Followers

Thursday, August 21, 2008

Hidup Seribu tahun

Kenapa aku sibuk2 nak tulis blog?

sebab aku nak hidup seribu tahun lagi...

Aku di fogging lagi

Semalam ketika aku naik moto
aku sempat berjumpa ngan rakan membesar aku,

nama dia jerebu

jerebu nie selalu ikut aku
bila aku g mane2 pun ada je..

aku tak tau apa puncanya
tapi jerebu nie tebal semalam...

Ada ke org bakar2 kat negara jiran ke
or tangki minyak terbakar kat pasir gudang ke

aku pun tak tau..kalo la nyamuk tu kena fogging akan mati

lama2 nanti, banyak sgt cium jerebu nie kita pun mati

Aku mcm kena fogging pula..adeh

Lorong Moto

Time aku balik cuti sem
aku sempat g ipoh anta adik aku
sempat la aku lalu kat bridge sultan azlan
yang dekat hospital pantai puteri tu,
yang menarik tentang jmbatan tu selain kecantikannya

Ialah lorong motosikalnya..
sepanjang aku menunggang motor di perak dan di johor
ini 1st time aku dapat rasa lorong moto

rasa mcam hebat dan bergaya
eventhough lorong tu dalam 200M je
tapi aku seronok...

sebabnya bila pikir balik penting sgt la
lorong moto nie lagi2 banyak sgt
orang yang accident pecah kepala la,mati la

sebabnya kita nie naik moto,
kalo kita salah pun mati,
kalo kita tak salah pun mati juga.

Jadi penting sgt la banyakkan
lorong moto nie..

asyik tgk org naik moto je byk mati
terasa pula aku...

Tranformasi kejambanan

Dulu semasa kecil
aku telah di ajar menggunakan tandas cangkung,
pengalaman menggunakan tandas ini
seperti menghisap shisa di tepi laut feel nya..

tetapi mimpi tak semuanya indah,
ketika berada pada tahun 2 di Universiti,

aku telah diperkenalkan dengan jamban duduk,
jamban yang direka oleh barat
untuk meyiksa orang2 timur seperti aku..

walaupun jamban jenis ini ada dirumah ku
tapi pengunaannya adalah minima...

tetapi sejak dari itu aku terus di asak dengan
jamban jenis ini..

oleh kerana globalisasi..
aku mula beralih dari cangkung hingga ke duduk..
berlaku la tranformasi kejambanan
dalam diriku

dimana aku terpaksa belajar cara untuk
membasuh berak ketika duduk..

aduh siksa tidak tertahan

penyiksaan spiritual dan mental
dan boleh meyebabkan trauma...

hingga kini
aku masih terkial-kial
mengunakan jamban siksa ini....

tolonglah..

Respek si pakguard

kalo la aku nie pakguard yang tengah buat keja,
iaitu menjaga keselamatan tiba-tiba kena pukul sebabnya
aku jaga keselamatan..urm

kalo la aku nie penoreh getah
aku nie motong getah tiba-tiba org pukul aku
sebabnya aku g menoreh..urm

kalo la aku seorang akitek tiba-tiba org pukul
aku sebab aku nie tgh buat keja aku..urm

kalo la aku seorang photographer
aku tgh buat keja aku tiba2 aku kena pukul
sebab tangkap gambar ...urm.

kalo la aku nie kamera tgh tangkap gambar
tiba2 tuan aku kena pukul...urm

kesian aku kan...

Wednesday, August 20, 2008

Buruk tapi Sehat

Beberapa hari lepas aku g jalan2 kat tepi angsana
pastu aku nampak crowd budak2 yang tgh shuffle.
aku g la tgk2 rupanya ada shuffle competition.

shuffle nie mcam menari break dance ni
tapi shuffle ni takde la pusing2 kepala,
gaya dia mcam poping skit skit..pastu dengan music
yang mcam techno gitu..

aku mula-mula tak paham sgt la pasal menari shuffle nie
maklum la tgk mula2 mcma monyet je.sampai sekarang pun
aku still nampak benda nie mcam tarian monyet..

pastu sekali lagi aku nampak shuffle nie kat U aku..
ada show budak sekolah.
walaupun aku tak suka sgt benda nie
tapi aku tabik kat budak2 yang melayan shuffle nie


sebabnya:
1.shufle nie takyah guna duit
2.tak membahayakan kesihatan
3.memang meyihatkan badan.
4.mengajar berkerjasama
5.Tak melanggar undang2

Bagi aku bagus sgt la kalo cikgu2 sekolah,or goverment
dapat encourage budak-budak nie shuffle..

kalau benda tu baik/bagus buat apa nak halang ye tak?

Mcam berak la..walaupun buruk rupanya.
tapi kalo tak berak lagi teruk..sakit mcam2..





Friday, August 15, 2008

Jgn Jeles

aku terfikir
kenapa la kadang2 "org kita" ni selalu jeles tgk org lain,
aku tak paham benda tu,

kita macm tak leh tgk org berjaya,
bila kita tgk org naik keta besar skit kita kata rasuah la
amenda la,

bila org tu rumah besar skit kita kata mcam2 yang buruk
(kecuali dia memang dibuktikan buat benda jahat la)

Bila org pandai skit,pastu bukan nak tanya rahsia dia pandai
tapi pegi bukak rahsia-rahsia buruk dia cite kat org.
Punya la buruk perangai kita nie.

Patutnya bila org lain berjaya kita bangga la dengan diorang
bangsa kita kan lagi molek.

Tapi kalo boleh yang dah berjaya tu kongsi la ilmu,
jangan la sombong,kongsi la tips2 skali.kan bagus.

tapi sekarang nie aku rasa orang kita dah mula byk yang berjaya
banyak yang buat bisness dan banyak orang kita yang dah tak dengki2
baguslah..

Ilmu ngan duit tak bawak kemati yang bawak dosa ngan pahala.

Thursday, August 7, 2008

Si Genetik yg malang

Aku teringat sesi crit ngan lecturer aku
Member aku ada buat kajian tentang ibu yang mengandung..
aku dengar juga la dia ada cakap tentang
perilaku ibu akan memberi impak kepada perilaku anaknya..

maksudnya bila ibu yang jahat akan menghasilkan anak jahat..
mcam genetik la..
mcam ibu yang pandai akan menghasilkan anak yang bijak..

ada kes sebenar,
walaupun yang diambil itu anak angkat..
keluarga yang berlainan tetapi anak itu akan
mengikut perangai ibu sebenarnya..

tapi bercanggah pula tentang pendapat
anak bagaikan kain putih..
ibu bapa yang mencorakkannya..

kalau lah benar
Si anak,akan membawa perilaku buruk ibunya..
walaupun di ambil keluarga angkat yang baik..

Alangkah malangnya si genetik itu...

pelembagaan cinta

aku seorang lelaki

dah tentunya aku bercinta dengan si wanita..
kadang-kadang wanita nie memang mengada-gada..
kadang-kadang wanita memang suka merengek..

Dalam pelembagaan cinta aku menyatakan bahawa :

sebagai seorang lelaki
kita berhak melayan or menolak rengekan ini..
sebabnya kalo kita tak ikut peraturan nie
mcm mane la kita nak layan anak2 kita nanti?
yang sentiasa merengek2...

dulu aku tak paham akan sikap nie
aku sentiasa tanya "kenapa la dia nie ngada2 sgt"..

bila aku pikir2 balik wanita nie memang itu sifatnya
tu adalah cara dia bermanja2..

jadi bila si wanita nie merengek2 layan je la..
tapi pilih la rengekan yang reasonable..
untuk di layan..

sebab wanita memang begitu.....manja.


sekian terima kasih.

Pa Pan Ke Kun Ci

Aku tv,
aku tgk iklan,
aku tgk ejaan baharu banyak mengantikan baru,

baru digantikan baharu
yang aku rasa SANGAT BODOH WALAU APAPUN ALASANNYA.

pihak yang bertanggung jawab ialah DBP.
yang sengal otak.

aku taknak tau alasan dia
tapi bila baru dah kena tukar baharu
satu yang aku tau
bahasa melayu dah merepek.
benda pendek nak dipanjangkan

aku respect ngan bahasa indonesia,
dimana developement bahasanya menarik.

cth yang aku selalu aku pakai ialah
wartel=warung+telefon
Yang jadi menarik bila 2 perkataan di cantumkan
dan membawa maksud sama.
jadi takyah la susah nak cakap 2 ayat yang maksudnya sama.

Lagi mendalam skit,

bila kita sebut baharu
ba+ha+ru=3 suku kata

manakala baru
ba+ru= hanya 2 suku kata

bila maksudnya sama takyah la susah nak tukar.


contoh bahasa indonesia
warung telefon
wa rung tel li fon = 5 suku kata

bila cantumkan
wartel
war tel=2 suku kata

contoh lain.

bahasa inggeris
Mouse
mou se=2 suku kata

bahasa melayu
tetikus
te ti kus=3 suku kata


yang lagi best,

bahasa inggeris
keyboard
key board=2 suku kata

bahasa melayu
papan kekunci
pa pan ke kun ci= 5 suku kata


tidak payah
ti dak pa yah = 4 suku kata

takyah
tak yah =2 suku kata

me re pek la DBP ni..a deh

Ustaz Parti & interpertasi

Pernahkah kita dengar
ustaz2 atau penulis2 agama
mengunakan ayat-ayat alquran atau sabda rasulullah,
tetapi dengan interpertasi berbeza?

pernahkah kita dengar ustaz dari parti politik
yang berlawanan
mengeluarkan interpertasi yang lebih pro
kepada parti politik mereka..

kalo pernah,
jadi kita kena dengar kedua-dua belah pihak,
supaya kita boleh mengambil jalan tengah,

dalam hal agama dan politik kita kena
bijak menganalisa setiap ucapan dan artikel
dan kita perlu kritikal dalam berfikir
supaya kita sentiasa berada di jalan yang betul.


Dan mane2 parti politik pun bukannya betul sgt..
baik yang hijau dan yang biru
semua adalah ciptaan manusia dan labu-labunya..
(kalo yang biru pelan ngan merah tu confirm 100% dunia)


sekian terima kasih

Majlis artikel dan fatwa

Kebelakangan nie
aku rajin juga baca artikel2 agama,
tulisan ustaz2 or mufti2.

Yang menarik banyak artikel2 nie
mula bersifat critical tentang sesuatu topic
dengan skop yang lebih spesifik dan mendalam
sebagai contoh dari aspek ekonomi,sains dan sebagainya

perkembagan yang baik,

Dan kita seringkali terdengar pencagahan pendapat
diantara ustaz or mufti tentang sesuatu topik.

secara positifnya
ia akan memupuk budaya sentiasa menyoal,mempertikai
dan budaya tidak percaya bulat2..

secara negatifnya pula
bila artikel2 ini disiarkan,
akan ada masyarakat yang konfius,
dan boleh membawa pepecahan..

jadi perlu ada mekanisme yang dapat
memastikan artikel atau hasil tulisan
ini tidak bercangah atau mampu mengkonfiuskan
org ramai..

mcam cth: "majlis artikel dan fatwa" ke.apa ke..

sayang untuk opah

Aku ada opah aku ada atuk
mereka jaga aku time aku kecik,mcam nanny la,
dari baby sampi la aku masuk darjah satu,
sebelum aku stay ngan family aku.

opah aku penah belikan itik untuk aku
5 ekor,siap ada nama lagi.
sebelum itik2 nie hilang,
punya la aku cari mcam nak gila..
dah besar baru aku tau itik tu kena jual
dek pakcik aku,sebab itik tu selalu berak rata2..

opah aku kalo g pekan minggu mesti belanja baju la,
apa la,

yang best teman opah aku g kutip taik lembu
buat baja..

Atuk aku selalu pegi pekan setiap hari rabu,
beli barang umah,tak penah lupa
mainan faveret aku.kadang2 dapat dingdang,jojo or tora.

atuk aku nie garang time aku kecik,
ingat lagi time dia nak tetak aku ngan parang
horor abis..

Ingat lagi time aku jual cempedak kat tepi jalan ngan atuk aku,
bawak chempedak dalam guni & meja
pastu letak belakang basikal tolak sampai la kat tepi jalan..

kadang bila musim gasing datang..
atuk aku buatkan gasing,guna batang pokok jambu batu,

bila malam,time tido aku tido sebelah atuk aku
dalam kelambu merah jambu,
sambil peluk atuk aku jadi bantal,

sekarang opah ngan atuk aku dah tua,
opah aku selalu sakit,
atuk aku pun sama,

bila aku balik cuti
aku tak penah lupa g umah opah aku
sembang ngan diorang buat klakar ngan opah aku,
kadang2 bawak opah aku jalan2
Pastu aku potong rambut atuk aku,
dulu kepala dia hitam pekat sekarang
semua rambut dia jadi uban..

stakat nie Itu je yang aku boleh buat..

sayang opah ngan atuk aku..

sementara diorang still ada...

terima kasih atuk..
terima kasih opah..

cerita lotong

"Time Subuh aku kena kejut oleh opah aku,
opah aku bawak pelita,bawak aku naik basikal tua..
dia nak g motong getah.
sebabkan aku tggl sorang opah aku bawak aku sekali..
aku duduk kat tmpat duduk belakang sambil pegang lampu..
opah aku kayuh basikal lebih kurang 5 minit pastu sampai..
kat umah orang nie,dia park basikal dia,pastu aku kena ikut
dia jalan ikut jalan kecik nak g masuk kat kebun getah dia..
sambil jalan tu aku ada lalu sungai kecik ngan umah O'nyang aku
yang dah macam nak roboh..aku tak sempat tgk o'nyang
lahir2 dia dah meninggal..

pastu sampai la kat kebun getah tu,
opah aku bawak aku g duduk aku kat port biasa..
port biasa tu mcam pondok kecik ,
tempat untuk opah aku rehat2
siap ada burung hantu lagi lepak kat situ
time tu tekejut juga la..

pastu aku sambung tido kat pondok tu..
sambil opah aku nyalakan ubat nyamuk..
aku sambung tido balik..
bertemankan irama hutan..


tiba2 aku terjaga dengar bunyi org tengah sergah2..
aku pun tgh mamai2,tgk opah aku tgh halau something..
sambil tangan menghayun2 dengan nada menghalau syuh,syuh...

bila aku tengok betul2 aku nampak binatang seakan2 monyet
tapi hitam dan besar skit,
bergantung sambi gayut2..banyak juga la
bunyi dia lain skit aku pun mcma dah lupa..

pastu aku tanya kat opah aku
"tu apa opah?"
"tu lotong"opah aku menjawab...."

time tu umur aku dalam 4-5 tahun,
time aku tak pegi lagi tadika..
bila aku besar aku taknah pegi pun kebun tu
aku taknah dengar lagi bunyi lotong tu..
entah ada lagi ke tak..

Saturday, August 2, 2008

Diraja Menari

Aku tertarik dengan artikel 2 hari lepas dalam paper...
tentang polis menari poco-poco nie kat Melaka..
aku tau mcm mane poco2 nie
polis wanita menari sambil pakai full uniform,
diiringi dengan muzik..

Aku pun baru tau pasal poco-poco nie bila
member aku tunjuk video dia time dia grad jadi polis
memang menarik aku suka juga..

Aku pun suka Melaka dengan development yang pantas/konsisten berteraskan
tourism utk menarik pelancong.
Banyak benda boleh dilawati banyak facilities yang dah dibina utk kemudahan
golongan pelawat-pelawat nie.

Tapi aku tak berapa setuju tentang bila poco-poco nie diekploitasi utk
para pelancong..aku tau niat baik nak tarik pelancong..
tapi bila dah kena menari depan org ramai tu mcam "crap" skit la
maklumla kita bukan deal dengan penari2 makyong ke apa ke kita deal dengan polis.
"POLIS DIRAJA MALAYSIA"-Diraja tu bukan terms yang boleh main2..
Pangkat tu diberi oleh raja utk polis nie menjalankan amanah pada rakyat
bukan utk menari-nari depan pelancong...

aku quote apa lecturer aku cakap tentang harimau di zoo
"bila niat kita mengurung binatang semata-mata nak buat exhibition,
kita mcam melacurkan binatang2 tu..."

harimau binatang yang gagah/garang/hensem..tapi bila dah dibuat exhibiton
yang gagah tadi dipaksa menari pula..gagah kemana..garang kemana...hensem kemana..

Seberang darjat

Aku bukan org Johor

Aku pergi ikut member aku memancing kat perling,
time tu kitorang pun taktau nak g mancing kat mane..
member aku pun drive masuk sampai satu kampung nie..
kalo tak salah member aku, bgtau tu tempat kg org asli danga/org laut

bila aku tgk tempat tu mcm daif sgt,mcm tempat pendatang gitu..
rumah yang daif,situasi tu mcam aku kat negara yang berbeza pula..
org kat situ pun mcam org asli skit(maaf kalo kasar pula bahasa)

Bila aku tgk seberang sungai/laut tu aku boleh nampak danga bay..
dengan cahaya,dengan apartment mewah,tersangat lah kontra dengan
kehidupan org diseberangnya...

aku tak tau sebab apa,aku tak tau kenapa,aku tak tau siapa
tapi yang jelas darjat mereka berbeza....

Bunga Untuk Simiskin

Flora fest 2008 Johor..

mesti cantik,berwarna warni,gilang gemilang dan perfect.
Aku sempat tgk sebelum flora fest tu dan selepas flora fest tu.
tapi semasa flora fest tu aku takde kat jb..

Aku suka tgk lampu aku suka benda2 cantik..

Time aku tgk sebelum flora fest tu memang byk bunga kat jalan depan dataran nie
bunga di sangkut merata-rata mcam2 jenis aku tau even orkid yang di gantung kat pokok
tu bukannya yang jenis murah..

Tapi yang tak sedapnya,bila selepas event nie,aku sempat tgk polistrin bunga2,kotak2
sampah2 yang digunakan oleh kereta berhias nie betaburan kat belakang festive street nie..
aku tau semua barang-barang yang dipakai memang mahal dan cantik.
Tapi bila dipikir2 balik semua benda nie MEMBAZIR-membazir itu amalan syaitan.

aku terfikir,

aku rasa baik la duit tu buat doa selamat ke,
bg duit tu beli baju sekolah untuk org miskin ke,
beli generator utk org2 nak meniaga tapi takda duit ke,
beli wheel chair utk org kurang upaya ke.
beli kambing buat sistem pawah ke..

jgn membazir.. tolonglah..

belanja ribu-ribu lpas habis "huha huha"..buang sampah rata2 pastu bunga tu mati...

Cinta Binturong

Aku pegi zoo Melaka..
Aku tgk binatang dengan gembira
Pastu Aku tgk satu Binatang nie nama dia Binturong
Mcam Musang gitu tapi besar sikit.
Time aku tgk binturong nie dia tgh meniarap..
aku punya la dengan effort berusaha bagi dia gerak
tapi sikit pun tak bekesan..
sampai last2 mcam aku pula jadi mcam binatang..

pastu aku pun trus kan jalan dengan hampa..
sementara aku nak sampai kat check point gajah..
ada lebih kurang 5 buah tempat duduk kat situ.
sambil berjalan aku sempat jumpa 3 couple yang tgh bercinta
kat tempat duduk tu..
bila aku jalan sambil tgk2 si pasangan kekasih,si pasangan nie
mcam takde effects langsung dua2 mcam berada di alam yang lain
aku tak tau la..mcam binturong tadi..

begitulah bila aku tgk lagi 2-3 couple yang ada kat zoo tu
mcam binturung nie..tak kisah org tengok,ko buat hal aku,aku buat hal ko..
Bercinta bagai binturong....

Aku pun bercinta mcam binturong....adei

Liberalisasi bogel

aku terbaca sebuah flyers yang aku dapat kat sebuah kedai
yang menjual karya seni dan tshirt..
kandungan nya berkisarkan tentang bagaimana hasil karya pelukis
nie digantungkan di sebuah hotel dan dan dirosakkan oleh pengunjung
hotel itu kerana ia bersifat lucah atau memang terbuktilucah..
berita tu diambil daripada herald tribune kalo tak salah..
jadi bila di baca petikan tu mcam melambangkan yang org malaysia nie
tak liberal tentang nude art,sex,bogel dan sebagainya..

Aku terfikir
bila kes2 mcm nie terjadi perlu ke kita ikut perangai org2 barat yang
tersangat-sangat liberal nie?
or kita kena kekalkan budaya dan agama kita yang tak membenarkan
benda-benda yang bogel2 nie?


bagi aku banyak lagi yang boleh kita liberal kan..selain dari sex,nude art nie.
kita boleh liberal pada agama lain -cth bagi diorang amalkan agama diorang
tanpa kita nak halang.
kita boleh liberal pada budaya org lain-cth tgk pesta warna ke,g deepavali ke
join main mercun ke?
kita boleh liberal dengan warna kulit/kawin campur ke...

aku rasa takyah la kita nak sibuk2 membogelkan semua benda sebab org lain suka
takyah la liberal sgt...