Kawan aku yang bijak pernah berkata:
"Kalau ko sayangkan burung tu lepaskan lah dia,
Kalau burung tu sayang kat ko, dia akan datang balik..
Kalau burung tu tak datang balik maknanya dia tak sayangkan ko..."
Kalau la aku seekor burung maka aku pernah dilepaskan,
dan aku tak pernah kembali pada sangkar ku..
Sekarang burung yang aku jaga bagai mahu lepas,
Kerana siburung sudah biasa bebas,
Dia mahu terbang bersama kawannya..
Ingin aku sangkarkan saja dia,
Biar dia tak boleh terbang,
Biar aku puas hati,
Tapi aku siapa?
Aku Hanyalah seorang penjaga..
Si Penjaga sangkar,
Andai aku lepas nanti burung itu,
dan burung itu tak pulang,
Kerana burung itu Seronok bersama kawannya..
Atau dia mulai seronok dengan sangkar barunya..
Andai kata itu terjadi,
Alangkah kecewanya hati si penjaga..
Lepaskanlah wahai penjaga,
Kerana kamu sayang akan dia..
4 comments:
burung yang ko jage tu dijamin kembali selepas ber'cuit-cuit'(ini aksi burung gossip okkkaaayyy!!) bersama rakan rakan..
no worries~
hehe
p/s:nakal sangat ke jagaan ko tu?haha
nakal juga la sab.hehe..tu la sian si penjaga sangkar...hehe
kene kesian ke?
ha ha
takyah kesian pun takpe.
tapi kena bayar upah jaga sangkar..
huhu
Post a Comment