Followers
Monday, December 22, 2008
Antara Radhi dan Aurat
kat Kosmo pasal radhi bukak baju
sambil pakai songkok..kat RTW8
dan Radhi ni nak kena panggil dengan persatuan
artis mcm tu la..
Dengan alasan mencemarkan nilai2 murni..
sebab songkok tu orang pakai
untuk event2 rasmi..jadi kena sopan
Tapi yang paper time tu tak tulis
Radhi pakai baju Melayu
baju melayu johor
dia bukan tggl baju
baju dia terkoyak
(atau dia sengaja nak koyak baju
melayu dia tu aku taktau la..ada ke orang nak koyak baju melayu?)
Tapi lepas tu dia trus dipakaikan
balik baju dia oleh securiy
ada dua perbezaan yang ada antara
radhi dan faizal tahir
Radhi rock
faizal tahir tak nyanyi lagu rock
tapi dia belagak rocker
Faizal tahir dari kumpulan nasyid
Radhi dari band OAG
Faizal tahir ada "S" kat dada dia
maksudnya setan
Radhi Takda
Jadi aku takkan samakan Setan ngan radhi dalam kes ni.
aku terfikir,
Kalo la betul diorang ni strict sgt
pasal tak berbaju ni,
Try la bagi penyataan yang ilmiah skit
Contoh penyataan ilmiah..
Dari sudut agama:
Aurat lelaki dari pusat sampai lutut.
Aurat perempuan ialah seluruh tubuh badan,bentuk badan
dan kecuali tapak tangan dan muka.
maka Radhi OAG tidak mendedahkan aurat
Manakala fasha sandha,dayang nurfaizah dan
artis wanita lain dinegara kita
telah mendedahkan aurat mereka secara terang-terangan..
Dari sudut pengetahuan:
Kita perlu memberi pengetahuan kepada generasi muda.
Maka radhi dan OAG menyanyikan lagu Merdeka
ciptaan mereka dan lirik lagu itu terdapat tarikh
kita merdeka.
Manakala Artis2 lain selain ROy dan band nasyid
tak pernah kot buat lagu yang ada hajat nak bagi
ilmu..
Dari sudut etika pemakaian:
Songkok digunakan dalam upacara rasmi dan kita perlu sopan
ketika memakainya..
Tudung pula perlu dipakai dengan sopan dan menutup aurat.
Maka Radhi oag memakai songkok dan baju melayu
semasa konsert bermula..
Manakala siti nurhaliza tidak memakai tudung
dengan betul dari awal hingga akhirnya konsertnya..
(sebenarnya siti pakai Skaf je)
sekian terima kasih...
Laporan dari RTW8
ada beberapa peningkatan yang aku perasaan
dalam konsert kali ni..
Peningkatan Positif Seperti:
1.Ada Polis
(wah hebat,mcam perhimpunan haram)
2.Terdapat banyak sponsor seperti era,tm,maju junction,ibanez,mac beth dan lain2.
3.Ada kotak ajaib bleh dapat duit dan dapat adiah
4.Ada ramai awek cun
5.Ada jual nasi ayam,dan pelbagai jenis makanan
6.Ada wanita-wanita yang pkai kasut tumit tinggi(hu hu)
Peningkatan Negatif Seperti :
1.Takda Tong Sampah.Disebabkan itu
sampah merata2..mcam sial..
2.kat luar ada jual arak
3.Bertambahnya Budak pompuan pakai lebih ketat,padat dan singkat
(time aku pegi Rtw yang lepas2 susah skit
la nak nampak,tapi kali ni mata aku dapat dicuci dengan
jelas dan nyata.hurm orang kita ni makin teruk la..huh)
4.Tempat re-enter mcam sial..security tak cekap.
Ditambah pula satu lorong je dibukak utk re-enter
+ dan security yang menjerit2 dan maki2 mintak org beratur..
(huh sendiri tak cekap marah2 orang lain..)
5.Jumlah perokok wanita yang bertambah.
(perokok wanita ini menghisap rokok yang busuk)
6.Kawasan konsert yang berlumpur dan buat aku meyampah..
sekian laporan saya..
Monday, December 15, 2008
Makmal sekolah
sampai.. la sekarang kalo g kat sekolah
Makmal sekolah mesti ada
binatang yang kena awet
ada mata lembu,anak tikus
dan pelbagai benda lain yang kena awet
Tu je benda yang sains kat makmal sains
Tapi bila pegi kat petrosains kat klcc
banyak lagi benda2 yang kita bleh explore..
Kalaulah kalo benda2 yang bagus macam tu
terdapat kat semua makmal
kalaulah setiap bandar ada satu makmal sains sumpama
petrosains mesti time aku skolah lagi seronok..
Aku ada terbaca tentang interaktif exhibition
dimana orang ramai lebih mudah
nak absorb ilmu kalo lagi banyak interaksi
dengan menda2 sekelilingnya..
lagi banyak bendak yang kita nampak,rasa, dan bau
kalo aku ni takpenah pegi kat petrosains,
mesti aku taktau banyak lagi,
menda-menda sains yang bleh aku bleh explore..
sebab time skolah adalah time yang paling best
belajar dan nak try semua
bagi aku budak2 skolah ni,kena tgk mythbusters ke..
Kalo ada fasiliti dan program yang lagi banyak main lagi bagus
sebab sains tu luas dan takda sempadan
bukan sekadar hafal jadual dan
main dengan penunu bunsen jek....
Thursday, December 11, 2008
Exploitasi Sumber
aku sempat la g jalan2 kat,
tempat mcam bugis street,esplanade,boat quay,
dan beberapa tempat lagi..
secara peribadi aku ni kurang skit
suka ngan negara ni(singapura)
sebab banyak sangat dah aku dengar pasal
negara ni yang banyak mempergunakan
negara kita atas dasar pembangunan...
(pastu ditambah dgn toilet takda air)
Tapi aku still respek mcam mane
diorang ni uruskan negara diorang,
dua contoh yang aku perasan
time aku g kat area boat quay tu
aku terpegun mcm mane
diorang treat kawasan
kat area boat quay
diorang buat restoran dan still preserverd
kedai-kedai lama kat area tu.
mcam mane diorang mixedkan language
senibina lama ngan
senibina yang baru..
selain tu mcm mane diorang provide
facilities,area untuk band2 nak perform
lagi satu contoh,
bila aku pegi kat arab street
kat situ ada masjid
yang aku dah lupa namanya
area kat situ direkabentuk untuk
memberikan vista kepada masjid tersebut..
dengan cara tu masjid tu bagaikan
diberikan penghormatan
dan juga tarikan..
berbanding dengan apa yang terjadi
kat melaka
afamosa dah dilindungi oleh bangunan yang gah
dan afamosa terlindung,
berbeza sgt,sebab dulu time aku kecik
aku still ingat ada satu padang sebelum
sampai kat afamosa tu
tapi sekarang afamosa tu mcam dah tak nampak
aku rasa sedih sgt..
aku rasa mcam design baru
ni bodoh sgt..maap la
aku tau aku tak patut kutuk negara sendiri
tapi kita patut belajar
dari negara seberang
mcam mane nak expoloitasi sumber
yang kita ada
mcm contoh:
budaya,kaum,alam semulajadi kita..
bukan asyik politik,politik,politik je...
Arak dan kita
satu pihak tak mahu arak
Banyak pihak minum arak
Banyak pihak jual arak
Arak itu haram
Arak itu dosa besar
Arak itu merosakkan
Manusia itu sama
kecuali iman dan pahala
Bila manusia berkecimpung
dengan arak
manusia itu kurang iman
dan kurang pahala
Bila manusia berkecimpung
dengan arak
manusia kurang waras
dan kurang betul
Manusia itu sama
kecuali iman dan pahala
kalo manusia itu sama
dari segi fizikal dan rupa
maka arak itu tak sesuai untuk manusia
tak kira lain agama atau bangsa
sesiapa yang mempertahankan
arak maka
dia tidak waras
dan tidak betul
"Perempuan itu" suka arak
maka dia kita benteras...
Insyallah..
Budak bukan tikus
janji janji pembangkang
nak tukar Matematik
nak jadi bahasa melayu.
aku rasa orang-orang yang
memerintah dan mahu memerintah
kat negara kita ni
mcam semua trencat
maksud aku pendek akal..
sebab apa aku cakap mcam tu
sebab bila satu parti
dah menang dulu
semua nak jadi bahasa melayu
pastu semua nak jadi bahasa inggeris
pastu nak tukar balik..
"WOI KORANG NI BODOH KE?"
korang ingat student tu apa
anak tikus?
yang bleh experimen tiap2 tahun?
Please la kalo nak buat apa2
tu tolong fikir + buat kajian banyak2..
jangan la neglect budak2 yang masih blajar ni..
diorang yang kena belajar+ diajar untuk membesar..
kalo tiap-tiap musim nak bertukar bahasa..
akak nak ajar adik pun susah
adik nak tanya abang pun susah..
Dalam apa2 pun yang dibuat kat dunia ni
satu je
kita kena buat
iaitu: KONSISTEN
kita kena konsisten dalam belajar
kita kena konsisten dalam solat
kita kena konsisten dalam meniaga
baru bleh berjaya..
tolonglah...
jangan jadikan
adik-adik dan keturunan aku
ni tikus-tikus putih
tolonglah...
jangan jadikan
mereka ini mangsa
orang-orang gila kuasa dan
orang-orang perosak bangsa...
Wednesday, December 3, 2008
Diorang Sentiasa cucuk kita sampai buta
benda yang kita dulu, setuju
kini dah stat tak stuju
Dulu ok je tulis bahasa kita
sekarang nak tulis bahasa depa
dulu kawan sekarang jadi kuli
setiap benda kita kena petikai,
diorang cucuk kita sana
diorang acah kita sini
kita yang kuat melatah
mula melatah
diorang tengok kita melatah
diorang gembira
sampai kita penat
sampai kita tak larat
diorang cucuk mata kita
sampai kita buta
bila kita buta
kita start mintak tolong
bila kita start mintak tolong
kita mintak tolong kat diorang
time tu baru kita tau siapa kita...
Negara konsumer episod 3
Negara konsumer ngan negara konsumer 2
Aku terbaca satu artikel tentang
pak arab yang mula menjual aiskrim
bila dah tukar profession
dari jual karpet sekarang dah stat jual aiskrim
sekarang nie
sampai benda2 simple pun dah ada
orang asing yang jual..
pastu orang2 kampung ni dah cuak
sebab yang jual aiskrim ni
kita taktau bersih ke tak
taktau diorang ni jual aiskrim mcam mane,
bagi aku kita dah sampai satu tahap
kita jadi pupus secara kecik-kecik
kita yang hanya bangga dengan nama
tapi kita akan ilang isi
kita bangga dengan benda yang kita takda
kita senyum dengan pandai orang lain
kita ilang orang girang.....adeh.
Wednesday, November 26, 2008
Cerita lah sebab kamu tau
bleh tak,
kita bagi tau pada orang yang taktau
bleh tak,
kita bincang ngan orang yang taktau tu
bleh tak kita,
jangan hukum orang tu or maki diorang
Sebab diorang tak tahu!!
mcam mane kita tak tahu pasal sesuatu
or kita tak paham pasal sesuatu
mcam pasal tulisan jawi
diorang (bangsa lain) tak paham
apa menda tulisan jawi tu
ingat diorang tahu tulisan jawi tu sebenarnya
tulisan orang melayu
yang orang melayu cipta
dari hasil pembelajaran dari alquran?
Tulisan jawi tu ada kat tanah melayu je
tulisan yang bagi negara kita merdeka
tulisan yang bagi rakyat semalaya bersatu
diorang tau?
TAK!!DIORANG TAK TAHU!!
kita yang tahu ni jangan mengamuk
tapi terangkan dengan fakta
kenapa sesuatu tu penting
kenapa boleh kenapa tak boleh
mcam kita juga
kita tak tau pasal budaya diorang..
kita tak bleh behujah
sebab kita takda ilmu
bila kita takda ilmu patut kita rendah diri
kita cari sampai dapat
Biar kita hujah dengan fakta
Biar kita kongsi dengan pengetahuan
bukan mengamuk tak tentu pasal..
Cari ilmu,kongsi ilmu,sebar ilmu
bukan Maki orang takda ilmu...
Bodoh Itu Untuk Siapa?
jerit budak blok sebelah
kat bilik budak cina yang
bukak lagu kuat2 time magrib.
Aku pun terpikir,
sebenarnya dbodoh tu untuk sapa?
kalo seseorang tu tak tau pasal sesuatu tu
dia patut ke orang panggil bodoh..
Atau dia mmg tahu tapi dia buat-buat bodoh
yang patut kita panggil bodoh
or orang yang terencat
kita patut panggil bodoh,
or kita tak patut panggil bodoh?
sebab bila jadi kes2 mcm tu
aku rasa yang bodoh tu maybe orang yang jerit tu
sebab nape dia takda nak g ketuk pintu bilik budak cina tu
cakap baik2..
takpun dia bagi senarai masuk waktu solat
kat budak cina tu
Budak cina tu taktahu!!!
yang budak kononnya islam tu
menjerit2 tanpa adab aku rasa lagi bodoh..
aku paham niat dia baik,
tapi kadang-kadang benda2 simple
macam tu buat orang pandang lekeh kat agama kita
skit-skit nak megamuk
skit-skit nak gaduh
bila orang cakap islam agama keganasan
semua marah
tapi attitude kita mmg mcam tu
asyik2 bodoh asyik2 celaka..
dia tu cina
dia tu takda pahala or dosa
ko tu tentunya islam
sah sah bodoh2 kan orang,
yang maybe terlupa
or dia tak ingat tu time magrib sebab dia cina
tu megundang dosa secara tak langsung..
pikir la sket....
Wednesday, November 12, 2008
Saturday, November 8, 2008
Rumah aku kamu datang, rumah kamu, aku tak mahu
"Jemput la datang rumah aku..
rumah aku best ada mcam mcam"
Si B:
"Ok aku datang"
*bila sampai kat umah A
Si B:
"wah best la umah ko.."
Si A:
"thanks bestkan umah aku
ada macam-macam"
-----
*borak-borak sampai nak balik
-----
Si B:
"jemput la nanti datang umah aku."
Si A:
"Insyallah aku datang"
-----
*tapi si A tak penah dtg
-----
Si B:
"kenapa tak datang umah aku?"
Si A:
"Aku bz la ada keja."
(sebenarnya memang takmau
pegi umah B)
--------------
A you sucks..
B you rocks..
--------------
moral dalam cerita ni:
Dalam apa-apa keadaan pun
kita takleh expect org je ikut cakap kita
kita kena juga ikut cakap org..
even kita sebagus mana pun..
baru la hubungan tu dipanggil
hubungan..
bukan dipanggil kayu..
Antara Harapan,idea dan tahap
sampai menjulang tinggi kat awan..
kita boleh memberi idea
sampai satu dunia dengar..
tapi kita kena paham
idea yang dijulang tinggi tu takkan
bermakna kalau kita tak buat apa2..
idea yang kita beri tu kita kena buat
sampai org nampak..
sampai orang cium,
sampai orang rasa
sampai orang dengar
baru idea ko tu berguna..
kalo ko just nak bagi idea
dengan harapan
idea tu jadi sendiri
tapi takda usaha
sampai mati pun ko takkan dapat apa2
"wake up and smell the coffee" la kawan
bangun la jgn berangan lebih sgt..
cakap semua orang bleh cakap
buat tak semua org bleh buat..
jangan harap ko bleh pegi jauh
ngan idea tanpa usaha, ko tu...
huh..
Thursday, November 6, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Sunday, November 2, 2008
Hujan Yang Manis
aku penah diajukan penyataan tentang hujan nie..
Contoh 1:
Eii aku bengang btul la ujan nie nak g mana pun susah..
jawapan aku:
Abis ko nak marah siapa?
contoh 2
Susah la nak buat even kalo hujan..
jawapan aku
Dah duduk kat bumi mmg la hujan,kenapa ko baru firstime rasa ke?
.............
ayat penyataan mcam tu slalu kita dengar..
dan aku rasa mcam penghinaan utk Hujan..
sebabnya bagi aku hujan satu benda yang best
dah lama juga la aku tak rasa kemanisan hujan nie..
maklumla sibuk dengan kerja-kerja duniawi ni..
..............
ada sekali tu sejak sekian lama
aku sempat berjalan dalam ujan
dengan payung yang aku taktau sapa punya..
aku just menikmati titis-titis hujan yang turun..
Tgk air yang mengalir
Pastu sambil tarik nafas dalam2..
time aku jalan tu aku bleh rasa mcam tenang sangat..
menikmati keadaan yang sgt sentimental..
Lari daripada hidup aku yang biasa,bising serabut..
bagi aku menikmati hujan adalah benda yang paling best..
try la...
moga semua dapat menikmati hiburan alam yang percuma tapi best..
Take yur time and enjoy the rain..
Pencapaian Ringan
bila seorang tu dah berjaya siapa yang tentukan
sama ada dia patut di puji atau tak..?
Siapa yang tentukan tahap kejayaan kita?
Ada ke pusing satu dunia
kita gelar pencapaian dan patut diberi pujian
berbanding kejayaan seorang penyanyi karaoke
yang berjaya mengubah lirik penyanyi asalnya?
Siapa kita yang nak bagi grading pencapaian orang lain?
kalo seorang yang buta berjaya melihat
adakah lebih mulia dari
sipekak yang berjaya mendengar?
Adakah yang menyanyi di alberthall
lebih lebih mulia
dari yang menyanyi di kedai makan?
siapa kita untuk menilai orang lain..
kita Tuhan kah? TIDAK..
Tolong jgn perlekehkan pencapaian orang lain
walaupun pencapaian itu hanyalah sebesar partikel tanah..
kerana kita semua sama..
Tuesday, October 21, 2008
Tie dan Tengkolok
aku sempat main2 ngan tengkolok
yang pengantin pakai tu,
pastu bila aku tanya siapa yang ikat tengkolok tu?
sedara aku cakap tu tempah kat org
satu tengkolok tu kalo nak ikat lebih kurang rm200 satu
pastu aku terfikir
kalau la nak kira org yang reti ikat tengkolok
satu dalam seribu kot..
kalu la suruh ikat tie
kebanyakan org tau..
kalau la sekarang nie satu dalam seribu..
lagi 4-5 tahun semua pakai tengkolok plastik.
sebab yang makcik2 pengikat tu dah takda..
kita ni blaja cara ikat tie
tapi kita tak blaja nak ikat tengkolok..
kita blaja budaya orang
tapi kita lupa budaya kita..
oleh itu kalo sapa ada makcik2
yang reti ikat tengkolok tu..record la..sebelum pupus
Kemut dan rokok
sebab berak tu nikmat..
tapi ada juga manusia
yang mahu nikmat yang lebih
dengan cara merokok ketika berak..
dengan alasan lebih feel dan mudah berak..
bila aku pikir balik..
orang yang smoke bila time berak ni
bukan nak feel ke apa..
diorang ni,
ada masalah kawalan otot..
sampai memerlukan "extra tool"
bagi aku merokok time berak ni
patut di banned sama skali
sebab:
1:berak itu mudah
2:Bila smoke kat toilet mcam
masuk toilet yang kena bayar 20 sen tu.
Utk perokok ditoilet: sila belajar kembali
cara megemut dengan betul dari kanak2
kerana mereka boleh berak tanpa bantuan rokok.
sekian terima kasih.
Pegang bontot
Contoh Kes 1
Anda memegang bontot seorang wanita..yang tak dikenali
balasan Fizikal:
Anda ditampar disitu juga.
Balasan spiritual:
Anda berdosa.
Contoh Kes 2
Anda memegang bontot seorang wanita..yang tak dikenali
balasan Fizikal:
Wanita tadi lari ketakutan dan sambil menjerit
Balasan spiritual:
Anda berdosa.
Contoh Kes 3
Anda berkongsi ilmu dengan orang ramai
dengan mengharapkan bayaran.
balasan Fizikal:
Anda akan diberi tepukan di akhir perkongsian
Anda akan diberi wang bayaran
Balasan spiritual:
Tak dapat pahala kot..
Contoh Kes 3
Anda berkongsi ilmu dengan orang ramai
dengan mengharapkan pahala.
balasan Fizikal:
Anda akan diberi tepukan di akhir perkongsian
Anda akan diberi wang bayaran
Balasan spiritual:
Tak pasti bila kita berkongsi ilmu ngan mintak bayaran kita dapat pahala ke tak?
Harta Itu untuk siapa
universiti banyak gila thesis/kajian yang budak2 buat..
macam macam isu
macam macam topic
tapi semua thesis2 ni tak byk pun nak digunakan
atau dihebahkan pada semua org..
bagi aku harta intelek ni patut di publish..
patut diberitahu dalam berita dalam radio
kita kongsi semua harta tu bagi orang tau..
biar semua tahu apa student nie buat..
biar negara kita jadi negara yang sentiasa berfikir..
takyah la nak tggu masuk U baru tau pasal thesis
or kajian yang budak2 buat..
Aku rasa mcam penting untuk orang kita tahu
apa student ni buat..
supaya kalo orang2 kita ni ada idea baru..
boleh la refer/beli idea2 nie..
bukan masalah ciplak or tak..
tapi masalah guna or tak..
mcam baju baru..cantik..semua orang nak pakai..
tapi kalo baju baru tu tak pakai last2
semua jadi outdated..
lecturer aku ada bgtau ilmu utk degree tu bleh pakai 3 tahun je
lepas dari 3 tahun kita kena cari ilmu baru..
kalo ilmu2 yang para bijak pandai ni tak digunakan
bila masyarakat kita nak gerak laju..
ni proposal aku mcam mane nak bagi ilmu ni bergerak:
1.kalo la boleh ada satu badan swasta yang bergerak
sebagai ejen-ejen jualan/kajian..
kira mcam jualan langsung yang bertindak
memilih research yang berkualiti.
dan boleh dikomersialkan..
2.selain tu ada jugak sistem aliran thesis satu malaysia
yang update thesis yang baru dan di bahagikan ikut topic or bab.
supaya senang kita nak refer or nak dapatkan dan boleh tau sapa
tuan thesis tersebut.
3.Ada channel tv yang membincangkan topic2 semasa dan
panggil student2 yang ada bekenaan dengan topic tu dan kajian tu
bagi pendapat.
Even kalau la student tu salah bagi pendapat pun.
Takda benda yang rugi.
Semua ni boleh developed critical thinking among malaysian tu sendiri.
aku tau idea ni takda sapa nak layan pun
tapi sekurang-kurangnya aku dah ada idea yang bertulis..
Monday, October 20, 2008
Monday, October 13, 2008
Tangkap itu blooger
mamat blooger ni kena tangkap..
lagi terer kena masuk ISA.
tapi aku rasa dia ni patut masuk pun.
sebab dia ni memang tulis benda yang bukan2..
tangkap sahaja blooger itu..
Tapi aku terfikir,
kalo yang mamat tu boleh kena tangkap
sebab tulis benda yang bukan-bukan,
kenapa tak boleh tangkap orang yang buat website bukan2
website yang ada gambar-gambar gerak aksi orang kita,
site mcam tu boleh juga rosakkan otak,jiwa,roh
paling teruk boleh menghancurkan aku yang bejiwa nipis ni,
tangkap sahaja webmaster2 sebaran media haram ni..
hack site mereka,
bakar pc diorang,
tumbuk rusuk mereka,
yang ada kuasa kena buat something,
sebelum benda ni jadi parah,
ISA kan mereka
Sebabnya aku tak mau terus hancur...
Tuesday, September 30, 2008
Kad Digital Raya Utk para Pembaca
Monday, September 29, 2008
Aurat si patung 18sx
banyak org maklum le nak raya ramai,
banyak patung-patung yang pakai mcam-mcam,
dipakai kan mcam2 jenis baju yang menarik,
tapi ada satu benda yang menarik pehatian aku..
dan buat aku tak paham
bila aku tgk patung-patung nie
semua seksi-seksi..
patung ni takde la complete sgt..
kepala takde kaki pun takde
tapi bila sampai part boobs patung tu
detail habis...semua cukup..
What the hack?
kalo nak jual baju tu pada org nak pakai bra.
pakai kan la bra kat patung tu..
takpun takyah nak detail up sgt patung tu..
cuma org kedai kena tau la..
nak jual barang tu pakai patung jenis apa..
bukan main tibai je..
sensitif la skit..
FxxK Indie
tapi aku just nak buat case study,
pasal isu kumpulan Hujan ke f**k
time buat concert kat jb..
ada la segelintir orang
yg tak suka band hujan nie
tgh tgh nyanyi kena maki..
aku dengar sebab hujan nie perangai rockstar sgt..
kononnya semua la benci diorang..
dulu semua org suka band nie
semua org puja diorang...bla bla bla
tapi bila dah fames dah kena jatuhkan balik..
tapi yang aku nak tekankan kat sini..
Lagu yang diorang bawak tu sedap juga,
Dalam indie scene sekarang nie
apa yang korang nak,muzik ke?Perangai ke?mesej ke?
Kalo korang nak dengar muzik...
mampus la perangai diorang macam mane..
kalo korang nak tgk perangai baik...
baik tgk band nasyid ke..
kalo korang nak dengar mesej..
korang dengar la lagu diorang baik2..
kalo korang nak fuck orang
g cari la pondan ke prostitude ke
jgn nak fuck org laki tgh buat konsert
sebab korang nampak bodoh..
sian organizer time tu..
sian band2 yang main lepas tu..
kalo ko nak pakej artis yang baik.berapa sgt la yang ada?
kalau nak ikut perangai..
banyak je yang sesat..
tapi still kena sokong mcam nak rak..
kita sebenarnya kena pilih..
kita kena adil..
kita kena pilih antara semangat indie or perangai diorang..
cuma bila indie dah stat kutuk sesama indie,
indie dah takde beza ngan mainstream scene..
semua dah jadi akademi fantasia..
kutuk kutuk kutuk last skali jadi taik..
Negara konsumer episod 2
aku nie pegi la kat kedai kat U aku ni
panggil Relax Bos..
Aku beli la makanan pastu gadis aku ni g la oder air..
time oder2 tu ada benda yang menarik berlaku..
Si gadis aku ni oder la air carrot jus..
dia pun bagi la..
pastu aku cakap kat si gadis.Aku nak air suam
Dia pun oder la..
Mamat yang amik oder nie org dari negara mana pun aku
taktau..
Oder la kat mamat oversea ni Air suam
Tapi yang susahnya dia takpaham air suam tu apa..
Punya la susah nak terang bagi paham..
aku ni jenis yang malas2
aku cakap kat gadis abaikan lah..
Tapi si gadis ni tak puas hati
last2 dapat la air sejuk..
dari air suam yang aku mintak tadi..
Bila aku pikir2
kita ni banyak sgt harap org asing buat keja kita..
semua benda nak orang asing buat..
nak oder air suam pun susah..
Tolonglah amik orang Malaysia keja..
Tak sanggup lagi...
Thursday, September 25, 2008
Sunday, September 21, 2008
Kisah si Penjaga Sangkar..
"Kalau ko sayangkan burung tu lepaskan lah dia,
Kalau burung tu sayang kat ko, dia akan datang balik..
Kalau burung tu tak datang balik maknanya dia tak sayangkan ko..."
Kalau la aku seekor burung maka aku pernah dilepaskan,
dan aku tak pernah kembali pada sangkar ku..
Sekarang burung yang aku jaga bagai mahu lepas,
Kerana siburung sudah biasa bebas,
Dia mahu terbang bersama kawannya..
Ingin aku sangkarkan saja dia,
Biar dia tak boleh terbang,
Biar aku puas hati,
Tapi aku siapa?
Aku Hanyalah seorang penjaga..
Si Penjaga sangkar,
Andai aku lepas nanti burung itu,
dan burung itu tak pulang,
Kerana burung itu Seronok bersama kawannya..
Atau dia mulai seronok dengan sangkar barunya..
Andai kata itu terjadi,
Alangkah kecewanya hati si penjaga..
Lepaskanlah wahai penjaga,
Kerana kamu sayang akan dia..
Saturday, September 20, 2008
Tipu dan cinta
kecurangan selalunya akan turut serta..
bila ada kecurangan
perhubungan akan berteraskan penipuan,
bila perhubungan ada kecurangan ngan penipuan..
cinta dan sayang hanyalah retorik,
perhubungan dah tak seindah dulu..
bila perhubungan dah tak seindah dulu
hubungan jadi tak serasi..
bila hubungan dah tak serasi..
salah satu pihak nak bawa haluan sendiri..
bila ada yang nak bawa haluan sendiri..
Tiada lagi perhubungan...
semua bermula dengan sedikit penipuan..
Monday, September 15, 2008
Kisah pendeta muda
dia seorang yang berpontensi
dia ada ilmu..
dia belajar kat pusat ilmu jauh dari negerinya
Tapi dia lemah kerana:
Dia Suka tangguh kerja
Dia malas bangun pagi
Dia malas tambah ilmu.
bangunlah pendeta muda..jgn hidup begini..
Balasan ilmu
Selamat Pupus
macam mane setiap binatang nie pupus
disebabkan tabiat dan perangai haiwan tu sendiri.
sebagai contoh harimau,
perangai dan harimau yang memakan daging
dan memerlukan kawasan yang luas
telah meyebabkan harimau tu pupus.
bila harimau terpaksa bertanding dengan manusia dalam merebut kawasan dan daging
maka harimau yang hebat tadi tentunya akan kalah
sebab manusia ni lebih kuat makan "daging" dari harimau.
Aku terfikir,
Sekarang ni manusia dah banyak merebut 'kawasan' dan 'daging'.
bila ada perebutan maka ada yang kalah.
dan senjata utk menang yang paling baik ialah duit.
dan pihak yang tak da duit akan kalah,
dan yang tiada berduit tu akan pupus...
Walaupun pihak yang kalah itu bagus,mampu membawa perubahan..
tetapi disebabkan tak cukup senjata maka dia akan pupus..
Kalo harimau pupus ni,
manusia boleh tolong biakkan/rehabilitate balik.
tapi kalo manusia pupus nie,
takde sapa yang boleh tolong..
tapi nasib baik ada satu "buku" guideline turun dari langit..
ajar mcam mane nak hidup,
mcam mane nak kongsi makan,
ajar mcam2 supaya kita tak pupus..
Tapi bila sampainya masa nanti :
kita dah tak reti ikut 'guideline'
kita makan daging saudara kita
kita amik kawasan orang lain...
maka akhirnya kita akan Selamat Pupus..
bye bye kita...
Sunday, September 14, 2008
Tuesday, September 9, 2008
Zombie virtual
Bmx Flatland
kat court depan kolej aku
tapak tangan aku berdarah,
badan aku letih,
kaki aku sakit,
punggung aku cramp,
tapi aku seronok
aku enjoy,
aku girang,
aku gembira,
sebab bila aku tgk darah tu
aku tau aku nie masih hidup..
dan aku berjaya keluar dari
kelompok "zombie Virtual"
yang hanya memerlukan pc dan internet utk hidup..
(walaupun baru sehari besukan-aku bangga)
sebabkan gadis seorang trus aku besenam..
Islamic product salesman(IPS)
g bank withdraw duit ribu-ribu(rm 10)
selalu tipikal scene depan bank..
ada org jual kalender,terjemahan al-quran,
selalu nya budak2 kecik
sekarang orang besar pun dah ada...
orang kuar bank je..
mereka pun hulur la barang2 nak dijual
kiranya aku bagi gelaran "islamic product salesman(IPS)"
hari nie lain skit..
bulan puasa
semasa aku tgh tggu nak kuarkan duit..
aku pun tgk la IPS ni dari dalam bank tu
dia tgh hulur2 la kat org yang kuar dari bank..
pastu tiba2 ada makcik nie lalu dia
pun derma la rm2.00 kat IPS ni
IPS ni amik duit tu masukkan kat poket dia..
aku boleh baca la skit2 gerak bibir IPS tu..
dia cakap yang
"calender ni harga rm 11.00
yang rm 2.00 nie buat derma iklas bleh?"
pastu makcik tu nganguk
sambil senyum
Dia pun trus jalan..
makcik nie je yang brenti
yang lain semua past through je
bila time aku pula,
aku pun tak sempat nak g derma..
coz aku tgh kejar masa nak pos barang before
smayang jumaat..
berbalik pada scene tadi
aku rase mcam malu pun ada
suka pun ada,sweet pun ada..
sebabnya yang bagi derma tu
makcik India
Tuesday, September 2, 2008
Ingatan utk aku
Bila jiwa aku kosong,
aku dengar lagu,
aku tgk muvie,
aku pegi seronok-seronok,
bila jiwa makin kosong,
aku naik moto laju2,
aku tak mau senyum,
aku jerit sorang2,
patutnya bila jiwa kosong,
aku patut baca quran,
aku patut semayang
aku patut banyak selawat,
aku patut doa banyak2.
pastu mesti jiwa aku,takkan kosong lagi.
Merdeka yang seksi
mari buang sampah,
mari minum arak,
mari bising bising,
mari rempit-rempit,
mari seksi-seksi,
mari enjoy-enjoy
Merdeka merdeka merdeka
Smart my A**
aku naik moto pakai suar pendek beli barang,
Aku nie dah final year jadi kelas pun tak banyak,
Tiba-tiba aku kena tahan kat pondok pakguard,
dia tanya aku mana kad matrik tak pakai,
aku cakap la
"nape nak pakai kad matrik pula saya beli barang je"
pastu dia sound lagi
"nie apasal tak pakai smart-smart"
pastu aku jawab lagi
"nape pula nak pakai smart2 saya takde class pun"
pastu dia cakap
"awak tau tak hari nie smart day kena pakai smart2
pastu ada peraturan baru kena pakai kad matrik kemana aja"
Aku terfikir
amenda la peraturan bodoh2 nie
smart la amenda la
aku tak kisah kalo g class ke kat kawasan akedemik ke
nie depan pintu pagar...
aku tau intention diorang murni
nak nampak kemas la apa la..
tapi sekarang nie semua nak
nampak cantik, nampak kemas
tapi student punya tahap takde juga naik naik,
takde pun ranking naik tiap2 tahun,
muka je cantik,
tapi bodoh buat apa...
kepada peraturan yang digubal pada tahun 2004
smart day = "Smart my Ass"
sekian terima kasih.
Pengalaman sambut merdeka di luar negara
kononnya nak g sambut merdeka
bak kata pasangan aku(ikut tema)
padahal aku pun tak tau nak g mane..
sebab nya bila nak kuar tu dah separuh jalan
baru tau malam nie sambut merdeka..
Aku rasa aku pegi danga bay time tu,
tapi sepanjang pejalanan nak jumpa bunga api,
aku rasa perasaan bagaikan berada di luar negara..
mula mula aku jalan aku sampai
kat sumatera barat,
pastu aku jalan2
aku g medan pula,
pastu aku duduk2
aku kat Filipina pula,
wah sambut Merdeka di negara orang...hebat..
Desaru haru
aku g pagi sebab nak tgk sun rise kat tepi laut tu,
aku pun pegi la dengan gembira,
aku penah pegi sekali ngan member aku
aku ingat lagi masa tu aku sesat larat
dan harapan aku dalam masa 5 tahun
bila menteri pelancongan baru nie
berubah la skit rupa bentuk nya,
drive2 aku pun sampai la kat pintu gerbang desaru
yang gah,ada juga sign board desaru
dengan gambar pakcik najib,cik azalina ngan uncle lah,
meyambut kedatangan aku dengan senyuman
"SELAMAT DATANG KE DESARU"
aku pun masuk la desaru tu,
aku drive-drive aku still tak nampak pun pantai nye
sign board ada tulis pantai di sini,
tapi jadah pun tak nampak,
kat kiri kanan semua resort,
amenda tah aku pun taktau,
takde pun tulis public parking ke,
public beach ke,
apa benda tah
aku sampai sesat sesat sampai padang golf,
last last sampai jalan mati..
tah la rasa mcam sengal2 pun ada,
aku sampai rasa nak balik dah,
masalah nye ada sign board tapi mana pantai nye?
ahhhh
aku pusing2 dan aku rasa time tu balik skudai lagi bagus,
dan jalan2 bila dah hampir2 nak abis minyak
baru decide nak g tanjung b.....(aku lupa namaya)
nasib baik jumpa,jadi kat situ la aku melepak sampai sunrise,
monyet betul desaru tu...
Apa kita blaja dari bangsa lain
pastu driver bas tu amik orang kat kampar la bidor la gopeng la...
time bas tu brenti2 semua ok je..
tiba la kat kampar
ada la satu bangsa nie naik bas,
aku nie naik bas malam,
jadi kebanyakan penumpang lain dah tido,
smbung balik, bila satu bangsa nie naik bas
kecoh ngan bising nye kecoh abis satu bas nie terjaga
aku yang tak tido pun naik meyampah,
pastu aku pun terpikir
bangsa-bangsa lain yang kat malaysia nie
tak belajar sopan-santun langsung ke?
dari pada bangsa2 lain?
mana taknya..bila naik je bising,kecoh
kalau bahasa kasarnya mcam kurang ajar pun ada
jadi aku rasa
makin lama yang kurang sopan nie( silap
yang tak sopan langsung) nie akan terus tak sopan..
dan kita yang dah kurang sopan makin lama kita pun
terikut ikut ngan budaya bodoh org lain,
mengantikan budaya kita yang bagus dan sopan nie..
absorb budaya yang baik
bukan terikut benda yang tak baik...buat org meyampah je...
Sampai depan muka
aku penah jadi ketua pengawas,
aku penah jadi ketua pelajar,
aku penah jadi president pelajar tingkatan 6,
aku penah jadi president batch,
aku penah jadi president persatuan pelajar,
aku penah jadi po yo yo yo,
benda-benda yang aku paham,
sokongan oleh orang bawah memang penting
-nak buat projek tanpa orang bawah akan jadi projek yg kurang berjaya,
sebaran berita,strategi,future plan kena jelas sampai ke telinga rakyat
-baru projek tu org paham dan boleh sokong,
jangan banyak sgt sub-sub projek
-nanti kos projek jadi melampau tapi kualiti takde,
Pantau,pantau dan pantau,
-Ketua kena sentiasa pantau,sebab org bawah slalu tido,
strategi amat penting dalam memerintah,
-takde strategi abis semua hancur
Sentiasa confirmkan penyertaan /participation bukan mengharapkan orang akan datang
-sebab "org kita" nie takkan datang apa2 event :
1.kalo tak kena paksa
2.kalo takde kepentingan
3.kalo tak best
4.kalo event tu tak bagitau sampai depan muka
sekian terima kasih
Kita yang lupa
diorang baru lepas join kursus kawin..
bila bercerita ada satu bab yang aku tertarik:
Bab Nabi,Rasul dan Malaikat..
Masih ke kita ingat lagi nama2 mereka?
masih ke kita ingat kisah2 mereka?
Masih ke kita ingat tugas2 mereka?
kita selalu telupa...
Disebabkan aku pun Lupa mari kita mengingatinya..
Nama 10 Malaikat dan tugas:
Jibril
Menyampaikan wahyu
Mika-il
Memberi rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Malik
Penjaga neraka
Ridhwan
Penjaga Syurga
Munkar dan Nakir
Menyoal org dalam kubur
'Izra-il
Malaikat maut
Raqib dan 'Atid
Mencatat pahala dan dosa
lawak cina lawak melayu
bila sembang2 ngan kawan2 cina aku.
aku selalu mcam tak reti buat lawak or bersembang ngan diorang,
sebabnya aku anggap diorang nie tak paham sgt lawak org melayu.
sebabnya diorang bukan melayu.
pastu aku pikir2 balik,
bila diorang lapa, diorang makan
kalo diorang sedeh, diorang nangis
bila kita buat lawak, mesti la diorang gelak,
diorang kan manusia
takyah nak treat diorang nie mcam alien
hantam saja,diorang paham punya..
apa la aku nie...
Minyak wangi jumud
dgr presentation pasal presentation,
member aku cina nie tanya aku pasal minyak wangi,
dia tanya "u orang islam bleh tak pakai perfume ada alkohol tak?,
pastu aku jawab la "kalo orang melayu islam nie ada dua pendapat
satu boleh pakai satu lagi tak bleh..maksudnya org pandai2 agama nie
ada dua pendapat yang berbeza.."-aku jwab takat tu je tak detail sgt la.
pastu dia tanya lagi"abis skarang u pakai je la?
aku jawab "aah"
aku terfikir juga tentang benda2 perfume nie..
ada pendapat kata haram sebab ada alkohol
ada pendapat juga kata tak haram sebab ia tak memabukkan..
aku pun tak pasti,sebab kena rujuk yang pakar,
tu baru kawan cina aku tanya,
kalo cucu aku tanya nanti......adeh
aku jadi atuk yang jumud....
Thursday, August 21, 2008
Aku di fogging lagi
aku sempat berjumpa ngan rakan membesar aku,
nama dia jerebu
jerebu nie selalu ikut aku
bila aku g mane2 pun ada je..
aku tak tau apa puncanya
tapi jerebu nie tebal semalam...
Ada ke org bakar2 kat negara jiran ke
or tangki minyak terbakar kat pasir gudang ke
aku pun tak tau..kalo la nyamuk tu kena fogging akan mati
lama2 nanti, banyak sgt cium jerebu nie kita pun mati
Aku mcm kena fogging pula..adeh
Lorong Moto
aku sempat g ipoh anta adik aku
sempat la aku lalu kat bridge sultan azlan
yang dekat hospital pantai puteri tu,
yang menarik tentang jmbatan tu selain kecantikannya
Ialah lorong motosikalnya..
sepanjang aku menunggang motor di perak dan di johor
ini 1st time aku dapat rasa lorong moto
rasa mcam hebat dan bergaya
eventhough lorong tu dalam 200M je
tapi aku seronok...
sebabnya bila pikir balik penting sgt la
lorong moto nie lagi2 banyak sgt
orang yang accident pecah kepala la,mati la
sebabnya kita nie naik moto,
kalo kita salah pun mati,
kalo kita tak salah pun mati juga.
Jadi penting sgt la banyakkan
lorong moto nie..
asyik tgk org naik moto je byk mati
terasa pula aku...
Tranformasi kejambanan
aku telah di ajar menggunakan tandas cangkung,
pengalaman menggunakan tandas ini
seperti menghisap shisa di tepi laut feel nya..
tetapi mimpi tak semuanya indah,
ketika berada pada tahun 2 di Universiti,
aku telah diperkenalkan dengan jamban duduk,
jamban yang direka oleh barat
untuk meyiksa orang2 timur seperti aku..
walaupun jamban jenis ini ada dirumah ku
tapi pengunaannya adalah minima...
tetapi sejak dari itu aku terus di asak dengan
jamban jenis ini..
oleh kerana globalisasi..
aku mula beralih dari cangkung hingga ke duduk..
berlaku la tranformasi kejambanan
dalam diriku
dimana aku terpaksa belajar cara untuk
membasuh berak ketika duduk..
aduh siksa tidak tertahan
penyiksaan spiritual dan mental
dan boleh meyebabkan trauma...
hingga kini
aku masih terkial-kial
mengunakan jamban siksa ini....
tolonglah..
Respek si pakguard
iaitu menjaga keselamatan tiba-tiba kena pukul sebabnya
aku jaga keselamatan..urm
kalo la aku nie penoreh getah
aku nie motong getah tiba-tiba org pukul aku
sebabnya aku g menoreh..urm
kalo la aku seorang akitek tiba-tiba org pukul
aku sebab aku nie tgh buat keja aku..urm
kalo la aku seorang photographer
aku tgh buat keja aku tiba2 aku kena pukul
sebab tangkap gambar ...urm.
kalo la aku nie kamera tgh tangkap gambar
tiba2 tuan aku kena pukul...urm
kesian aku kan...
Wednesday, August 20, 2008
Buruk tapi Sehat
pastu aku nampak crowd budak2 yang tgh shuffle.
aku g la tgk2 rupanya ada shuffle competition.
shuffle nie mcam menari break dance ni
tapi shuffle ni takde la pusing2 kepala,
gaya dia mcam poping skit skit..pastu dengan music
yang mcam techno gitu..
aku mula-mula tak paham sgt la pasal menari shuffle nie
maklum la tgk mula2 mcma monyet je.sampai sekarang pun
aku still nampak benda nie mcam tarian monyet..
pastu sekali lagi aku nampak shuffle nie kat U aku..
ada show budak sekolah.
walaupun aku tak suka sgt benda nie
tapi aku tabik kat budak2 yang melayan shuffle nie
sebabnya:
1.shufle nie takyah guna duit
2.tak membahayakan kesihatan
3.memang meyihatkan badan.
4.mengajar berkerjasama
5.Tak melanggar undang2
Bagi aku bagus sgt la kalo cikgu2 sekolah,or goverment
dapat encourage budak-budak nie shuffle..
kalau benda tu baik/bagus buat apa nak halang ye tak?
Mcam berak la..walaupun buruk rupanya.
tapi kalo tak berak lagi teruk..sakit mcam2..
Friday, August 15, 2008
Jgn Jeles
kenapa la kadang2 "org kita" ni selalu jeles tgk org lain,
aku tak paham benda tu,
kita macm tak leh tgk org berjaya,
bila kita tgk org naik keta besar skit kita kata rasuah la
amenda la,
bila org tu rumah besar skit kita kata mcam2 yang buruk
(kecuali dia memang dibuktikan buat benda jahat la)
Bila org pandai skit,pastu bukan nak tanya rahsia dia pandai
tapi pegi bukak rahsia-rahsia buruk dia cite kat org.
Punya la buruk perangai kita nie.
Patutnya bila org lain berjaya kita bangga la dengan diorang
bangsa kita kan lagi molek.
Tapi kalo boleh yang dah berjaya tu kongsi la ilmu,
jangan la sombong,kongsi la tips2 skali.kan bagus.
tapi sekarang nie aku rasa orang kita dah mula byk yang berjaya
banyak yang buat bisness dan banyak orang kita yang dah tak dengki2
baguslah..
Ilmu ngan duit tak bawak kemati yang bawak dosa ngan pahala.
Thursday, August 7, 2008
Si Genetik yg malang
Member aku ada buat kajian tentang ibu yang mengandung..
aku dengar juga la dia ada cakap tentang
perilaku ibu akan memberi impak kepada perilaku anaknya..
maksudnya bila ibu yang jahat akan menghasilkan anak jahat..
mcam genetik la..
mcam ibu yang pandai akan menghasilkan anak yang bijak..
ada kes sebenar,
walaupun yang diambil itu anak angkat..
keluarga yang berlainan tetapi anak itu akan
mengikut perangai ibu sebenarnya..
tapi bercanggah pula tentang pendapat
anak bagaikan kain putih..
ibu bapa yang mencorakkannya..
kalau lah benar
Si anak,akan membawa perilaku buruk ibunya..
walaupun di ambil keluarga angkat yang baik..
Alangkah malangnya si genetik itu...
pelembagaan cinta
dah tentunya aku bercinta dengan si wanita..
kadang-kadang wanita nie memang mengada-gada..
kadang-kadang wanita memang suka merengek..
Dalam pelembagaan cinta aku menyatakan bahawa :
sebagai seorang lelaki
kita berhak melayan or menolak rengekan ini..
sebabnya kalo kita tak ikut peraturan nie
mcm mane la kita nak layan anak2 kita nanti?
yang sentiasa merengek2...
dulu aku tak paham akan sikap nie
aku sentiasa tanya "kenapa la dia nie ngada2 sgt"..
bila aku pikir2 balik wanita nie memang itu sifatnya
tu adalah cara dia bermanja2..
jadi bila si wanita nie merengek2 layan je la..
tapi pilih la rengekan yang reasonable..
untuk di layan..
sebab wanita memang begitu.....manja.
sekian terima kasih.
Pa Pan Ke Kun Ci
aku tgk iklan,
aku tgk ejaan baharu banyak mengantikan baru,
baru digantikan baharu
yang aku rasa SANGAT BODOH WALAU APAPUN ALASANNYA.
pihak yang bertanggung jawab ialah DBP.
yang sengal otak.
aku taknak tau alasan dia
tapi bila baru dah kena tukar baharu
satu yang aku tau
bahasa melayu dah merepek.
benda pendek nak dipanjangkan
aku respect ngan bahasa indonesia,
dimana developement bahasanya menarik.
cth yang aku selalu aku pakai ialah
wartel=warung+telefon
Yang jadi menarik bila 2 perkataan di cantumkan
dan membawa maksud sama.
jadi takyah la susah nak cakap 2 ayat yang maksudnya sama.
Lagi mendalam skit,
bila kita sebut baharu
ba+ha+ru=3 suku kata
manakala baru
ba+ru= hanya 2 suku kata
bila maksudnya sama takyah la susah nak tukar.
contoh bahasa indonesia
warung telefon
wa rung tel li fon = 5 suku kata
bila cantumkan
wartel
war tel=2 suku kata
contoh lain.
bahasa inggeris
Mouse
mou se=2 suku kata
bahasa melayu
tetikus
te ti kus=3 suku kata
yang lagi best,
bahasa inggeris
keyboard
key board=2 suku kata
bahasa melayu
papan kekunci
pa pan ke kun ci= 5 suku kata
tidak payah
ti dak pa yah = 4 suku kata
takyah
tak yah =2 suku kata
me re pek la DBP ni..a deh
Ustaz Parti & interpertasi
ustaz2 atau penulis2 agama
mengunakan ayat-ayat alquran atau sabda rasulullah,
tetapi dengan interpertasi berbeza?
pernahkah kita dengar ustaz dari parti politik
yang berlawanan
mengeluarkan interpertasi yang lebih pro
kepada parti politik mereka..
kalo pernah,
jadi kita kena dengar kedua-dua belah pihak,
supaya kita boleh mengambil jalan tengah,
dalam hal agama dan politik kita kena
bijak menganalisa setiap ucapan dan artikel
dan kita perlu kritikal dalam berfikir
supaya kita sentiasa berada di jalan yang betul.
Dan mane2 parti politik pun bukannya betul sgt..
baik yang hijau dan yang biru
semua adalah ciptaan manusia dan labu-labunya..
(kalo yang biru pelan ngan merah tu confirm 100% dunia)
sekian terima kasih
Majlis artikel dan fatwa
aku rajin juga baca artikel2 agama,
tulisan ustaz2 or mufti2.
Yang menarik banyak artikel2 nie
mula bersifat critical tentang sesuatu topic
dengan skop yang lebih spesifik dan mendalam
sebagai contoh dari aspek ekonomi,sains dan sebagainya
perkembagan yang baik,
Dan kita seringkali terdengar pencagahan pendapat
diantara ustaz or mufti tentang sesuatu topik.
secara positifnya
ia akan memupuk budaya sentiasa menyoal,mempertikai
dan budaya tidak percaya bulat2..
secara negatifnya pula
bila artikel2 ini disiarkan,
akan ada masyarakat yang konfius,
dan boleh membawa pepecahan..
jadi perlu ada mekanisme yang dapat
memastikan artikel atau hasil tulisan
ini tidak bercangah atau mampu mengkonfiuskan
org ramai..
mcam cth: "majlis artikel dan fatwa" ke.apa ke..
sayang untuk opah
mereka jaga aku time aku kecik,mcam nanny la,
dari baby sampi la aku masuk darjah satu,
sebelum aku stay ngan family aku.
opah aku penah belikan itik untuk aku
5 ekor,siap ada nama lagi.
sebelum itik2 nie hilang,
punya la aku cari mcam nak gila..
dah besar baru aku tau itik tu kena jual
dek pakcik aku,sebab itik tu selalu berak rata2..
opah aku kalo g pekan minggu mesti belanja baju la,
apa la,
yang best teman opah aku g kutip taik lembu
buat baja..
Atuk aku selalu pegi pekan setiap hari rabu,
beli barang umah,tak penah lupa
mainan faveret aku.kadang2 dapat dingdang,jojo or tora.
atuk aku nie garang time aku kecik,
ingat lagi time dia nak tetak aku ngan parang
horor abis..
Ingat lagi time aku jual cempedak kat tepi jalan ngan atuk aku,
bawak chempedak dalam guni & meja
pastu letak belakang basikal tolak sampai la kat tepi jalan..
kadang bila musim gasing datang..
atuk aku buatkan gasing,guna batang pokok jambu batu,
bila malam,time tido aku tido sebelah atuk aku
dalam kelambu merah jambu,
sambil peluk atuk aku jadi bantal,
sekarang opah ngan atuk aku dah tua,
opah aku selalu sakit,
atuk aku pun sama,
bila aku balik cuti
aku tak penah lupa g umah opah aku
sembang ngan diorang buat klakar ngan opah aku,
kadang2 bawak opah aku jalan2
Pastu aku potong rambut atuk aku,
dulu kepala dia hitam pekat sekarang
semua rambut dia jadi uban..
stakat nie Itu je yang aku boleh buat..
sayang opah ngan atuk aku..
sementara diorang still ada...
terima kasih atuk..
terima kasih opah..
cerita lotong
opah aku bawak pelita,bawak aku naik basikal tua..
dia nak g motong getah.
sebabkan aku tggl sorang opah aku bawak aku sekali..
aku duduk kat tmpat duduk belakang sambil pegang lampu..
opah aku kayuh basikal lebih kurang 5 minit pastu sampai..
kat umah orang nie,dia park basikal dia,pastu aku kena ikut
dia jalan ikut jalan kecik nak g masuk kat kebun getah dia..
sambil jalan tu aku ada lalu sungai kecik ngan umah O'nyang aku
yang dah macam nak roboh..aku tak sempat tgk o'nyang
lahir2 dia dah meninggal..
pastu sampai la kat kebun getah tu,
opah aku bawak aku g duduk aku kat port biasa..
port biasa tu mcam pondok kecik ,
tempat untuk opah aku rehat2
siap ada burung hantu lagi lepak kat situ
time tu tekejut juga la..
pastu aku sambung tido kat pondok tu..
sambil opah aku nyalakan ubat nyamuk..
aku sambung tido balik..
bertemankan irama hutan..
tiba2 aku terjaga dengar bunyi org tengah sergah2..
aku pun tgh mamai2,tgk opah aku tgh halau something..
sambil tangan menghayun2 dengan nada menghalau syuh,syuh...
bila aku tengok betul2 aku nampak binatang seakan2 monyet
tapi hitam dan besar skit,
bergantung sambi gayut2..banyak juga la
bunyi dia lain skit aku pun mcma dah lupa..
pastu aku tanya kat opah aku
"tu apa opah?"
"tu lotong"opah aku menjawab...."
time tu umur aku dalam 4-5 tahun,
time aku tak pegi lagi tadika..
bila aku besar aku taknah pegi pun kebun tu
aku taknah dengar lagi bunyi lotong tu..
entah ada lagi ke tak..
Saturday, August 2, 2008
Diraja Menari
tentang polis menari poco-poco nie kat Melaka..
aku tau mcm mane poco2 nie
polis wanita menari sambil pakai full uniform,
diiringi dengan muzik..
Aku pun baru tau pasal poco-poco nie bila
member aku tunjuk video dia time dia grad jadi polis
memang menarik aku suka juga..
Aku pun suka Melaka dengan development yang pantas/konsisten berteraskan
tourism utk menarik pelancong.
Banyak benda boleh dilawati banyak facilities yang dah dibina utk kemudahan
golongan pelawat-pelawat nie.
Tapi aku tak berapa setuju tentang bila poco-poco nie diekploitasi utk
para pelancong..aku tau niat baik nak tarik pelancong..
tapi bila dah kena menari depan org ramai tu mcam "crap" skit la
maklumla kita bukan deal dengan penari2 makyong ke apa ke kita deal dengan polis.
"POLIS DIRAJA MALAYSIA"-Diraja tu bukan terms yang boleh main2..
Pangkat tu diberi oleh raja utk polis nie menjalankan amanah pada rakyat
bukan utk menari-nari depan pelancong...
aku quote apa lecturer aku cakap tentang harimau di zoo
"bila niat kita mengurung binatang semata-mata nak buat exhibition,
kita mcam melacurkan binatang2 tu..."
harimau binatang yang gagah/garang/hensem..tapi bila dah dibuat exhibiton
yang gagah tadi dipaksa menari pula..gagah kemana..garang kemana...hensem kemana..
Seberang darjat
Aku pergi ikut member aku memancing kat perling,
time tu kitorang pun taktau nak g mancing kat mane..
member aku pun drive masuk sampai satu kampung nie..
kalo tak salah member aku, bgtau tu tempat kg org asli danga/org laut
bila aku tgk tempat tu mcm daif sgt,mcm tempat pendatang gitu..
rumah yang daif,situasi tu mcam aku kat negara yang berbeza pula..
org kat situ pun mcam org asli skit(maaf kalo kasar pula bahasa)
Bila aku tgk seberang sungai/laut tu aku boleh nampak danga bay..
dengan cahaya,dengan apartment mewah,tersangat lah kontra dengan
kehidupan org diseberangnya...
aku tak tau sebab apa,aku tak tau kenapa,aku tak tau siapa
tapi yang jelas darjat mereka berbeza....
Bunga Untuk Simiskin
mesti cantik,berwarna warni,gilang gemilang dan perfect.
Aku sempat tgk sebelum flora fest tu dan selepas flora fest tu.
tapi semasa flora fest tu aku takde kat jb..
Aku suka tgk lampu aku suka benda2 cantik..
Time aku tgk sebelum flora fest tu memang byk bunga kat jalan depan dataran nie
bunga di sangkut merata-rata mcam2 jenis aku tau even orkid yang di gantung kat pokok
tu bukannya yang jenis murah..
Tapi yang tak sedapnya,bila selepas event nie,aku sempat tgk polistrin bunga2,kotak2
sampah2 yang digunakan oleh kereta berhias nie betaburan kat belakang festive street nie..
aku tau semua barang-barang yang dipakai memang mahal dan cantik.
Tapi bila dipikir2 balik semua benda nie MEMBAZIR-membazir itu amalan syaitan.
aku terfikir,
aku rasa baik la duit tu buat doa selamat ke,
bg duit tu beli baju sekolah untuk org miskin ke,
beli generator utk org2 nak meniaga tapi takda duit ke,
beli wheel chair utk org kurang upaya ke.
beli kambing buat sistem pawah ke..
jgn membazir.. tolonglah..
belanja ribu-ribu lpas habis "huha huha"..buang sampah rata2 pastu bunga tu mati...
Cinta Binturong
Aku tgk binatang dengan gembira
Pastu Aku tgk satu Binatang nie nama dia Binturong
Mcam Musang gitu tapi besar sikit.
Time aku tgk binturong nie dia tgh meniarap..
aku punya la dengan effort berusaha bagi dia gerak
tapi sikit pun tak bekesan..
sampai last2 mcam aku pula jadi mcam binatang..
pastu aku pun trus kan jalan dengan hampa..
sementara aku nak sampai kat check point gajah..
ada lebih kurang 5 buah tempat duduk kat situ.
sambil berjalan aku sempat jumpa 3 couple yang tgh bercinta
kat tempat duduk tu..
bila aku jalan sambil tgk2 si pasangan kekasih,si pasangan nie
mcam takde effects langsung dua2 mcam berada di alam yang lain
aku tak tau la..mcam binturong tadi..
begitulah bila aku tgk lagi 2-3 couple yang ada kat zoo tu
mcam binturung nie..tak kisah org tengok,ko buat hal aku,aku buat hal ko..
Bercinta bagai binturong....
Aku pun bercinta mcam binturong....adei
Liberalisasi bogel
yang menjual karya seni dan tshirt..
kandungan nya berkisarkan tentang bagaimana hasil karya pelukis
nie digantungkan di sebuah hotel dan dan dirosakkan oleh pengunjung
hotel itu kerana ia bersifat lucah atau memang terbuktilucah..
berita tu diambil daripada herald tribune kalo tak salah..
jadi bila di baca petikan tu mcam melambangkan yang org malaysia nie
tak liberal tentang nude art,sex,bogel dan sebagainya..
Aku terfikir
bila kes2 mcm nie terjadi perlu ke kita ikut perangai org2 barat yang
tersangat-sangat liberal nie?
or kita kena kekalkan budaya dan agama kita yang tak membenarkan
benda-benda yang bogel2 nie?
bagi aku banyak lagi yang boleh kita liberal kan..selain dari sex,nude art nie.
kita boleh liberal pada agama lain -cth bagi diorang amalkan agama diorang
tanpa kita nak halang.
kita boleh liberal pada budaya org lain-cth tgk pesta warna ke,g deepavali ke
join main mercun ke?
kita boleh liberal dengan warna kulit/kawin campur ke...
aku rasa takyah la kita nak sibuk2 membogelkan semua benda sebab org lain suka
takyah la liberal sgt...
Tuesday, July 29, 2008
Murah Susah
Giant tempat yang murah..
aku pergi kat pasaraya giant aku bawak laptop..
pastu aku kena tahan kat pak guard,sebabnya
aku tak boleh bawak sebarang beg masuk kat dalam giant..
aku tak tau maybe sistem pasaraya nie lemah kot..
Jusco tempat yang tak murah sangat..
bila aku pegi kat jusco,aku bawak beg laptop
pastu aku naik esklator,aku nampak pakguard
tapi dia tak tahan aku..
aku tak tau maybe sistem jusco ni cemerlang kot...
aku terfikir kalo la aku nak shopping mane satu yang aku pegi yang kena tahan tapi murah ke or yang tak kena tahan tapi harga boleh tahan urmm...
Situasi kedua:
Aku pegi kat Giant pastu ada 2 pintu satu pintu masuk
satu lagi pintu keluar..kalo aku masuk silap pintu aku kena marah..
Aku pegi kat jusco ada 2 esklator aku masuk mane2
pun pak guard tak kisah..
aku terfikir aku nak pergi kedai yang murah susah ke or tak murah tapi senang.urm...
Cinta dan trolley
kira dalam 50an la
si suami pimpin isteri dia,
turun esklator tu sambil tggl kan troley kat atas
aku dalam hati,ala romantiknya pasangan nie.
mula-mula kau tak perasan rupa2 nya si isteri nie macam kurang upaya skit.
dia tinggalkan troley kat tingkat atas untuk pimpin isteri dia
suci nya cinta mereka..
aku terfikir alangkah baiknya semua org bercinta,
sesuci percintaan mereka..
terima kasih kepada cinta sejati...
Carut Majmuk
kalo boleh kita nak semua orang guna bahasa melayu
kalo boleh kita takmau dengar org bahasa lain
kalo boleh kita nak bersatu-padu,
tapi semua tu mcam susah skit
tapi jgn risau kita sebenarnya dah bersatu padu
dari segi mencarut....
walaupun mencarut tu tak baik,
tapi kita dah berjaya mencarut dan bersatu-padu
dan mencipta carutan "hibrid"
contoh carutan hibrid/majmuk:
that car is crazy la sial
=majmuk diantara bahasa inggeris dan melayu
ko ni mcam lancau
=bahasa melayu campur bahasa cina
lu la mcam pentet
=bahasa melayu campur slanga cina
shit btul la..
=bahasa inggeris dan bahasa melayu
dan pelbagai lagi.
sekian terima kasih.
Negara Konsumer
aku pegi gig aku jumpa security guard bangla
aku pegi apartment aku jumpa security guard bangla lagi
aku pegi restaurant mamak aku jumpa india dari india
aku pegi aked(tempat makan kat U aku) aku jumpa bangla lagi
aku pegi kilang aku jumpa myanmar,bangla,indon
aku lalu kat taman aku jumpa pengutip sampah+penyiram bunga bangla
aku terfikir,
satu hari semua keja yang kat "bawah" nie semua orang asing buat,
agaknya time tu:
kita jadi malas,
kita malu nak buat keja2 bawah nie,
kita jadi blagak+sombong
kita jadi megah..
kita jadi sebuah negara konsumer,
pakai je reti buat tak pandai..
entah la.....
Friday, July 18, 2008
rm77 dan seratus lebih
aku pegi kedai pc aku tanya pasal ram laptop 1Gig
aku g kedai "apek" nie dia cakap rm77 bleh tolong pasang sekali dia caj rm5
sambil tersenyum...
aku g pula kedai "org kita" nie aku tanya berapa ram 1 Gig
dia jawab "tggu jap akak check..
pastu dia cakap "kalo nak tukar ram seratus lebih la dik"
sambil ngerut-ngerut kening...
aku terfikir kalo la aku nak beli ram tu aku nak beli kedai mane?
yang rm77 ke? or yang seratus lebih sambil kening kerut2?.urmmm....
Kes 2
aku g kedai apek nie aku tanya motherboard 754 utk amd ada tak?
dia cakap mane ada org pakai dah sekarang semua dah ada built-in
graphic yang better..dia kata dalam rm 600 bleh bli ram,processor ngan motherboard.
sambil kata beli la ...takde la mahal..
pastu aku g kedai "org kita"nie aku tanya motherboard 754 utk amd ada tak?
dia cakap "jap yea dik akak check -sambil tanya kat technician kedai tu..
"man ada tak motherbard 754 amd?"technician dia jawab takde socket775
ada la..sambil mengaru kepala, pastu masuk balik dalam ofis dia.
pastu akak tu cakap "takde la dik ".tanpa mengsyor apa2
aku terfikir kalo la aku nak beli motherboard tu aku nak beli kedai mane?
kedai yang suruh aku beli ke? or kedai yang takde mengsyorkan ape2?.urmmm..
Wednesday, July 16, 2008
Jilat Jilat
bila orang nyanyi..
kita ikut sekali,
bila org menari
kita ikut menari,
bila org suruh jilat,
kita bukak silat....
aku: gelak gelak kena sepak..
Debat Serabut
Debat pasal minyak..
pastu orang kita tepuk2
org tanya lain, kita jawab lain
pastu orang kita tepuk2
org kata subsidi,dia kata insentif..
pastu orang kita tepuk2
org kita gaduh sama2
pastu org lain tepuk kan kita....
Bahasa ku bahasa online
aku terfikir bahawa bila bahasa melayu,
hanya di jadikan bahasa suka-suka dan bukan intelek..
bila kita baca bahasa melayu, tidak mempunyai istilah2
baru.kalo ada pun cuma cedokan bahasa english...
lebih teruk lagi bila kita taip perkataan "melayu" kat
web browser..berapa sgt site yang menampilkan tentang melayu
tapi yang pasti banyak keluar bila search ialah seks melayu,gadis melayu,
lucah melayu dan lain2...yang tak baik.
kalo la aku nie student dari luar negara nak belaja pasal "Melayu"
mesti aku dah serong...
Aku sekarang buat research pasal harimau..kalo la aku tulis harimau
mesti kuar cakar harimau la amenda entah la..
tapi kalo aku letak tiger..banyak maklumat yang aku bleh dapat..
jadi kesimpulannya...mantapkan bahasa melayu pastu tulis bahasa melayu banyak2 kat internet...
Wednesday, July 2, 2008
A reply from Allah
Lecturer aku ada cakap,
lecturer kepada dia cakap,
Bila kita berdoa minta tolong pada Allah,
Mcam mane Allah akan reply doa kita?
Allah akan reply dalam berbagai bentuk,
Bila kita tgh bersembang,
bila kita tgh tgk tv,
bila kita tgh pancing ikan,
bila org tanya jalan
dan pelbagai lagi..
tapi syaratnya kita kena alert akan jawapan tu...
kenapa mcam tu?
sebabnya siapa la kita nak terima reply yang direct dari Allah
kita bukan nabi kita bukan rasul,
kalo la tiba-tiba ayat dari langit datang ...
aku rasa ada juga yang berbuih-buih mulut...
yang penting kita alert...
Allah tak bagi apa yang kita mahu,
Allah bagi apa yang kita perlu....
(part last nie quote dari satu cerita bukan cerita lecturer aku...)
Aku yang Sederhana
aku tak tinggi aku tak rendah
aku tak kaya aku tak miskin
aku tak pandai aku tak bodoh
aku tak hensem aku tak hodoh
aku tak rajin aku tak malas
aku tak malaikat aku tak setan
aku tak putih aku tak itam
aku yang sederhana
alhamdulilah....
Spain dan German
spain jadi juara
aku yang jadi salah seorang penyokong german kecewa
walaupun aku tau yang german akan kalah
sebab sepanjang game.. spain memang, main cantik
tapi aku tetap sokong german..
sebabnya kadang2 sokong yang kalah tu best..
sebab nya kalau kita jadi minority ni kita jadi lebih kretif..
tak kira sama ada bola,kawan ,hidup dan lain2...
sekian terima kasih
Indie yang pemalu
org kata aku tak hormat geng underground
sebab kalo ko tak geng underground takleh nyanyi lagu-lagu tu
betul ke.?
Sekarang kalo ko tak nyanyi lagu underground/indie nie
ko pula jadi tak cool..
ko tak best...
bagi aku pendapat/perangai org berubah
sebab org2 yang suka menasihatkan org nie taktau amenda yang diorang nasihatkan
yang penting buat je apa korang suka..
sebab sapa salah/sapa betul tuhan je yang tahu...
Ulat kena karan
Dewasa ini ,bila aku baca paper yang telah diboikot..
mesti ada je org dari parti lain2 yang kuar..
dengan bagai2 alasan..
bila aku terfikir akan org2 nie yang dulunya beria-ria
sokong antara satu sama lain,
skrg dah ada tuduhan yang mcam macam
jatuhkan satu sama lain
diorang nii mcam ulat..yang duduk dalam kaki org
pastu bila kita karan kan kaki kita.
ulat-ulat nie kuar sebab taknak sakit
selepas ulat niedah abis makan daging kaki kita...
pastu baru kita perasan kaki kita ada ulat
bagus pun menyusahkan org je....
Tuesday, July 1, 2008
Kekasih gelap,skandal dan cinta sejati
kekasih yang ada kaitan dengan suami orang,tunang org dan seangkatannya.
boleh di sama erti dgn cinta terlarang(tetapi bukan cinta sejenis)
Skandal=
Kekasih yang tak dicintai,sekadar suka2.
Kekasih Sejati=
Kekasih yang akan saling berkasih sehingga meninggal dunia.
sekian terima kasih
Friday, June 27, 2008
Berita:kampung ku yang Famous
bleh baca kat sini
Kampung aku jadi fames
Femes sebab apa tak kisah..
jadi sebabkan fames aku tangkap gambar signboard kampung aku semoga org lain bleh menikmatinya
sekian terima kasih
Teori:Harimau, kuda dan kucing
Sambil memakan kacang
Teori binatang dibincangkan oleh kawan2 ku
di mana teori binatang apa yang kita pilih
adalah mewakili diri kita...
mcam contoh sapa pilih kucing = manja dll(aku terlupa yg lain)
tapi dalam diskusi kacang tu ada
3 binatang /3 quotes yang menarik iaitu:
3."Kucing yang manja"
2."harimau yang hari-hari mau"
1."Kuda yang aktif"
Suara Rakyat mari berfikir
ok ada yang memerintah kata nak bersama-sama rakyat
menghadapi masalah kenaikan harga
org atas kata dia kata dia wakil suara rakyat dan
rakyat menyokong apa yang dia buat
aku terfikir
sejak pilihan raya nie
aku tak de la pula org nak dengar suara aku
takde la pula org datang jumpa keluarga aku family aku
takde pula dengar van cakap
"tuan tuan kami mendengar suara anda ahad ini"
yang aku dengar suara apek jual tilam
"tilam tilam,tilam lama tukar baru..."
diorang yang bleh dengar suara rakyat nie
bomoh ke?
or yang blakon cite heroes tu bleh dengar suara hati org
ke diorang nie ada kuasa..ajaib
kalo nak dengar tu buat la cara dengar betul2
kami bukan nyer makluk asing bleh bgtau masalah dari hati ke hati...
Teori : Ada Apa Dengan Cinta
Ok ini teori filem Ada Apa Dengan Cinta yang
agak lama tapi boleh digunakan secara rujukan..
Teori ini digunakan untuk mengetahui anda berpeluang mengorat seseorang awek atau tidak
1) sekiranya bertembung dengan gadis di jalan yang anda cuba ngorat.
2) anda cuba mengorat
3) tetapi tidak dilayan(si gadis berjalan tanpa pusing blakang tgk kat korang)
4) Anda tidak ada harapan
Tetapi bila
3) gadis tidak melayan tetapi menoleh kembali
4)anda masih ada peluang...tetapi jgn ngorat beramai-rami
maka anda boleh berjaya
Sekian Terima kasih
teori diatas adalah teori AADC,tolong jgn emosi kalo tak berjaya
sekian terima kasih.
Aku yang terlupa
Sunday, June 22, 2008
Teknik Menjawab soalan..
"ko tau tak yang mamat nie dah kawin?"
tanya aku kat kwan aku sorang nie..
pastu dia menjawab dengan mcam gaya yang meyampah...
"eh dah lama dah cite tu fik..ko baru tau ke?..." sambil menjawab soalan tu
kawan aku nie mengerutkan dahi dan sambil badannya tergerak kebelakang sikit..dengan nada suara yang berbunyi seakan-akan berkata-loser giler mamat nie takkan cite lama pun tak tau..tapi dengan nada tidak kedengaran..
aku heran kenapa soalan yang begitu senang dan sopan perlu di jawab mcam satu kesalahan yang besar..tu yang aku terfikir..ada tak bleh ke dia jawab dengan nada yang rilek...
aku bukannya kisah sgt pasal benda remeh nie..
tapi kadang2 kita lupa benda2 yang kecik nie yang bezakan kita ngan org lain..
Ok kesimpulannya..bila nak jawab ape soalan pun..try la jawab soalan tu sesopan mungkin
bukannya salah pun..
Monday, June 16, 2008
Aku yang Pening
friendster la,facebook la, dan lain-lain lagi
dulu time aku muda2 susah nak jumpa benda2 nie..
Semuanya aku buat code sendiri pakai html code..
ada abg aku bawak buku untuk buat website...
tapi sekarang semua dah senang takyah susah nak pikir..
tapi lagi senang lagi lembab pula aku nak berpikir...
kalo dalam facebook..kena poke la..kena gigit jadi warewolf la...
adeh..pening..makin lama aku ni makin tak paham..
macam rusa masuk kampung..pula
kembalikan lah...ke era yang dulu.....!!!!!!
p/s: aku dah fobia nak masuk facebook..takut demam siber...
Saturday, June 14, 2008
Lagu selepas Azan-Mari berfikir
kebanyakan radio lepas azan mesti pasang lagu..
selalunya lagu nasyid la..
Kalo la kita lepas dengar azan pastu kita nak semayang
tapi kalo dah dengar lagu2 tu
susah juga nak focus....mcam mane yek?
p/s: senang je tutup radio kalo nak semayang...huh lagi mau pikir..
Thursday, June 12, 2008
Daun MaliAlam-segmen aku berfikir untuk kawan2
Daun malialam
Daun ni digunakan untuk merawat luka kecik..
cuma gilis sampai lunyai
pastu amik daun tu just letak kat luka...
aku terfikir kini dengan kamera digital!!!
Wednesday, June 11, 2008
Badan ku yang sengal
2-3 hari nie badan aku sengal2..aku rase sebab megecat secara berlebihan.tapi seteleh aku tgk brita utama pkul 8 nie..aku tak risau lagi..sebabnya kita ada banyak pusat urut kat selangor.jadi kalo lenguh2 je aku bleh lepak kl ke..mesti kurang lenguh2..
p/s: Patutla budak2 kl selalu sehat dan kuat je..rupanya banyak tempat urut.."rugi la duduk kat Batu gajah nie-ayat penyataan tak ikhlas"..ha ha.
Dah Besar baru tau-terfikir masa lalu
Beberapa pekara yang aku tau bila dah besar..
4.Noraniza idris dan tushee bukan org yang sama
3.mangkuk yang berjalan atas meja bukan magic tapi sebab meja tu basah.
2.lamb chop tu stik kambing
1.left and right - aku tau bila main komputer sebab ada right click kalo tak.mesti konfius.
p/s: aku tau aku dah besar bila aku balik kampung,budak2 yang kecik dulu dah lumba2 moto.pastu aku cakap..'dulu kecik je budak nie'mcam pakcik2 aku cakap masa aku kecik.