kelas,
aku penah jadi ketua pengawas,
aku penah jadi ketua pelajar,
aku penah jadi president pelajar tingkatan 6,
aku penah jadi president batch,
aku penah jadi president persatuan pelajar,
aku penah jadi po yo yo yo,


benda-benda yang aku paham,

sokongan oleh orang bawah memang penting
-nak buat projek tanpa orang bawah akan jadi projek yg kurang berjaya,

sebaran berita,strategi,future plan kena jelas sampai ke telinga rakyat
-baru projek tu org paham dan boleh sokong,

jangan banyak sgt sub-sub projek
-nanti kos projek jadi melampau tapi kualiti takde,

Pantau,pantau dan pantau,
-Ketua kena sentiasa pantau,sebab org bawah slalu tido,

strategi amat penting dalam memerintah,
-takde strategi abis semua hancur

Sentiasa confirmkan penyertaan /participation bukan mengharapkan orang akan datang
-sebab "org kita" nie takkan datang apa2 event :
1.kalo tak kena paksa
2.kalo takde kepentingan
3.kalo tak best
4.kalo event tu tak bagitau sampai depan muka

sekian terima kasih

Kita yang lupa

Aku bersembang dengan kawan2 aku..
diorang baru lepas join kursus kawin..
bila bercerita ada satu bab yang aku tertarik:

Bab Nabi,Rasul dan Malaikat..

Masih ke kita ingat lagi nama2 mereka?
masih ke kita ingat kisah2 mereka?
Masih ke kita ingat tugas2 mereka?

kita selalu telupa...

Disebabkan aku pun Lupa mari kita mengingatinya..

Nama 10 Malaikat dan tugas:

Jibril
Menyampaikan wahyu

Mika-il
Memberi rezeki

Israfil
Meniup sangkakala

Malik
Penjaga neraka

Ridhwan
Penjaga Syurga

Munkar dan Nakir
Menyoal org dalam kubur

'Izra-il
Malaikat maut

Raqib dan 'Atid
Mencatat pahala dan dosa

lawak cina lawak melayu

Aku terpikir
bila sembang2 ngan kawan2 cina aku.
aku selalu mcam tak reti buat lawak or bersembang ngan diorang,
sebabnya aku anggap diorang nie tak paham sgt lawak org melayu.
sebabnya diorang bukan melayu.

pastu aku pikir2 balik,
bila diorang lapa, diorang makan
kalo diorang sedeh, diorang nangis
bila kita buat lawak, mesti la diorang gelak,

diorang kan manusia
takyah nak treat diorang nie mcam alien
hantam saja,diorang paham punya..

apa la aku nie...

Minyak wangi jumud

masa aku tgh mengelamun
dgr presentation pasal presentation,
member aku cina nie tanya aku pasal minyak wangi,
dia tanya "u orang islam bleh tak pakai perfume ada alkohol tak?,
pastu aku jawab la "kalo orang melayu islam nie ada dua pendapat
satu boleh pakai satu lagi tak bleh..maksudnya org pandai2 agama nie
ada dua pendapat yang berbeza.."-aku jwab takat tu je tak detail sgt la.
pastu dia tanya lagi"abis skarang u pakai je la?
aku jawab "aah"

aku terfikir juga tentang benda2 perfume nie..
ada pendapat kata haram sebab ada alkohol
ada pendapat juga kata tak haram sebab ia tak memabukkan..

aku pun tak pasti,sebab kena rujuk yang pakar,
tu baru kawan cina aku tanya,
kalo cucu aku tanya nanti......adeh

aku jadi atuk yang jumud....